Jumaat, Julai 22, 2011

SIDANG MEDIA 21 JULAI 2011 - POLIS KEMUKA BUKTI TANGKIS TOHMAHAN


Bukit Aman - YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA telah memberi respon terhadap isu keganasan polis yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak, termasuk penganjur perhimpunan BERSIH 2.0.
 
 
Dato" Salleh yang cool - bakal menteri KDN ?
 

Penerangan diberikan secara teratur, sambil menayangkan rakaman s...ebelum, semasa dan selepas perhimpunan diadakan. Turut dipaparkan adalah cara penugasan polis yang menepati Standard Operating Procedures (SOP) terhadap peserta-peserta perhimpunan berkenaan.

Rakaman video yang menangkis dakwaan tindakan kasar polis sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian, serta lakonan individu yang cuba menghasut kebencian terhadap polis turut dikemukakan.

Beberapa insiden yang telah ditonjolkan sebagai kekerasan polis telah digambarkan seolah-olah polis bertindak kasar dalam semua keadaan. Pelbagai tomahan yang dilemparkan ini tidak melunturkan semangat PDRM untuk terus berkhidmat kepada masyarakat demi menjamin keselamatan, ketenteraman dan keamanan negara.
Sidang media telah dihadiri oleh wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), wakil media, dan juga Pegawai Kanan Polis
 
Para pemerhati dari NGO yang dijemput hadir dimajlis tersebut , sangat berpuas hati dan mereka senang dengan layanan baik dari PDRM disepanjang majlis tersebut.Segala soalan telah dijawab dengan sebaik mungkin sehingga tiada lagi soalan yang dikemukan oleh NGO tersebut.
 
 

KEMATIAN YBH - DAP MASIH TIDAK BERPUAS HATI

BANGSAT !

 
Keluarga Teoh Beng Hock kemungkinan memohon agar diadakan satu semakan kehakiman ke atas penemuan suruhanjaya diraja yang menyiasat kes kematian setiausaha politik kepada seorang wakil rakyat DAP itu.
“Keputusan bunuh diri tidak dapat diterima oleh keluarga (Teoh),” kata peguam kepada keluarga Teoh, Karpal Singh kepada pemberita di sini hari ini.
 
 

“Suruhanjaya diraja adalah tribunal yang rendah dari struktur undang-undang dan apa sahaja keputusan dibuat oleh tribunal yang rendah boleh disemak balik oleh Mahkamah Tinggi,” kata beliau.

Karpal yang juga Pengerusi DAP kebangsaan berkata, beliau sedang meneliti laporan suruhanjaya itu “baris demi baris” untuk menentukan tindakan susulan, yang akan diketahui menjelang awal minggu depan. - TheMalaysianinsideanuvajiass

Dah agak dahhh..diorang tetap tak berpuashati dengan keputusan yang telah di buat walaupun siasatan di raja telah di jalankan dan mengikut kehendak keluarga TBH.

Ape lagi yang tak kena? semua saksi telah di panggil dan semua keterangan telah di bentangkan malah pakar yang di lantik oleh Bar Council juga mengesahkan penyebab kematian TBH adalah kerana bunuh diri.

Kalau nak di ikutkan deeayypig patut di seret ke muka pengadilan kerana terlibat dengan kegiatan penyelewengan dan rasuah secara langsung serta penyebab kepada kematian TBH. Namun di sebabkan kematian saksi utama selain pegawai penyiasat juga turut di ugut, ramai di antara mereka yang di syaki juga enggan memberi kerjasama bagi membantu siasatan!

Kalau macam ni la rakyat perlu tau berapa banyak lagi duit rakyat di perlukan oleh deeayypig untuk memuaskan hati mereka?? atau DAP nak tunggu TBH bangkit dari kubur dan ceritakan perkara yang sebenar, baru diorang puas hati??
harkkk ptuihhh!!

Khamis, Julai 21, 2011

ADAKAH BUKIT AMAN AKAN BERTUKAR KEPADA BUKIT SENGSARA ? SIAPA NAK JAWAB ( II )


BUKIT AMAN: ADA MUSUH DALAM SELIMUT ? (BAHAGIAN 3)

 semalam kami telah mendedahkan 3 syarikat yang mendapat layanan istimewa oleh '3 anggota bukit aman' mengenai proses tender sistem IT di bukit aman.

rujuk di bawah..

NAMA PROJEK
perkhidmatan penyelenggaraan secara preventif dan correctif kepada perkakasan,perisian dan aplikasi sistem stor material spesifik (SMS) fasa 5 untuk PDRM.
TENDER NO
KDN/PL7/2011-PTM
TARIKH AWARD
20 JUN 2011.
KEPADA SYARIKAT
NZ GEMILANG

hari ini kami akan mendedahkan latar belakang kewangan dan prestasi syarikat yang dimaksudkan.sebelum itu ;

2 minggu lepas kecoh cerita mengenai keinginan UDA HOLDINGS yang mahu memberi tender projek pembinaan bukit bintang city center (BBCC) kepada syarikat milik negara china. (tender diberi dengan bersyarat).

bila isu ini timbul, ada orang bising. yang bising pulak sebenarnya cuba nak masuk tender projek RM6bil ini. namun bila diselidiki, modal berbayar syarikat ini hanya setakat RM10juta sahaja.

kes UDA ini merupakan contoh betapa perlunya kita menilai kemampuan kewangan dan track record sesebuah company dalam proses saringan memberikan tender.

adakah proses saringan  berlaku untuk projek ini di bukit aman ?
adakah 3 pegawai bukit aman ini sudah menilai kemampuan syarikat NZ ,kelisa dll ?

cuba perhatikan fakta di bawah.

bagaimana dan kenapa unit IT bukit aman boleh memberikan projek bernilai jutaan ringgit kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai nilai saham sebanyak 50 ribu sahaja ?
bukan setakat itu.

persoalan besar yang timbul apabila syarikat ini (NZ) yang tiada mempunyai keuntungan tahunan boleh dianugerahkan tender di bukit aman bernilai jutaan ringgit ?

syarikat yang takde untung boleh dapat projek ?

sila rujuk pada foto di bawah. 
keuntungan tiada.

KENAPA KDN TAK PERIKSA LATAR BELAKANG SYARIKAT DAN PROSES PERJALANAN PROJEK INI ?

minggu depan ada pendedahan lagi panas..

syarikat adik beradik kenyang di bukit aman.

pendedahan bagaimana mereka mendapat keistimewaan ini.

apa logiknya padang golf untuk dikaitkan dengan isu ini.

siapa yang kuat bercuti ?

siapa rakyat singapura yang menjadi dalang kepada move ini .....

Rabu, Julai 20, 2011

KAMI SAYANG PDRM - NAMUN YANG INI SIAPA NAK JAWAB !

"We are talking about national security here.  And how do you expect when PDRM itself being exposed to outsider, which may lead into possibility of leaking of information relating to security matters such as database, equipment and so forth.  By hook or by crook, we must stand together to wipe out any so-called "outsiders" or maybe spies.  Who knows? "



GT bukan anti establishment, seperti mana pendapat sesetengah pembaca yang mula-mula mengikuti blog ini.  Terima kasih kepada PDRM atas tindakan pantas menyelamatkan Malaysia dari "revolusi" si bangsat!  

PDRM cukup dihormati dan diakui antara yang terbaik di dunia.  Dan atas pengiktirafan inilah, GT mahukan ianya kekal.

Demi keselamatan negara, ayuh, pendedahan ini akan diteruskan di blog Gerakan Timur secara bersiri.  Teliti satu persatu fakta-fakta dibawah:

NAMA PROJEK
perkhidmatan penyelenggaraan secara preventif dan correctif kepada perkakasan,perisian dan aplikasi sistem stor material spesifik (SMS) fasa 5 untuk PDRM.

TENDER NO
KDN/PL7/2011-PTM

TARIKH AWARD
20 JUN 2011.

KEPADA SYARIKAT
NZ GEMILANG 
Klik untuk besarkan imej


persoalan yang wajib dijawap.

benarkah  3 syarikat di atas mewakili  3 entiti yang berasingan ?
apa hubungan mereka dengan lelaki bernama lim see xxx ?

siapa pula lelaki misteri yang menetap di teluk kurau,singapura ?
benarkah lelaki misteri ini bernama toh kian xxxx ?

selepas pendedahan di atas, kami akan mendedahkan pula peranan seorang ACP,DSP dan SUPT di bukit aman dalam proses penganugerahan projek yang cukup meragukan.
Cukuplah dengan kekusutan RMPnet.....Dimana banyak pegawai atasan PDRM yang panas punggung !