Rabu, Mac 09, 2011

UMB MENATANG APA HAH...... Unit Musnah Bom Ke ?

(UMB ? )

Peranan Unit Media Baru atau UMB yang dipengerusikan oleh Exco Pemuda, Tun Faisal Ismail Aziz dipertikai apabila UMB dikatakan gagal berfungsi mengikut bidang tugas yang sepatutnya.

UMB yang sepatutnya membantu UMNO dalam perang saraf dengan pihak Pakatan Rakyat dilihat gagal dalam menaikkan Pemuda UMNO terutama ketika di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau dan Merlimau yang lalu.

Masalah unit media ini kian ketara di Melaka, apabila media baru dijalankan oleh Pahlawan Melayu Melaka atau PMM yang bukan berada di bawah UMB.

Malah, 20 orang bloggers yang bernaung di bawah PMM juga tidak menghiraukan Tun Faisal.

Sementara itu, di Kerdau, Pahang, media baru dikendalikan oleh PAHANGKU.

Menurut sumber, UMB yang sepatutnya menjalankan tugas dan menaungi para blogger dikatakan telah ditolak sejak dari awal lagi oleh hampir keseluruhan blogger UMNO.

Ahli Dewan Negara,Negeri Melaka, Datuk Akbar Ali, dikatakan memberitahu Ketua Pemuda UMNO Melaka, Karim Yaacob agar membubarkan UMB sejurus selepas mengumumkan kemenangan tidak rasmi UMNO-BN di Command Centre UMNO-BN, Merlimau.

Ianya mungkin secara tidak langsung disebabkan oleh ketidakupayaan UMB menggalas tugas dalam beberapa PRK yang lepas dengan kemuncaknya adalah di Merlimau dan Kerdau.

UMB dijanakan dengan peruntukan yang besar, namun ianya dilihat seperti tidak lebih daripada sebuah entiti yang hanya sekadar menaikkan nama Tun Faisal dalam Pemuda UMNO dan bukannya Pemuda UMNO secara keseluruhannya. SH

Petikan Sinar Harian di Media Permatang Pauh

Aiman tak kisah...........
Tapi Anda diperhatikan !

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ape sebenar nye peranan pmm????dan kenapa dlm tahun ni baru di bangkit kn???bkn ke umb ni adalah salah satu unit yg di mana selama ini berjuang untuk membetulkan segala tomahan dari pembangkang............

anak melaka berkata...

Aku sedang serius baca blog politik ni. Tiba tiba aku gelak besar sebab UMB....unit musnah bom.

T.kasih sebab buat aku gelak besar.