Isnin, Mac 11, 2013

KREDIBILITI MAJLIS PEGUAM DIPERTIKAI !


KUALA LUMPUR Mac - Majlis Peguam tidak wajar lagi dijadikan rujukan undang-undang untuk rakyat kerana dasar badan itu di bawah kepimpinan Lim Chee Wee didakwa tidak lagi berasaskan objektif penubuhan asal ketika 66 tahun lalu.

Betulkan MAJLIS PEGUAM gila kuasa?

Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail mempersoalkan bagaimana masyarakat boleh meletakkan kepercayaan terhadap badan itu jika ahli-ahli terutama presidennya dikecam sehingga pejabat majlis di Kuala Lumpur dijadikan lokasi berdemonstrasi baru-baru ini.

Dan MAJLIS PEGUAM dikatakan Biadap. Jadi Masih Relevankah Mereka Ini?

Oleh yang demikian katanya, insiden seumpama itu perlu diteliti oleh kalangan ahlinya supaya dapat mengembalikan semula majlis pada kedudukan yang sewajarnya meskipun terpaksa menolak kepimpinan pada masa ini demi kesejahteraan rakyat.

''Zaman dahulu, Majlis Peguam tidak pernah ditohmah, tetapi sekarang majlis itu sering dikaitkan dengan propembangkang, tidak adil, tidak benar. Perkara berbangkit seperti ini perlu diperhalusi oleh ahli-ahlinya. Fikir kenapa ini boleh berlaku.

IBM Kata : Inilah akibatnya bila majlis peguam negara ini dianggotai oleh peguam-peguam yang pro kepada Pembangkang. Apa muslihatnya dan apa agenda mereka? Maka kerajaan mestilah berbuat sesuatu, jangan berdiam diri, kerana mereka-mereka ini dibaratkan 'musuh dalam selimut', malah tidak lagi bersembunyi dalam selimut. Mereka dah terang-terang menentang kerajaan. So, pertanyaan IBM, masih relevenkah Majlis Peguam ini?..fikir-fikirkan dan RENUNG-RENUNGKANLAH.

Tiada ulasan: