Ahad, April 17, 2011

DISARAWAK DAN DIMANA SAJA - PAS DIPERBODOHKAN OLEH DAPKR

Seperti yang dijangka, PAS kalah di semua kerusi yang ditandinginya di Sarawak. Meskipun bermula garang dan berkeyakinan penuh tentang kemenangan PAS di Sarawak, ternyata impian tersebut sekadar satu impian orang yang kuat berangan-angan.

Ketika PKR dan DAP berjaya menambah kerusi mereka di Sarawak selepas dua tahun berkempen secara agresif dan menusukkan lebih banyak jarum-jarum pecah belah, PAS pula terkonteng-konteng. Bukan sahaja kalah tetapi PAS menghadapi kemerosotan undi di Beting Maro yang diharapkan mampu menjadi kawasan pertama yang dimenangi oleh PAS di Sarawak.

Munajat dan doa serta solat hajat PAS untuk menang di Sarawak masih belum dikabulkan oleh Allah Taala. Sebaliknya Allah Taala mengabulkan sebahagian doa kepada PKR yang begitu beriltizam untuk menawan Sarawak kerana kekayaan negeri ini dan mampu membiayai keseluruhan aktiviti Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia selama bergenerasi.

Penyengutuan PAS dengan DAP dan PKR sememangnya tidak banyak menguntungkan walaupun beberapa pemimpin PAS yang gila kuasa melihat penyengutuan tersebut sebagai sesuatu yang menguntungkan survival mereka dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Ternyata telahan awal para pemimpin PAS yang sebenarnya lebih sibuk tentang kehidupan mereka selepas ini dalam pertandingan jawatan-jawatan utama dalam PAS, telah menyalahi realiti sama sekali.

Ketika para petugas PAS yang dibawa dari Semenanjung mengeluh tentang pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi atas nama perjuangan dan jihad, para pemimpin PAS pula bagaikan lembu dan kambing susu yang boleh diheret ke sana ke mari oleh DAP untuk berceramah di atas pentas mereka. Sedangkan pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, tidak pula sibuk untuk berceramah atau diheret ke atas pentas ceramah PAS di kawasan-kawasan yang ditandingi.

Malang amat buat PAS yang menaruh sepenuh keyakinan terhadap rakan sekutunya tetapi pada masa yang sama, rakan sekutunya pula bertindak membelakangkan PAS dan menyifatkan PAS seperti haiwan belaan yang boleh diperah susu dan apabila hendak dimakan, boleh disembelih sesuka hati.

Maka sewajarnya PAS tidak perlu diketawakan atau diejek-ejek, sebaliknya PAS perlu diberikan simpati yang amat sangat. Sebabnya, PAS dalam keadaan sekarang, sebenarnya lebih memerlukan simpati berbanding sokongan atau kata-kata semangat yang tidak akan berkesudahan dengan realiti sebaliknya menjadikan PAS bagaikan hantu pontianak yang kakinya tidak jejak ke tanah dan badannya tidak naik ke langit.
 
5 teloq dibuat bekalan untuk balik kesemenanjung !
 
 
 
theflyingkick.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS akan tetap mengatakan JIHAD kepada penganut2nya....
Semuanya JIHAD walapun rancangan mereka semuanya JAHAT !

Tanpa Nama berkata...

PAS akan tetap mengatakan JIHAD kepada penganut2nya....
Semuanya JIHAD walapun rancangan mereka semuanya JAHAT !