Rabu, Mac 16, 2011

HADI AWANG TAHU SIAPA DIA JANTAN ' Y ' TERSEBUT.

Sidang Media Pakatan Rakyat semalam 14/3/11 telah memutuskan beberapa isu tertangguh yang menjadi ketegangan di kalangan pemimpin masing2 terutamanya di Selangor. Sahabat Melayu CinDia yang juga merupakan salah seorang wartawan Majalah Pro PAS sempat menceritakan perkembangan Sidang Media tersebut. Isu judi yang menjadi perbualan hangat akhirnya telah diputuskan dengan 1 suara dari Pakatan Rakyat. Jawapan yang sudah dijangka. Judi dikekalkan akan tetapi dipantau.

Presiden PAS Hadi Awang kelihatan mengiyakan sahaja keputusan tersebut kerana mengakui PAS tidak mampu mendesak dan mengaplikasi manifesto parti pimpinannya atas faktor kuasa PAS yang amat rendah berdasarkan jumlah kerusi Parlimen ditambah dengan kekalahan demi kekalahan di dalam Pilihanraya Kecil baru2 ini. Apa yang lebih mengejutkan apabila Hadi Awang yang duduk bersebelahan dengan Anwar disoal berkenaan pandangan beliau mengenai DNA yang dikaitkan dengan Lelaki Y. Hadi Awang terkedu. Tidak mampu berkata2. Terdiam seketika. Seperti teragak2 untuk menjawab.

Lantas Anwar juga yang terpaksa menjawab dengan mengatakan beliau tidak akan sama sekali memberi DNA tersebut kerana Kes Liwat ini merupakan konspirasi politik. Barulah Hadi Awang menyambung pendirian Anwar tersebut. Seolah2 tersedar dari tidur. Hadi Awang terus menyokong kenyataan Anwar. Lalu ianya disahut oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang akan melancarkan Kempen DNA Najib-Antantulya sebagai cabaran balas terhadap desakan dari juak2 UMNO.

Ada beberapa wartawan terfikir sejenak dengan tindakan Hadi Awang yang secara tiba2 terdiam seketika apabila ditujukan soalan tersebut. Oleh itu, seorang wartawan dari Majalah Pro PAS kembali menemui Hadi Awang selepas selesai Sidang Media. Bertanya secara peribadi mengenai soal DNA dan Lelaki Y.

Hadi Awang hanya tersenyum dan menjawab dengan tenang, beliau menyerahkan kepada mahkamah bagi menentukan identiti sebenar Lelaki Y tersebut. Apabila wartawan tersebut bertanya adakah Hadi Awang yakin Anwar bukan Lelaki Y itu, beliau dengan nada tenang menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak Mahkamah kerana Institusi inilah yang sewajarnya diberi penghormatan kesemua rakyat Malaysia.

Hadi Awang juga menasihatkan kepada wartawan tersebut tidak menyoal isu yang masih dijalankan di Mahkamah. Akan tetapi, jika ianya sekadar sebagai analisis, bertanya pada Peguam2 Malaysia yang berpengalaman terutamanya dalam kes2 sebegini dan lebih afdal jika Peguam tersebut beragama Islam.

Jawapan yang tidak meyakinkan. Hadi Awang langsung tidak membela Anwar. Sekurang2 nya memberi jawapan yang beliau begitu yakin dengan keperibadian Anwar yang sememangnya akan dijulang Perdana Menteri apabila Pakatan berjaya merampas Putrajaya. Jawapan yang diberikan Hadi Awang menimbulkan seribu macam persoalan. Adakah Hadi Awang yakin dengan keperibadian dan moral Anwar? Adakah Hadi Awang benar2 yakin dengan manusia yang akan dijulang sebagai Pemimpin No. 1 ini tidak terlibat langsung dalam kegiatan songsang tersebut?

Tapi sekurang2 nya Hadi Awang tidak menafikan, beliau menghormati dan menjulang Institusi Mahkamah Malaysia yang dikatakan oleh Anwar telah dilacur dengan strategi2 kotor UMNO bagi menjatuhkan pemimpin2 tertentu. Hadi Awang juga mengakui, beliau yakin dengan kebijaksanaan Institusi Mahkamah Malaysia bercanggah dengan Anwar yang telah mengatakan telah diperbodohkan oleh Kerajaan UMNO untuk menjatuhkan beliau.

Rasa2 nya, Melayu CinDia dapat baca, siapa Lelaki Y yang dimaksudkan oleh Hadi Awang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak bagitahu yang sebenarnya sudah malu !

PAKU berkata...

HAJI HADI NAMPAK LEBIH BIJAK DARI AJIS

DIA BERCAKAP BERDASARKAN REALITI BUKAN GUNA LUTUT SEBAB TU PUAK AJIS GERAM

MUDAH MUDAHAN KERAJAAN PERPADUAN AKAN TERLAKSANA SETELAH ALJUBS MASUK 'DALAM' DAN AJIS 'JALAN'