Jumaat, April 15, 2011

BIAR LEBIH SUSPENS !

Polis telah mengenal pasti lelaki dalam aksi seks rakaman video yang didedahkan oleh “Datuk T” bulan lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.
Bagaimanapun Ismail berkata pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan.Justeru tambah Ismail, kertas siasatan berkaitan video seks itu akan selesai minggu depan.Video seks itu dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan oleh “Datuk T” di hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu, mendakwa lelaki dalam aksi seks adalah pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Kata Ismail, polis kini dalam proses mengenal pasti pemilik tangan Omega yang menurut “Datuk T” adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kami sedang mengenal pasti siapa pemilik jam tangan (Omega) yang diserahkan kepada polis,” kata beliau kepada pemberita.

Apabila ditanya mengenai wanita tidak dikenali dalam aksi seks itu juga telah disoal siasat, Ismail berkata, “polis telah bercakap dengan setiap orang yang terlibat dalam video seks.”

Tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuaib Lazim yang disoal siasat polis dilaporkan telah menyerahkan jam tangan Omega kepada polis.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah tampil membuat penafian beliau adalah individu dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.




BS
Mungkin PDRM belum bersedia dari segi kertas siasatan.
Kalau dah umumkan kenalah ada eviden yang kukuh.Nanti taklah Karpal Singh main tangguh2 lagi.
Kali ini kalau kena bicara biar lekat terusssssss

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semuanya kerana berkat sholat hajat Pakatan.

Allah bayar cash didunia lagi !

pacat berkata...

tapi masih ramai hitam hati dan mindanya melihat apa yang Allah telah tunjukkan. Adakah mereka hanya akan terbuka minda apabila melihat petunjuk sehebat tsunami, gempa bumi, gunung berapi?