Selasa, Januari 04, 2011

JORAN ADALAH HARAM.

Umat Islam di negara ini digesa menghindari penyertaan pertandingan memancing atau joran yang berkonsepkan perjudian kerana ia adalah haram dan dosa besar, bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
"Qimar atau judi bermaksud 'setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah'. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Hal ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan joran dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
(proffessor lagi !)
Macamana ni..... nampak gayanya semua pertandingan yang melibatkan hadiah tidak boleh diambil bahagian.Harimau Malaya pun kena pulangkan duit hadiah yang diperolehi selepas mengalahkan Indonesia.
Tapi diArab Saudi,Pertandingan Lumba Lari Unta dan Kambing tercomel tetap diadakan setiap tahun.Hadiahnya pula sangat lumayam.
HABISLAH KAKI2 PANCING.
PANCING ATAS DARAT AJE LAH.......

6 ulasan:

ISAC berkata...

Sebab kena bayar tu...

Tapi hadiah banyak yang ditaja...

Kalau nak pancing tempat kolam persendirian/berbayar pun kena bayar juga...

Jangan nanti nelayan pergi ke laut keluar modal minyak, insuran bot, gaji awak2 dan krew pun dikira berjudi pulak... Al maklum, kadang2 pergi laut ni masuk angin keluar asap aje...

blogenstarz berkata...

ISAC
Kita pancing undi je lah.....

Zulhilmi Yang Pemalu berkata...

kena bagila penerangan yang terperinci, kalau ikut kriteria camtu, banyakkkkkkkkla pertandingan yang haram.hehe

mae berkata...

1. Kita bayar cukai. Tapi hasil cukai diguna atau diberi kepada orang yang 'menang'. 'Menang' kerana lebih pandai (dapat biasiswa), lebih penting (selangor dapat lebih, perlis dapat kurang), dsbnya. Yang kalah kerana kurang pandai atau kurang penting tak dapat semula apa yang disumbangkan. Kira judi tak ?

2. Betul ke tafsiran 'judi' yang Dr Asri beri tu ?.

3. Tak silap saya dulu judi ditadfsir sebagai keuntungan yang diperolehi secara nasib2 aje, bukan dengan skil atau kepandaian.

dzimba MMIM berkata...

mohon penjelasan lebih sikit daripada Dr Asri.. jgn jadi fatwa senget sudahlah.. hancur kita kalau semua hadiah tidak boleh ambil

Tanpa Nama berkata...

Asri ni banyak Ilmu,cakap macam dia ni sangat-sangat tidak berpihak. Tapi dia suka ulas berat sebelah saja.

Kalau isu tu tak mempopularkan dia, dia diam.