Ahad, Januari 23, 2011

TENANG - LEBIH SUDU DARI KUAH


Suami Normala bersebelahan Calon BN Azhar Ibrahim semasa pengumuman calon DUN Tenang hari ini.
Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Jan ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili bekas Penolong pegawai Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat Mohd Azahar Ibrahim, 39, manakala calon PAS Ketua Muslimat parti itu di Labis Normala Sudirman, 38.

Selepas tamat tempoh bantahan di akhir proses penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini hari ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11.20 pagi.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh oleh penyokong kedua-dua parti.

Mohd Azahar, merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.02 pagi dan Normala, menyerahkan borang pencalonan beliau pada 9.10 pagi.

Proses penamaan calon itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, walaupun parti-parti politik yang bertanding itu membawa bersama ribuan penyokong

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 30 Jan ini sebagai tarikh pengundian.

Pilihan raya kecil DUN Tenang merupakan yang ke-14 berlangsung di seluruh negara selepas pilihan raya umum 2008, tetapi yang pertama di Johor.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS yang untung.Beli satu dapat dua.Suami Mala boleh juga dijadikan asset PAS dimasa depan.

UjangRanggi berkata...

SEBENARNYA DIA YANG TERINGIN NAK JADIK CALON...GAMAKNYANYA TAK CUKUP HAUL..HEHEHE...

BRADER BLOGGENSTARZ...
KITA HARI-HARI BERTEMU DI BLOG GUA,..GUA TERINGIN GAK PAMER NAMA GUA YG GLAMER DALAM U PUNYA BLOG...TERCICIR KOT...

blogenstarz berkata...

Ujang Ranggi..
Alamak. Lu pakai 4x4 merah tu... gempak sungguh.
Gua pakai morris minor je.
Blog sudah dilinkkan bro...
Salah letak kot !
Nanti gua confirm !