Khamis, Jun 02, 2011

MESTI BACA - SUNGGUH MENYAYAT HATI ! PAS MEMANG JADI KUDA DAP DAN PKR.

 

 ‘‘Kemunculan Pas dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulama yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulama Se-Malaya. Ia kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaysia (Pas) pada 24 November 1951.’’

Bagaimanapun sekarang ini sudah ada kebimbangan bahawa Pas kini bukanlah Pas dahulu, Pas sekarang dilihat semakin tenggelam dengan perjuangan Islamnya dan paling meresahkan sudah ada percaturan politik pihak luar bagi menentukan barisan kepimpinan parti tersebut.

Apa yang paling ketara berbanding pemilihan-pemilihan parti sebelum ini, suara yang kononnya mahu menjadikan Pas lebih progresif semakin lantang.

Dalam keghairahan itu, kelompok kepimpinan ulama menjadi sasaran untuk dijatuhkan dan ia semakin ‘mengerikan’ apabila percaturan turut melibatkan langkah memperluaskan ‘jajahan pengaruh politik’ pemimpin di luar Pas. Ini jelas apabila wujudnya apa yang dipanggil ‘Anwarinas’ - iaitu satu kumpulan di dalam Pas yang pro kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kelompok ini akan menterjemahkan apa yang telah mereka rancang sejak 2008 pada pemilihan kepimpinan Pas dalam muktamar kali ini bagi menukar saf kepimpinan parti itu yang sekian lama dikuasai oleh para ulama...., dan kelompok ini juga jika difikirkan secara tidak langsung sudah banyak membawa keburukan kepada Pas sejak parti tersebut bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Mereka ini tidak lagi mementingkan perjuangan apatah lagi idealisme Pas sebaliknya lebih menitik beratkan bagaimana hendak berkuasa sahaja. Sebab itulah apabila berhadapan dengan isu-isu politik tertentu, pemimpin-pemimpin ini akan dilihat menyebelahi Anwar, PKR dan DAP tanpa mempertimbangkan lebih dahulu kesannya kepada Pas.

Kesudahannya, Pas dilihat hanya menjadi kuda tunggangan kepada kedua-dua parti tersebut dan sekali gus mencemarkan kepimpinan ulama dalam Pas...!! Jadi tukang basuh berak Lim Kit Siang....

Punca kepada semua sikap tidak konsisten Pas adalah berpunca daripada mainan kumpulan pro Anwar di dalam parti itu yang bukannya menyebarkan semangat ukhuwah Islamiah sebaliknya meletakkan keuntungan politik mengatasi segala-galanya.

Baca seterusnya kisah sedih lagi menyayatkan hati ini..., klik
sini



medaninfokita

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka tahu.Tapi buat2 tak tahu kerana gila kuasa