Selasa, Mac 15, 2011

PAS TAK PANDAI BUAT SHOLAT HAJAT PASAL DNA

Para pencinta kebenaran dan sekutu Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama Pas diseru membuat solat hajat bagi meminta Allah menunjukkan kebenaran dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana Anwar masih enggan menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) sedangkan rakyat menuntut beliau berbuat demikian untuk mengetahui kebenaran.
Menurutnya, ia sudah menjadi isu awam menyebabkan rakyat terlampau ingin mengetahuinya lalu mendesak Anwar berbuat demikian.
"Ini sudah menjadi isu awam tetapi kita tidak sepatutnya mencampuri urusan mahkamah. Apa pun, saya seru orang ramai terutama ahli Pas membuat solat hajat bagi dibuktikan kebenaran.
"Bukan buat solat hajat meminta agar pihak ini menang dan pihak itu kalah, tetapi solat hajat supaya ditunjukkan kebenaran. Kalau Anwar benar, benarlah dia tetapi kalau Saiful (Mohd. Saiful Bukhari Azlan) yang benar, semua pihak harus terima," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Komanwel dan melancarkan Segmen Antarabangsa Hari Belia Negara di Plaza Sungei Wang di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan beberapa kumpulan terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belia berdemonstrasi di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Melaka, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah bagi menuntut Anwar menyerahkan sampel DNA untuk membuktikan beliau tidak bersalah.
Tuntutan itu dibuat bagi membantu menyelesaikan misteri lelaki 'Y' yang dipercayai meliwat bekas pembantu peribadi Anwar itu.
Di pihak Anwar pula katanya, Penasihat PKR itu perlu membuktikan dirinya telus seperti yang sering beliau serta rakan-rakannya canangkan sebelum ini.
"Ketelusan bukan hanya setelah memerintah tetapi ia perlu dibuktikan terlebih dahulu. Kalau asyik bercakap tentang ketelusan, berat sangatkah untuk memenuhi tuntutan rakyat jika tiada apa untuk dilindungi," katanya.



utusan

PAS sungguh hipokrit.
Kalau kena batang hidung sendiri,ada saja alasan untuk menegakkan benang yang basah.
Kalau kena pada orang lain..... habis dicanangnya seluruh dunia nak buat  sholat hajat.
Ahlol lol wal alol PAS ni !

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AHLOL WAL BAHLOL PASNGOK CUMA TAU SOLAT PECAH PROT, TURUN BALA DGN MANDI JUNUB BROO KEHKEHKEH

Tanpa Nama berkata...

Kalu keputusan hakim menyebelahi anwar nanti, maka mahkamah adalah adil dan benar.. kalu menyebelahi saiful maka konspirasilah namanya.. najib dan rosmah punya keje.. konfom punya.. maka adalah alasan nak buat kecoh, demo satu negara.. jadikan mesir ... nampaknya nilah, 'turning point'nya nak selamatkan anwar cara mesir..