Selasa, Mac 08, 2011

KOMEN YANG BODOH DATANG DARI ORANG YANG BANGANG !

(Nik Aziz harus bertaubat ! bercelaru )

Salam semua…
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno dan BN bahawa tindakan mereka membelakangkan demokrasi akan menjadi “bom jangka” yang boleh meletup bila-bila masa.
“Ia bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah... jangan berbuat sesuka hati,” kata Nik Aziz (gambar) mengulas keputusan dua pilihan raya kecil serentak DUN Kerdau dan Merlimau di sini hari ini.
Dipetik Harakahdaily hari ini, kata Menteri Besar Kelantan, pemimpin tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak berlandaskan demokrasi.
Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala jentera kerajaan negeri dan persekutuan.
Sehubungan itu kata beliau, jika bekas presiden Mesir Hosni Mubarak, pemimpin yang berkuasa besar, akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri, apa lagi di Malaysia yang turut boleh menyaksikan nasib yang sama.
Nik Aziz berkata, di Malaysia walaupun mengamalkan demokrasi, namun hakikatnya “dia mahu kerasi” sehingga pilihan raya sebenar sudah tidak wujud di negara ini.
Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN.
“Ini amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan muda sekarang semakin memahami masalah demokrasi semakin tiada di negara ini sehingga mereka menjadi pendendam akibat membelangkan demokrasi yang mereka pelajari,” katanya.
Nik Aziz menambah, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihan raya.
Walaupun akur dengan keputusan pilihan raya terbabit, namun hakikatnya keputusan sebenar tidak sedemikian.
“Tengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai Umno.
“Kenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi,” katanya.
Ketika ditanya sama ada pengundi Melayu turut menolak PAS pada pilihan raya kecil baru-baru ini di peti undi tertentu apabila didapati kurang sokongan, beliau berkata, apa yang dipertikaikannya sekarang ialah soal demokrasi.
Beliau turut mendakwa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ia dibuat apabila tiba waktu pilihanraya sahaja.
“Pembangunan akan muncul hanya bila ada pilihan raya, khususnya pilihan raya kecil,” ujar Nik Aziz.- The Malaysian Insider
P/S – Kalau PAS menang satu-satu pilihan raya, Nik Aziz akan kata Allah menyebelahi dan meredhai perjuangan PAS. Kalau PAS kalah pula, katanya kerajaan BN tidak demokrasi.
Kalau boleh, Nik Aziz nak menang semua pilihan raya dan mahukan BN kalah dalam semua pilihan raya.
Tetapi, kenapa keadaan ini tidak terjadi?  Sebenarnya, Nik Aziz masih tak mahu faham dan tak mahu menerima hakikat bahawa partinya, PAS ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia. Ini fakta dan bukannya auta politik.
Tak usahlah memberi apa-apa  alasan lagi. Yang kalah tetap kalah. Yang kalah selalunya diwakili oleh pemimpin yang lemah. Yang menang tetap menang. Yang menang selalunya diwakili oleh pemimpin yang kuat dan bijak strateginya.
Malulah pada diri sendiri. Masakan yang lemah dikatakan kuat. Jangan bohongi rakyat kalau kehebatan parti tak sekuat mana. Terimalah kekalahan PRK dengan rasa berhemah.Jangan salahkan orang lain jika PAS BUNGKUS !
Pemimpin PAS lah yang menyebabkan rakyat Malaysia menolak PAS jauh dari hati mereka !
AWAS....
PAS menuju KEMUSNAHAN dan akan DIJUMUDKAN diarena Politik Malaysia.
SS

3 ulasan:

Mordecai Kucai berkata...

Binatang N.ajis ni ada keramat songsang atas dirinya. Apa yang dia kata itu lah yang berlaku atas dirinya.

Kalau katanya bom jangka ertinya dialah yang duduk atas bom jangka lebih 20 tahun di Kelantan. PRU13 bom jangka itu akan meletup. Itu dia doa dia untuk dirinya sendiri.

Kalau betul dia tau negara ini tiada demokrasi mengapa PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya?. Berhenti lah dari bertanding dalam pilihanraya yang sebenarnya tidak ada demokrasi mulai sekarang. Mulakan pemberontakan! Kita hidup atas apa yang kita percaya. Cuba lah kalau betul orang yang berpendirian!

Siapa nak pilih binatang kalau kita boleh dengan jelas memilih manusia mewakili kita.

Tanpa Nama berkata...

Bila baca kenyataan n.ajis ni sepontan je aku naikkan jari tengah aku ni.

Sogok pembangunan?
Rakyat yg bingai shj yg tak mahu pembangunan.

Pembangunan waktu pilihanraya shj?
Abis, lepas pilihan raya kerajaan tido ker? Jambatan Penang tu dibuat masa pilihan raya ker? KLIA, Putrajaya, Universiti2, masjid2 n mcm2 lagi termasuk pembangunan pertanian tu diusahakan pada waktu pilihan raya ajer ker?

Tanpa Nama berkata...

Mubarak dgn n.ajis ni lebih kurang sama jer. Dorang berdua ni tergolong diantara ketua2 yg paling lama 'duduk kerusi empuk'. Gila kuasa la katakaaannnn.... ahaks!