Jumaat, Mac 11, 2011

MENGAPA TAKUT DENGAN DNA DAN BERSUMPAH !

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba melindungi profil asid deoksiribonukleik (DNA) miliknya daripada diambil pihak hospital bertujuan melindungi sesuatu yang amat besar rahsianya.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan Anwar itu juga sama seperti naluri seorang bapa yang mahu melindungi anaknya tetapi persoalannya di sini siapakah anak yang cuba dilindungi tersebut.
"Anwar menyatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad terdesak untuk melindungi anaknya. Kalau bagitu mengapa Anwar terdesak melindungi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin bersama DNA miliknya.
"Jika Dr. Mahathir mahu melindungi anaknya, ini adalah naluri biasa saorang bapa. Apakah Anwar terdesak mahu melindungi Azmin dan Shamsidar atas sebab naluri saorang bapa. Jika itu benar maka persoalannya pula siapakah anak yang hendak dilindungi oleh Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Anwar yang berkata, Dr. Mahathir menganggapnya sebagai ancaman dan bimbang akan mencabarnya kerana tahu tentang rasuah di kalangan keluarga bekas Perdana Menteri itu.
"Kebimbangan akan dicabar: saham-saham dan kontrak-kontrak kepada Mokhzani (Mahathir) dan Mukhriz (Mahathir) serta 'bailout' bagi Mirzan (Mahathir)," tambah Anwar sebagai mengulas mengenai tulisan memoir Dr. Mahathir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilancarkan semalam.
Mengulas lanjut, Anuar meminta Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datin Seri Dr. WanAzizah Wan Ismail, Shamsidar dan Azmin untuk memberi penjelasan mengenai Anwar yang didakwa mempertahankan DNA miliknya.
ss

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah gaharu cendana pula.
Sudah tahu pura-pura nak tanya.
Mesti Bang Nuar senyum aje tengok orang-orang bodoh keliling dia.

Tanpa Nama berkata...

org2 pkr bengong2 sama cam x2 pkr jugak sama ngan umgok dan pas babi..

Tanpa Nama berkata...

Berani kerana benar.
Takut kerana salah.....

Alhamdulillah berkata...

Salam Perjuangan,

Mohon Hebahkan Ceramah Ummi Hafilda dan Rahimi serta demontrasi secara aman mendesak Anwar menyerahkan DNAnya kepada pihak pendakwa untuk dibandingkan dengan DNA lelaki 'Y' di Arena Square Batu Gajah pada hari ini jam 10.00 pagi hingga 01.00 tengahari. Semua blogger dan pembaca blog dijemput hadir

Tanpa Nama berkata...

maaf tuan rumah...sekadar ingin bertanya siapa sebenarnya yang takut? bukankah DSAI ingin kes liwat 2 dibicarakan di mahkamah syariah tapi di tolak kerana ada kuasa-kuasa yang lebih besar dari mahkamah syariah? maaf sekadar ingin beranya