Isnin, Ogos 01, 2011

ANWAR AKAN TERBUANG AKHIRNYA !

PADA 25 Julai lalu, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chandra Muzaffar berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah liabiliti kepada pembangkang.
Pelbagai masalah moral yang melumuri Penasihat PKR itu telah menyebabkan dua rakan sekutu parti tersebut iaitu Pas dan DAP pening kepala. Mereka memerlukan Anwar tetapi Anwar sendiri banyak masalah.
Justeru bukanlah satu yang menghairankan apabila wujudnya dakwaan bahawa pembangkang kini terutamanya Pas berusaha memancing Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai pembangkang bagi menggantikan Anwar.
Pelawaan itu didakwa dilakukan memandangkan majoriti pemimpin-pemimpin pembangkang mungkin semakin yakin bahawa Anwar tidak akan terlepas dalam kes liwat melibatkan pembantu peribadinya Mohd.Saiful Bukhari Azlan.
Oleh itu pembangkang perlu mencari alternatif bagi memastikan pakatan mereka tidak kehilangan nakhoda



seterusnya -

1 ulasan:

berasiam berkata...

AI telahpun terbuang dari UMNO dan kerajaan pada 1998. Dia bernasib baik bila AAB berbaik sangka dan membebaskannya dari penjara. Sebagai orang buangan, dia dikutip oleh kumpulan pembangkang untuk menumpang karisma yang kununnya dimilikinya. Sedangkan naiknya dia di dalam UMNO dan kerajaan pun banyak bergantung kepada payung TDM yang begitu percaya kepadanya, selain tipu helah berumpankan wang. Andai dia terbuang tak diterima pula oleh pembangkang, peluang terkahirnya ialah menagih kasih dari sekutu Yahudinya, itu pun sekiranya mereka masih tidak membuangnya juga. Yang pasti, sebagaimana kita semua, suatu hari dia akan terbuang juga dari dunia yang fana ini.