Isnin, April 04, 2011

MUSNAHKAN BLOG YANG ADA PENYAKIT GILA BABI.....

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kewujudan laman blog

 http://alfanso-rightstoon.blogspot.com/

yang didakwa sarat dengan elemen perkauman dan hasutan.

Menurut Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Zubir Harun, paparan blog tersebut yang bersifat keterlaluan boleh menimbulkan keresahan serta rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu.
Jelasnya, perkara itu amat berbahaya sekiranya dibiarkan dan tindakan segera perlu diambil bagi memastikan tidak timbul lebih banyak perpecahan kaum di negara ini.
"Jangan sampai Melayu ambil tindakan sendiri sehingga melampaui batas undang-undang.
"Kami tidak mahu ada sebarang huru-hara dalam negara. Justeru, setiap perkara yang membabitkan perkauman seperti ini wajib disiasat pihak berkuasa sebelum terlambat," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Tidak setakat memadankan gambar pemimpin Melayu dengan binatang, blog itu turut memaparkan kata-kata hinaan terhadap PDRM selain menyifatkan Melayu UMNO sebagai paria sebenar.
Sementara itu, Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah menyifatkan individu yang mengelolakan laman blog tersebut sebagai bacul dan mempunyai niat jahat.
"Setahu saya SKMM mempunyai hak untuk menyiasat tanpa perlu menunggu laporan polis. Justeru mereka perlu mengambil tindakan segera terhadap penghinaan seperti ini.
"Jelas tuduhan itu bertujuan merosakkan perhubungan baik antara kaum di negara ini," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, PDRM hanya akan menjalankan siasatan berhubung kewujudan blog itu jika ada pihak yang tampil membuat laporan polis.
Buat masa ini, katanya, PDRM belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kewujudan blog itu.

utusan

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Makhluk yang mengendalikan blog tersebut juga menghidapi penyakit gila babi yang serius !

BAKAR JErrrrrr