Sabtu, Januari 08, 2011

BLOGGERS PAS AKAN JADI TASK FORCE ELITE DPP

Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat akan menganjurkan Himpunan Dunia Media Baru Peringkat Kebangsaan pada 15 Januari ini.Menurut Ketuanya, Nasrudin Hassan, himpunan yang akan berlangsung di Hotel Green Park Temerloh Pahang itu dianjur bagi mencapai beberapa matlamat yang difikirkan perlu oleh dewan itu.Ianya antara lain mahu mengeratkan hubungan DPP dengan semua pengamal media baru  termasuk blogger, facebooker, websiter, dan twitter.
"Dewan Pemuda PAS Malaysia menyedari malah benar-benar memahami kepentingan dan keupayaan kuasa media baru menakluki dunia maklumat.
Dengan penganjuran itu juga, mereka merancang untuk membentuk task force media baru yang berperanan membantu DPP.
"Langit terbuka ini bila-bila masa sahaja boleh diceroboh dan dihuni oleh petualang media yang berperanan melampiaskan fitnah jahat untuk mengkucar kacirkan dunia, mencetus permusuhan, merosakkan kejernihan maklumat, mengeksploitasi realiti dan mencemari persepsi," tambahnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua blogger untuk hadir bagi berkongsi pandangan bersama DPP.

Bagaimana pula dengan Pemuda UMNO ? Adakah masih mahu meyisihkan diri daripada bloggers pro kerajaan.? Atau pun sudah merasa selesa dengan peranan bloggers yzng menyokong kerajan tanpa disuruh.?
Jika diimbas kembali,PAS sangat mengambil berat terhadap peranan yang dimainkan oleh para bloggers buat masa ini.Mereka sentiasa mengadakan muzakarah disamping mengeratkan siratulrahim diantara pemimpin PAS dengan bloggers nya.Mereka boleh diibaratkan seperti aur dengan tebing.......

PEMUDA UMNO SELALU PERGI GAZA.
 CARI DHAB !!
(DHAB PENING)
gambar hiasan saja !

3 ulasan:

Penditakainsingkat berkata...

Salam,
Mohon link ke blog tuan utk berkongsi perjuangan.
TK

Tanpa Nama berkata...

Pemuda UMNO sibuk dengan program membantu rakyat miskin dan asyik dengan program yang tak habis2 sepanjang tahun !

blogenstarz berkata...

PenditaKainsingkat
Blog tuan sudahdilinkkan keblog saya.Selalu2 lah refresh blog saya.
semoga perjuangan kita mendapat keberkatan.