Jumaat, April 01, 2011

ISU VIDEO SEX ANUAR - PEMIMPIN PEMUDA PAS KELIRU DENGAN OTAI2NYA !

Beberapa pemimpin muda Pas yang dihubungi penulis mengakui mereka gelisah dengan sikap kepimpinan Pas yang tidak tegas dalam menangani isu tersebut.

''Kita tidak boleh buat spekulasi mengatakan ia konspirasi politik atau mempertikaikan penubuhan suruhanjaya diraja.

''Soal pokoknya ialah kita mahu tahu apakah benar pemimpin pembangkang berkenaan terlibat. Kalau kita yakin beliau tidak terlibat, kenapa perlu kita takut, itu yang sepatutnya pemimpin kami fikirkan,'' kata seorang pemimpin muda Pas dari Kedah ketika dihubungi.

Selain itu, menurut seorang lagi pemimpin muda Pas, tindakan kepimpinan parti itu yang tidak mahu menyokong saranan Ketua Pemuda Pas supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan akan mewujudkan persepsi yang tidak baik kepada parti itu.

''Sekarang ini pun orang dah anggap Pas tidak telus dan lebih mementingkan politik berbanding menegakkan keadilan. Cakap-cakap begini kalau dibiarkan akan menjejaskan imej Pas,'' katanya.
Namun begitu bahaya yang menanti Pas berikutan sikap pemimpin-pemimpinnya yang dilihat 'double standard' dalam isu video seks tersebut ialah persepsi bahawa parti itu benar-benar bergantung kepada PKR dan DAP bagi survival politik mereka.

Kepimpinan Pas dilihat semakin hilang keyakinan diri untuk berjuang sendirian atau sanggup meninggalkan gabungan pembangkang demi sebuah kebenaran. Tetapi malangnya, semangat perjuangan itu seolah-olah sudah luntur, bagi kepimpinan Pas jika mereka keluar dari pakatan pembangkang maka terkuburlah impian mereka untuk meraih sokongan rakyat.

Kemungkinan PAS kehilangan banyak kerusi Parlimen dan DUN pada PRU 13 tidak boleh disangkal.Angin perubahan sedang melanda PAS.
PAS akan berkubur jika pemimpin kanan mereka masih mementingkan diri sendiri.




bs:
Memang benar.PAS takut kepada kebenaran.
Berani bila ada DAP dan PKR dibelakangnya.
PAS banyak cakap dari bertindak dan tiada usaha
untuk meyelesaikan sesuatu isu.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS yang aku kenal selama ini telah tenggelam dengan kepalsuan prinsip perjuangan. Kalau PAS dahulu mengutamakan kebenaran, tetapi kini pemimpin mereka sudah sesat dengan fatwa yang songsang.

Kalau DSAI yang menentukan arah perjuangan PAS, yang malang adalah umat Melayu Islam. Lihat sahaja bagaimana pengikut PAS tegar berbaring di atas jalan bagi menegakkan kerajaan DAP Perak dan anda akan dapat faham kepincangannya.