Khamis, Jun 02, 2011

KICKDEFELLA BERSUARA PASAL RM300,000

Penulis blog, Syed Azidi Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella menegaskan, beliau tidak akan menjawab isu mengenai beliau dibayar RM300,000 untuk berkempen bagi Datuk Husam Musa merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan Pas kali ini.

Katanya, pendirian itu diambil bagi mengelakkan kenyataannya nanti mempengaruhi keputusan pada pemilihan Pas yang akan diadakan Jumaat ini.
“Belum masanya untuk saya membuat sebarang kenyataan berhubung isu ini kerana saya tidak melihat ia satu keperluan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Syed Azidi berkata demikian sebagai reaksi kepada pendedahan beberapa buah blog hari ini yang mendakwa beliau menerima bayaran RM300,000 untuk berkempen bagi pihak Husam.

Pada pemilihan Pas kali ini, Husam akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden bersama-sama lima calon lain iaitu Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd. Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Antara blog yang mendedahkan mengenai bayaran yang diterima Kickdefella daripada Husam itu adalah Selangor Bangkit di http://medan-info-kita/ dan Papa Gomo di http://www.papagomo.com mendedahkan mengenai perkara itu.

BS:
PAS pun tahu guna duit selain dari beli makanan dan jubah ,
yang untung adalah kickdefella yang makan keliling pinggang !

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bersuara pun untuk menegakkan benang yang basah.
Dasar suka jilat ludah.....