Kasihan Blogger Tukar Tiub.
Terus terang, saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Sebelum wujudnya dunia blog saya kenali beliau kerana seorang yang aktif dalam gerakan pelajar. Saya kesal kerana belum menonton 'magnum opus'nya, Dari Jemapuh ke Manchester. Kata orang, karyanya itu gagal 'connected' dengan penonton tempatan. Maklumlah, beliau terlalu idealist, lama pula duduk di negara omputih.
Beliau dibenarkan pulang ke Malaysia, dan ketika era reformasi sekali sekala nampak kelibat beliau semasa berdemo. Kadang-kadang, saya terbaca tulisannya - dalam Inggeris - dibeberapa majalah. Ketika itu blog belum ada, mungkin kerana itu beliau memilih media konvesional.
Hishamudin Rais mampu menulis dengan baik, apabila saya membaca tulisannya ketika dia 'waras'. Tulisan 'waras'nya sering diterbitkan dalam Malaysia Kini, kadang-kadang Sun. Di mana-mana dalam tulisannya, masih nampak api kemarahan yanng belum padam. Maklumlah, beliau bekas 'the angry young man' yang sudah tua.
Hishamudin Rais dilahirkan memberontak. Memberontak kerana beliau dilahirkan. Memberontak kerana dunia beliau tinggal ini tidak sempurna. Memberontak terhadap ketidakadilan sosial. Memberontak terhadap kesenangan insan-insan lain. Memberontak terhadap kesusahan mungkin buatan beliau sendiri. Memberontak terhadap kejayaan orang. Memberontak terhadap kegagalan sendiri. Memberontak tanpa sebab.
Rebel without a cause.
Dalam kedudukan Alexa blog di Malaysia, beliau sering duduk dibelakang Tranukite, dalam top 5. Ini menunjukkan beliau seorang yang 'berpengaruh'. Dalam negara demokrasi, beliau gunakan apa saja, malah ada gambar lubang anus untuk mengalahkan kerajaan yang beliau benci. Apalagi trademark 'KAH KAH KAH KAH KAH KAH' dan "WOIT'nya.
Berpengaruhkah beliau? Wallahualam.
Beliau sering menggalakkan anak muda - terutama mahasiswa - agar turun ke jalanan memprotes kekejaman kerajaan. Sebagai role model, beliau sendiri gagal. Gagal menjadi seniman ampuh. Gagal menjadi 'Che Guevara'. Gagal menjadi director sehebat Kubrick atau U-wei Shaari. Gagal jadi pemikir yang bernas. Gagal juga sebagai professional agitator seperti Stalin.
Kasihan dia kerana dilahirkan dibumi yang salah dengan masyrakat yang salah. Beliau berbakat, tetapi gagal mengembangkannya kerana terlalu marah. Marah hingga ke tua. Ketawa puas-puas dengan lelucon politik. Habis ketawa nanti mati dan sirna dari masyarakat Melayu.
Kasihan Tukar Tiub.
Tolong jangan berhenti ketawa kerana apabila ketawa terhenti, anda mungkin diketawakan.
6 ulasan:
Dia ini menjadi mangsa keganasan rumahtangga PAKATAN.
Benci membenci adalah mainan.....
KAH KAH KAH KAH KAH KAH.....
WOITtttttttttt Bangang !
SEBENARNYA TUKAR TIUB PERLUKAN PERTOLONGAN. DIA MEMPUNYAI ' KEPERCAYAAN' YANG SALAH TERHADAP SEMUA PERKARA TERMASUK KEWUJUDANNYA.
DIA MEMPUNYAI SEJARAH LUKA DI BAWAH SEDARNYA. DIA TAK LAYAK SAMA SEKALI DIJADIKAN TOKOH TETAPI SANGAT BAIK DIJADIKAN BAHAN KAJIAN.
SEMALAM AKU MENULIS SEDIKIT TENTANGNYA DALAM ALAHAISILUNCAI.JIKA KELAPANGAN, TENGOKLAH.
good artikel bro!! hentam sama hisam gay tua tu!!
owh ini rupa nya wajah si setan bertanduk yg kuat bedekah dekah macam kene sawan babi tu...
mari aku kah kah kah kah kan kau... manusia kencundang rupanye kau.. no wonder la meroyan sepjg zaman...
Kesian amat ni.
Kubur dah kata mari dunia dah kata pergi...
Nampaknya tiub skarang dah sizen...kena tukar tiub lain la pulak.
Dia ni asal ari pilah orang slu cakap kelopelah kau.....huhuhuuh
Catat Ulasan