Jumaat, Mac 18, 2011

KENA MUSIBAH TAPI MASIH DERMAWAN


 
 Kerajaan Jepun hari ini menyerahkan peralatan kelengkapan marin bernilai RM10.37 juta kepada PDRM dalam usaha menambahbaik keselamatan di Perairan Selat Melaka yang menjadi laluan utama kapal ke pelbagai destinasi perdagangan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar berkata kelengkapan yang diserahkan ialah 40 unit 'Night V...ision Goggle', 40 unit 'Binocular Range Finder With Monocular Night Vision', 60 unit radio mudah alih digital dan 4 unit bot 'Rigid Hull Inflatable' berukuran 11 meter bagi kegunaan pasukan Polis Marin PDRM.

Walaupun masih huruhara dengan bencana yang menimpa negara ,Jepun masih lagi boleh memberi sumbangan peralatan keselamatan kepada PDRM.Mereka sanggup megetepikan sengsara akibat bencana tersebut demi kesepakatan keselamatan bersama.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Marilah kita menderma sedikit sumbangan kepada bencana tsunami Jepun

Jeffry berkata...

SAHABAT SEJATI ADALAH APABILA SAMA2 MERASA SUSAH DAN SAMA2 MERASA SENANG