Rabu, Jun 01, 2011

ANWARISME MENGUASAI PAS - NIK AZIZ KENA CUCUK HIDUNG !

Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang taksub membela dan mempertahankan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah beliau kini dikuasai oleh puak Pro-Anwar.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, Nik Abdul Aziz kini menjadi mangsa kepada tokoh-tokoh yang menyokong Anwar dalam Pas sehingga tidak mampu untuk berfikir secara rasional.

"Nik Abdul Aziz sebenarnya menjadi mangsa kepada tokoh yang ditanam oleh Anwar dalam Pas sehingga pemikiran beliau begitu sempit dan dikuasai oleh kumpulan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-20 Koperasi Rancangan Tanah Pinggir Kawasan Masjid Tanah di sini hari ini.

Katanya, Nik Abdul Aziz mempunyai pemikiran sehala iaitu hanya menyokong sesuatu dengan tidak melihat faktor-faktor lain tanpa memberi peluang untuk mempertimbangkan aspek lain yang berkaitan.

Menurutnya, corak pemikiran sehala Nik Abdul Aziz ini yang menolak segala bukti kebenaran dikhuatiri boleh menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin yang akhirnya mencemarkan imej Islam itu sendiri.

Mengulas mengenai pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Anwar, tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak dapat menerima kebenaran itu juga dianggap sebagai sesuatu yang memalukan.


Beliau yang juga salah seorang trio Datuk T yang mendedahkan video berkenaan berkata, kemajuan sains dan teknologi telah membuktikan bahawa video seks itu tulen dan pelakunya juga tulen dan telah disaksikan oleh masyarakat.

"Nik Abdul Aziz mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral tanpa menimbang bukti yang telah didedahkan," katanya.

credit to UM

2 ulasan:

Mohd berkata...

Sekarang ini wang sedang ditaburkan kpd lebai2 PAS yg menjadi perwakilan supaya mengundi puak Erdogan yg menyokong Anwar Ibrahim aljuburi.
Cara inilah yg paling berkesan!
Lihat shj dlm pemilihan di antara Anwar dan Ghafar Baba dulu. Siapa menang?
Lihat shj dlm pemilihan Ketua Pemuda UMNO dahulu. Siapa yg menang?
Ini semua menunjukkan kuasa duit!
Tetapi PAS ni pelik sikit!
Orang beri duit, ambik.
Orang beri kain, pakai.
Tapi undi, beri pada Ulama.
Supaya selamat negara dan bangsa Malaysia.
Kecuali jika Melayu mudah lupa ....

blogenstarz berkata...

Salam Mohd !

Anda Sungguh mistri !

Terima kasih banyak diatas komen2 anda !