Sabtu, April 16, 2011

ALLAH BAYAR CASH SEMASA DIDUNIAA LAGI.

DS Najib tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya dengan pengakuan yang dibuat 'raja konspirasi' bahawa tuduhan penglibatan beliau laki bini dalam kes Altantuyaa hanya tohmahan semata-mata.

Malah dalam pengakuan 'raja dalam pelarian' itu turut dinyatakan dalang di sebalik konspirasi dahsyat itu.

Ketika pengakuan Raja Putra itu disiarkan melalui TV, Demang melihatnya tanpa perasaan terkejut. Bahkan terdetik dalam hati Demang betapa mudahnya orang ramai ditipu hanya melalui lontaran persoalan.

Demang masih ingat persoalan awal yang pengendali web itu lontarkan:

"benarkah Altantuyaa datang ke Malaysia mencari Razak Baginda? Tidakkah wanita iti tersilap lantaran penggunaan 'surname' dan 'bin' yang berbeza telah mengelirukannya? Mungkinkah Alatntuyaa mencari Najib Razak tetapi tersilap lalu menyebut 'Razak' sahaja?"

Bermula dari itulah pelbagai teori bodoh dikemukakan dan kekabu fitnah bertebaran ke seluruh pelusuk dunia.

Demang rasa inilah kesan daripada solat hajat PAS yang ingin ditampakkan kebenaran. Maka Allah Taala kabulkan dengan menunjukkan satu demi satu kebenaran.

Inilah hadiah terhadap kesabaran Najib ketika berdepan dengan fitnah melampau.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dunia akhir zaman..yang kelihatan alim, bercakap pasal kesucian islam bukan main lagi tetapi semuanya penuh dengan tipu muslihat untuk kepentingan politik.

Ingatlah fitnah amat berat dosanya.

Tok We berkata...

Ambo amat sedih dengan sikap bermuka-muka para ustaz (yang digelar ulamak) pendokong parti Islam. Dalam kes DSAI semua dikatakan fitnah. Semua kata fitnah yang dibuat oleh UMNO/BN. Tetapi jika depa yang keluarkan semua dikata betul dan bukan fitnah. Contoh terbesar ialah kes Altantuya. Sampaikan cermah agama di masjid pun ustaz ni berani meracun fikiran jemaah kata itu fitnah dan ini kebenaran. Walhal dia sendiri dengar cakap dari kedai kopi sahaja.

Hm.. Dunia akhir zaman. Ustaz menumpang nama ulamak bawa marhaen ke neraka. Nauzibillah..

Tanpa Nama berkata...

atau mungkin si-Baginda dari Sabah ke Sarawak yang pada satu waktu dulu anak dia telah di-dapati makan daging khinzir di-sekolah?