Rabu, Jun 01, 2011

SEDAR DITIPU KOMINIS - MEREKA KEMBALI KEPANGKAL JALAN !

1- Sebelum ini telah disuarakan bahawa Melayu DAP tidak ubah seperti Melayu PKM (Parti Komunis Malaya) yang telah ditipu hidup hidup oleh Kepala Komunis Chin Peng dengan janji-janji manis supaya mereka mendapat sokongan untuk menakluki Tanah Melayu pada masa dulu.

2- Hari ini perkara yang serupa berlaku kepada bekas Komunis Melayu DAP yang telah menyerah diri kepada pihak yang benar dengan mengisi borang memasuki dan rujuk kembali kepada Umno selepas mereka menyesal beramai-ramai sehingga tidak sudah-sudah. Ini berlaku setelah mereka sedari telah ditipu oleh Kepala Komunis Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Teresa Kok.

3- Di sangka kan hanya orang muda sahaja yang membuat keputusan yang kurang cerdik seperti memasuki Pas atau Pkr, tetapi terdapat juga orang dewasa berumur 58 tahun yang turut menjadi sambol seperti Mr Bean yang mudah tertipu dengan dakyah Komunis DAP.

4- Berikut ialah luahan hati penyesalan bekas Komunis Melayu DAP dan kenapa mereka terpedaya dengan dakyah-dakyah Komunis yang cukup manis. Luahan hati dicatit oleh Umno-online, MediaUMNO.

Bekas Pengerusi DAP Lembah Kinrara, Harun Abdul Wahab, 58, dengan nada menyesal berkata,

“Kalau bukan kita yang nak tolong bangsa kita sendiri, siapa yang akan datang menghulur bantuan. Kami juga ibarat Peminta Sedekah walaupun pada awal penubuhan DAP Cawangan Lembah Kinrara, Puchong dua tahun yang lepas, kami ini diibaratkan sebagai `anak emas’, apa sahaja yang permintaan kami, kononnya akan ditunaikan oleh DAP khususnya ADUN Kinrara yang kini merupakan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok,”


Sehubungan itu, Harun bersama kumpulan pertama terdiri daripada 64 orang bekas ahli DAP Lembah Kinrara, Cawangan DAP Melayu di Selangor menyerahkan 64 borang permohonan menyertai UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pada 31 Mei 2011.

“Kesedaran yang timbul dalam diri kamilah yang menyebabkan kami rasa bertanggungjawab untuk kembali bersama perjuangan UMNO, kerana kami juga satu ketika dulu merupakan ahli UMNO, namun kerana kesilapan yang kecil ketika itu, kami membawa perpecahan kepada UMNO di kawasan kami”

“Kami sedar, dan kami bersepakat untuk keluar DAP.  UMNO tu bukan tak elok, yang tak elok itu adalah diri kita sendiri. Kita yang tak sokong dengan elok, yang akhirnya orang pandang serong dan buruk pada UMNO atas kesilapan yang kita sebagai ahli sendiri yang buat,”

“PKR memang wujud di kawasan Lembah Kinrara, namun keputusan meninggalkan UMNO dan menubuhkan cawangan DAP Melayu yang pertama dibuat pada tahun 2009 kerana kami tidak yakin dan percaya kepada perjuangan PKR di kawasan tersebut, manakala PAS memang tidak ada”

“Ketika itu, kita memang tengok DAP pada zahir sahajalah. Cara mereka memikat kita ketika itu memang eloklah. Kalau ada apa-apa yang kita cakap pun ketika itu, dia dengar. Tapi sekarang ini, kalau kita nak minta bantuan pun, lepas tapis, tapis”

“Sekarang ini bila mereka dah menang lama, dah semakin kuat, kita pun dia dah tak pandang lagi. Sehubungan dengan itu, buat umat Melayu yang masih bersama DAP ini, agar berfikirlah kembali asas perjuangan kita, agar kita tidak mengkhianati anak bangsa kita di masa depan atas kesilapan yang kita lakukan pada hari ini,”

Mudah-mudah ramai lagi yang akan sedar seperti Harun di atas. Satu trend yang jelas dilihat akhir-akhir ini ialah semakin ramai yang menyesal dan memasuki Umno atau MIC semula. Kenapa agak nya selain dari alasan kesalan diatas kerana tidak dapat bantuan?



CREDIT:
HHalem

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kepada yang lain2 tu.... segeralah keluar dari pakatan pembangkang.

keris berkata...

bahaya parti rasist nih!