Isnin, Mac 28, 2011

DIPANDANG KERANA PIDATONYA - SELAINNYA , HAMPASSSSAMPAH

Ada pihak yang menyatakan, apa yang sedang berlaku sekarang adalah konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim kerana usaha-usaha bersungguh Anwar untuk mereformasikan pentadbiran negara di samping memerangi gejala rasuah yang teruk melanda negara ini. Kata mereka lagi, banyak pihak di dalam kerajaan yang tidak senang dengan kehadiran Anwar Ibrahim kerana sumber kekayaan tidak terperi mereka akan berakhir.

Benarkah seperti dakwaan yang dibuat itu?

Atau apa yang Anwar Ibrahim lakukan sekarang adalah sebenarnya untuk menyelamatkan kelangsungannya dalam politik negara. Perlu diingat, Anwar Ibrahim bukanlah seorang peniaga, usahawan mahupun seseorang yang mempunyai sebarang kemahiran. Kemahiran utamanya adalah berpidato. Dan sekiranya Allah Taala menarik kembali suaranya, Anwar Ibrahim dan seluruh keluarganya akan jatuh papa dan mungkin terpaksa tinggal di rumah pangsa PPRT berbilik tiga yang sempit dengan satu bilik air dan keluasan dapur tidak lebih besar daripada bilik air.

Ada pihak yang menyalahkan Wan Azizah dan Nurul Izzah yang terlalu membela Anwar Ibrahim. Sedangkan sebenarnya Wan Azizah dan Nurul Izzah bukanlah dalam posisi yang boleh dipersalahkan. Mereka adalah isteri dan anak. Sebagai isteri dan anak, apatah lagi mereka sendiri duduk dalam dunia politik, sikap mereka adalah sesuatu yang wajar. Sebarang kesalahan peribadi yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang boleh didedahkan atau terdedah kepada umum.

Anwar Ibrahim sebenarnya 'hanya bangkit' apabila kes liwat dan lucahnya mula didedahkan kepada umum. Dan bagi menutup malunya, Anwar Ibrahim terpaksa mencipta perkataan KONSPIRASI dan FITNAH. Dua perkataan inilah yang dijaja-jaja oleh Anwar Ibrahim sepanjang 13 tahun. Tidak pernah walau seminit dalam hidupnya sepanjang 13 tahun, Anwar Ibrahim terlupa berzikir KONSPIRASI dan FITNAH. Perhatikan sahaja apa yang ditulisnya di dalam TWITTER dan FACEBOOK. Dengarkan sahaja ceramah-ceramahnya. Dan pada masa yang sama, Anwar Ibrahim tidak pernah cuba menjawab tentang perangai JALANGnya yang berskandal seks di mana-mana.

Tidak benar sama sekali yang Anwar Ibrahim dibenci kerana kesungguhannya untuk mereformasikan pentadbiran negara kerana sepanjang Anwar berada dalam pentadbiran negara, tidak pernah sekali dia berusaha untuk membersihkannya, bahkan dialah yang jadi KEPALA dan TAIKO besar yang memperbesar-besarkan kejijikan rasuah dan mengkayakan kroni. Apabila dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Anti Rasuah UMNO, Anwar dan kawan-kawannya di dalam UMNO yang giat menjalankan kegiatan rasuah wang bagi mengekalkan posisi mereka dalam parti tersebut.

Anwar hanya muncul dengan idea membersihkan pentadbiran daripada rasuah setelah dia dipecat dari UMNO dan mempunyai kes mahkamah yang memerlukan sokongan daripada rakyat bagi 'memutihkan' kulitnya.

Begitu juga kisah yang berlaku setelah Anwar bebas dari penjara. Anwar Ibrahim tidak menyuarakan sebarang reformasi sehinggalah Saiful Bukhari Azlan pula membuat laporan polis yang dia telah diliwat. Apabila kesnya mulai dibicarakan di mahkamah, Anwar Ibrahim semakin giat bercerita tentang rasuah, tentang ketirisan, tentang pentadbiran, tentang pluralisme, tentang segala-galanya. Anwar Ibrahim mahu memunculkan dirinya sebagai hero rakyat.

Kini kisah video seks pula yang bertindih dengan kes liwat II yang sedang dibicarakan...

Video seks ini juga akan mengulangi senario yang sama. Anwar Ibrahim akan menggunakan kesempatan Pilihanraya Negeri Sarawak untuk membuatkan rakyat Malaysia lebih sibuk memikirkan tentang dirinya dan ulah yang akan dibuatnya.

Akan timbullah persoalan, sama ada rakyat Malaysia masih lagi menerima trick dan perdaya Anwar Ibrahim seperti 13 tahun dahulu, atau melihat ulahnya sebagai sesuatu yang memualkan....

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lANGSUNG TAK BOLEH PAKAI.
ANWAR, BUKA SAJA MULUT....PEMBOHONGAN PUN BERMULA SEHINGGA IA MENUTUP MULUTNYA !

Tanpa Nama berkata...

lANGSUNG TAK BOLEH PAKAI.
ANWAR, BUKA SAJA MULUT....PEMBOHONGAN PUN BERMULA SEHINGGA IA MENUTUP MULUTNYA !

Tanpa Nama berkata...

Salam sahabat, mari kita terus menggempur dan kalau sudi ini link saya.

sekian terima kasih
mnorkembalak

http;//www.KemBalakEnterprise.blogspot.com/