Selasa, Mac 15, 2011

PENYOKONG PAS AKAN BANGKIT MENENTANG NIK AZIZ ?

Mursidul AM PAS dilihat sebagai saorang yang paling lama memimpin sebuah parti politik diMalaysia.Namun sejarah membuktikan bahawa pemimpin yang terlalu lama berada diatas akan jatuh kebawah dengan cara yang amat memalukan.
Nik Aziz dilihat tidak membawa apa2 kemajuan sejak beliau memimpin PAS.Sebaliknya beliau menonjol disebabkan oleh kekurangan beliau sebagai pemimpin sebuah parti.
Apakah penyokong PAS akan bangkit seperti rakyat Mesir yang bangun menentang sehingga presidennya jatuh ?

(banyak sandiwara)
Kekalahan Pas di dua pilihan raya kecil (PRK) yang baru berlalu merupakan amaran awal kepada parti tersebut untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan mereka dalam pakatan pembangkang.
Adakah ia menguntungkan atau merugikan. Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti lebih besar bermaksud pengundi Melayu ramai yang telah kembali memilih UMNO. Kepercayaan orang Melayu terhadap Pas berkurangan apabila mereka bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Jika di kawasan Melayu pun mereka kalah maka di manakah mereka akan menang. Saya berpendapat, sekiranya Pas masih dengan pakatan pembangkang, wakil mereka di Parlimen pasti akan berkurangan.
Terserah kepada Pas untuk bersetuju atau tidak dengan pandangan saya ini, hakikatnya mereka boleh lihat dan kaji keputusan PRK yang baru berlalu.
Pas juga perlu mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat Mesir untuk pemimpin paling atas parti mereka yang telah terlalu lama berkuasa. Adakah ahli Pas seberani rakyat Mesir yang mereka sendiri sanjungi?
Adakah penyokong PAS hanya mampu membiarkan pemimpin yang sudah tidak lagi relevan dizaman ini memimpin parti PAS.?
Akan sampai masanya bila Nik Aziz diminta mengundurkan diri oleh penyokongnya yang tidak lagi percaya akan kepimpinan beliau....

3 ulasan:

Penditakainsingkat berkata...

Salam Bro.

Sebenarnya Pas memang tidak pernah diterima oleh umat Islam yang berfikiran rasional sejak dari dulu lagi.

Di Kelantan pun kemenangan Pas hanyalah 50:50, maknanya hampir separuh rakyat Kelantan memang menolak Pas.

Parti ini hanya menunggu masa sahaja kehilangan kuasa politik kerana kuasa itu dibina di atas pembohongan, penipuan dan tidak ada apa2 bakti dan jasanya kepada umat Islam.

Hari ini Pas hanya wiujud untuk menjadi anjing politik DAP dan alat Nuar Berahim melepaskan diri dari kes liwatnya.

Umat Islam menganggap parti pas sudah tidak pelu dan tidak relevan lagi dalam politik negara kita kerana kehadiran mereka hanya membantu DAP memecahkan umat Islam.

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz tidak akan selama2nya berada dikedudukan sekarang.Beliau akan digulingkan oleh penyokongnya juga !

blogenstarz berkata...

PKS..
Pendapat anda memang tepat sekali.
Pas akan tersungkur dikaki penganutnya !