Sabtu, Mac 19, 2011

NIK AZIZ - NASIHATKANLAH ANWAR DAN JANGAN SUBAHAT

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bersedia memberi nasihat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu sampel asid deoksiribonukleik (DNA) jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ingin mendapatkan pandangan mengenainya.
Menurut Harun, beliau juga bersedia berbincang dengan Anwar bukan sahaja mengenai DNA, malah pelbagai isu lain termasuk fahaman pluralisme yang dicetuskan Ketua Pembangkang itu.
Bagaimanapun, jelasnya, buat masa ini beliau tidak menerima sebarang pelawaan daripada Anwar untuk berbincang mengenai perkara itu.
“Saya sedia beri pandangan kepada Anwar kalau dia mahu jumpa saya. Kalau dia datang dan tanya (pandangan sama ada perlu serah sampel DNA atau sebaliknya), saya akan berikan pandangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Harun mengulas desakan banyak pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Anwar segera menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah bagi menyelesaikan kes liwat jika beliau betul-betul tidak bersalah.
Ahad lalu, pertubuhan bukan kerajaan, rakyat perseorangan dan pemimpin politik mengadakan siri demonstrasi di seluruh negara bagi mendesak Anwar menyerahkan DNA.
Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan, pandangannya nanti akan menzahirkan satu nasihat supaya Anwar perlu menyerahkan DNA kepada mahkamah, jika Penasihat PKR itu sedia berbincang.
Namun begitu, beliau berharap agar sampel DNA yang diserahkan oleh Anwar tidak disalah guna oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan Ketua Pembangkang itu ‘diperangkap’ walaupun terbukti tidak bersalah.
“Saya rasa, mungkin beliau takut kalau sampel DNA yang beliau serah kepada mahkamah akan disalah guna oleh pihak lain. Saya juga bimbang kalau itu berlaku,” jelasnya.- Utusan
 
Komen penulis.
PAS hanya berdiam diri berkaitan isu DNA.
mana ketelusan dan transperen PAS ?
Hanya pandai cakap !
Takut dengan Karpal Singh ke ?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz puntak tahu makna DNA.Macamana nak suruh serah benda tu !

Tanpa Nama berkata...

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairy dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka.

Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak Lah dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan.
- copy and past

budakbalun berkata...

Nik Aziz tak tahu makna DNA? abis? makcik UMNO yang dok berdemo tu macam tahu snagat pasal DNA? dapat 20 hengget beb! tu yang sanggup turun demo tuh!!

Murah giler maruah wanita UMNO!

adehhh!