Selasa, Mac 22, 2011

DRAMA PALING BODOH - TAPI LARIS !

Banyak benda yang sedang mutar ligat dalam kepala aku berhubung video seks yang ramai orang dakwa lakonan budak Permatang Pauh.

Soalan pertama: Sejak bila seorang Datuk bertugas untuk mengambil jam tangan mana-mana individu yang ketinggalan jam di hotel?

Soalan kedua: Kalau benarlah budak Permatang Pauh itu yang menyuruh Datuk tersebut mengambil jam tangan Omega nya yang ketinggalan di hotel bermakna Datuk tersebut kenal baik dengan budak Permatang Pauh tersebut. Soalnya, kalau sudah sampai ke tahap mengambil jam, mengapa Datuk tersebut tidak memaklumkan kepada budak Permatang Pauh itu tentang adanya rakaman CCTV di dalam bilik itu? Kenapa harus Datuk tersebut mendedahkan kepada media dan tidak memaklumkan perkara itu kepada budak Permatang Pauh tesebut dan menjadikannya sebagai rahsia?

Soalan ketiga: Jika benar sekalipun wujudnya video itu, mengapa harus Datuk tersebut memanggil media sebagai penonton? Kenapa Datuk tersebut tidak membuat laporan polis? Kalau ikut kata Menteri KDN di dalam Berita jam 8 malam tadi, tiada sebarang laporan di buat berhubung kes ini..

Soalan keempat: 'Muka dia macam saya..perut lebih buncit'..Ini ayat yang keluar dari budak Permatang Pauh tersebut..Macam mana dia boleh tahu keadaan ini? Bahkan sehingga ke saat ini hanya orang tertentu sahaja yang dapat menontonnya..Mungkinkah ada di kalangan yang telah menonton video itu siang tadi begitu arif tentang berapa buncit perut budak Permatang Pauh itu? Dalam tempoh seminggu barulah orang yang dimaksudkan dalam video itu akan mendapat video itu..Belum tengok sudah tahu... Dan siapalah yang bijak menilai betapa buncit perut mana-mana indvidu di dalam keadaan berpakaian dengan tidak berpakaian..Atau adakah orang membuat hubungan seks terlupa menanggalkan pakaian? Gila gelojoh...

Soalan kelima: Dalam pada masa teramat sibuk menghadapi kes liwat di mahkamah, wajarkah seseorang itu sengaja mencari masalah dengan isu baru? Budak Permatang Pauh itu bukan tidak pernah duduk di dalam kerajaan, sudah barang pasti dia sedar segala gerak gerinya diperhatikan oleh golongan tertentu.

Soalan keenam: Kali ini aku bersetuju dengan Aspan..Kenapa harus Datuk tersebut menyembunyikan identiti dirinya? Bukankah dia yang disuruh oleh budak Permatang Pauh itu untuk mengambil jamnya? Sudah tentu mereka saling kenal..Hanya dengan pendedahan siapa Datuk tersebut barulah kita akan tahu apa motif video yang masih diragukan kesahihannya..Sama ada konspirasi atau ada matlamat lain..Jika konspirasi..akan menguntungkan siapa??

Bau-baunya seperti ada yang tidak kena dengan isu ini..Kita minta mana-mana pihak yang akan menjalankan siasatan akan bertindak dengan cara yang cukup waras dan rasional. Sudah hampir benar dengan penyerahan DNA dan sudah hampir benar dengan Pilihanraya Negeri Sarawak..kita tidak mahu 'ada udang di balik batu'...

SEPATUTNYA DATUK TERSEBUT DITANGKAP KERANA MEMILIKI BAHAN LARANGAN.
NAMPAK SANGAT ADA PERSETUJUAN DIANTARA MEREKA !
Penafian: Artikel ini tidak memaksudkan kepada mana-mana individu baik yang hidup atau yang telah mati. Ianya hanyalah illustrasi penulis..


izin:
jebat berkokok

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

You help me...
I help U.....

Salam semua (R)... berkata...

Hanya Pengarah filem saja yang tahu samada pelakon popularnya perut kempis atau buncit...

Kalau orang tanya...tak payah semak balik...memang confirm buncit. Ooopps...sebenarnya janji semalam biar pecah perut jangan pecah mulut.....tapi belum apa-apa, pengarahnya dah tak boleh tahan,terlampau teruja terus tersembur semua cerita....Sekadar kiasan dan pengajaran kepada pengarah-pengarah baru filem.

Tanpa Nama berkata...

konspirasi yg direkacipta semata-mata utk mengalih perhatian dari isu utama iaitu DNA.

red berkata...

anuwar mmg licik...

Tanpa Nama berkata...

ni bukan utk mengalihkan perhatian dari isu DNA.... DNA tu adalah tanda pengenalan pada seseorang acam cap jari jugalah, DNA tak ble berubah acam cap jari juga, klu ble brubah susahlah pendaftaran negarakan...tanpa nama asik cakap pasal DNA tapi kan DNA anuar uda di ambil masa kes liwat 1 dulu! bandingkan saja yang dulu dengan lelaki y apa pasal nak minta yang baru, sedangkan kita tahu benda DNA tu tak akan berubah...cuba fikir....klu tuan rumah tak ble fikir dan bagi penjelasan baik tuan rumah tutup saja BLOGGENSTARZ ni buat malu saja- maaf tolong bagi penjelasan???

BumiputeraMelayu berkata...

Kalau ikut modus operandi Anwar, confirm perangkap untuk BN-UMNO. Anwar cepat2 buat laporan polis, sementara PAS menafikan dan menuduh video itu palsu dan ianya fitnah. Apabila polis siasat, dan kemungkinan betul BUKAN ANWAR, PAS akan mendabik dada yang mereka sememangnya betul dan ini konspirasi dan fitnah yang maha zalim. Anwar akan mencanangkan seluruh dunia yang ada konspirasi untuk menganiaya dia, dan pasti mengaitkan BN-UMNO.
Isu ini akan dijaja untuk rakyat melupakan isu DNA dia.
DAP pasti tersenyum kerana cita2 mereka sudah dilaksanakan oleh PKR dan PAS.

blogenstarz berkata...

Anon 22/3/11 8:29:00 pm....

BLOGENSTARZ diujudkan kerana sedar akan penipuan,
pengkhianatan,pembohongan,pemfitnah,pelangaran undang2,pemecahan keamanan dan pencetus huru hara yang ada pada PKR.
BLOGENSTARZ akan tetap bernyawa selagi ada PKR !Insyaalah.

Sejak tahun 1998 shingga kini,PKR bernyawa kerana adanya isu yang direka oleh mereka sendiri.

PKR ujud disebabkan kekecewaan seorang individu - Anwar Ibrahim.

Anon..Kalau tiada pengalaman hidup dengan Anwar.... Jangan sokong dia secara membabi buta !
Ada akal..... fikirkanlah !