Sabtu, Mac 26, 2011

DS ABDUL HADI AWANG - MENGETUAI SURUHANJAYA SIASATAN KES PORNO !?

PAS terkedu dengan perangai pelaku video sek made in Malaysia!

Pendedahan video seks melibatkan seorang lelaki mirip pemimpin politik pembangkang kini semakin panas bila tiga orang “Datuk T" memperkenalkan siapa diri mereka.

Pihak yang ‘menuduh’ sudah tampil mengaku mereka yang pegang rakaman video seks menggemparkan itu. Malah mereka juga berani dan yakin apabila meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan.
Tinggal sekarang, orang kena tuduh bermati-matian cuba menafikan bahawa lelaki dalam rakaman video itu bukan dirinya.

Jangan lupa perkara penting bahawa pada awal pendedahan video seks itu tidak pun menyebut siapa individu yang terlibat.Tetapi apabila nama pemimpin berkenaan menjadi sebutan dan secara psikologinya tiba-tiba beliau ‘kalut’ sehingga memanggil sidang akhbar untuk menafikan segera.

Muncullah Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dirinya adalah lelaki yang melakukan adegan seks di dalam klip video itu. Beliau menyifatkannya tindakan itu sebagai serangan bermotifkan politik untuk memaksa beliau keluar daripada politik nasional.
Anwar telah membuat laporan polis. Polis juga sudah memanggil untuk mengambil keterangan daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, mereka berdua yang dedah isu ini.

Nah! patutkah masyarakat tunggu sisatan polis selesai atau mahu ditubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan?
Kalau melibatkan skandal video seks Chua Soi Lek, rakaman video V.K. Lingam mengenai pelantikan hakim, kematian Ong Beng Hock – pihak parti pembangkang sepantas kilat mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan.

Tetapi dalam kes melibatkan orang kesayangan mereka, pelbagai alasan dan hujah mereka berikan – asalkan suruhanjaya itu tidak menjadi kenyataan. Janganlah bertindak memilih bulu apabila bertindak konon atas nama keadilan.

Demi menegakkan kebenaran dan memelihara moral pemimpin Islam, Pas yang mencanangkan sebagai parti Islam sewajarnya menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan sebagai mana sokongannya kepada suruhanjaya-suruhanjaya sebelum ini.

Nada dan pemikiran pemimpin Pas sudah berbeza apabila sekutunya berada di pihak yang kena tuduh lagi. Dahulu Pas kata “mana boleh polis sahaja yang siasat, mesti tubuh suruhanjaya siasatan yang bebas.”
Tetapi, Hadi dan puak-puak Pas lain sudah sekata memberi alasan “memadailah kes itu diserahkan kepada polis untuk lakukan siasatan kebenarannya tanpa perlu kepada penubuhan suruhanjaya diraja.”

Terkejut juga apabila Abdul Hadi menyifatkan cadangan penubuhan suruhanjaya itu sebagai 'mengarut' selagi tiada wujud ketelusan dan keadilan berhubung dakwaan tersebut.

Dalam kes-kes sebelum ini yang dibawa kepada suruhanjaya, Pas nampak tidak memihak demi keadilan – katanya. Malah permintaan pihak pembangkang yang mendesak mahukan suruhanjaya ditubuhkan – ditunaikan juga oleh kerajaan.

Badan bebas itu hanya boleh dianggotai oleh pemimpin dari parti pembangkang, pengamal media dan badan kehakiman secara eksklusif.
Dalam isu melibatkan moral dan agama ini, alangkah baiknya jika kerajaan menubuhkan suruhanjaya ini dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik mengetuai suruhanjaya tersebut.
 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Elok sangat lah tu.
Selama ini sukusakat merekalah yang selalu mendesak kerajaan mengadakan suruhanjaya siasatan bila ada isu yang remeh temeh....

Kita tengok siapa yang akan kena kali ini !