Selasa, April 05, 2011

YUSMADI BELA ANWAR DAN TAMPAR KARPAL SINGH

Cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar video seks melibatkan seseorang yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang ditayang di Parlimen seakan-akan tidak mendapat sambutan daripada beberapa pemimpin pembangkang.

Ahli Parlimen Balik Pulau dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yusmadi Yusof berpendapat, ia bukanlah pendekatan terbaik bagi menyelesaikan isu berkenaan.
"Saya hormati pandangan Karpal kerana beliau mungkin ada pengalaman dalam kes Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, D.P Vijandran dahulu.
"Tetapi pada saya perkara itu tidak perlu. Biarlah polis siasat dahulu kerana sekarang ini tidak ramai yang tahu mengenainya apatah lagi hanya segelintir yang telah menonton video tersebut.

Apa yang pasti, polis perlu menahan trio 'Datuk T' itu dulu," katanya kepada Utusan Malaysia di Lobi Parlimen di sini.
Portal berita pro pembangkang, Malaysiakini semalam melaporkan kenyataan Karpal agar video seks itu ditayangkan di Parlimen memandangkan Ahli Parlimen mempunyai imuniti yang melindungi mereka daripada sebarang liabiliti jenayah.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam pada itu memulangkan kepada kerajaan untuk menentukan mengenai video tersebut.
"Ada pelbagai pendapat mengenainya. Saya fikir Karpal mahu video itu ditayang kerana melihat tiada integriti dalam institusi penyiasatan hari ini. Bagi saya, setuju atau tidak mengenainya terpulang kepada kerajaan.
"Tetapi jika kerajaan bersetuju dalam cadangan Karpal ini, bermakna ia merupakan tamparan hebat kepada polis yang gagal (menjalankan siasatan secepat mungkin)," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula menyokong cadangan tersebut memandangkan kes itu melibatkan seseorang yang berprofil tinggi dan bercita-cita menjadi Perdana Menteri.
"Kalau orang lain kita tak kisah tetapi ini melibatkan Anwar yang memaparkan dirinya alim dan bercita-cita tinggi menjadi Perdana Menteri.

"Tayangkan di Parlimen dan biar ahli Parlimen tentukan siapa dalam video itu. Kalau majoriti ahli Parlimen boleh tentukan itu Anwar, beliau perlu letak jawatan untuk menebus maruah serta integriti Dewan Rakyat tetapi jika itu bukan dia, peluang untuk trio 'Datuk T' dihukum lebih luas," katanya.
Ditanya pandangannya berhubung pendirian Karpal itu, Zahrain berkata, beliau tidak fikir Karpal membuat u-turn dalam pendiriannya menyokong Anwar.



BS;
yusmadi pun benci singh.
sokong anwar
tamparan idea singh.




utusan

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalo tayang kat pleman...habes menongkat sume jantan...dan terkemut2 sume tino yg nonton aksi ranjang tersebut...tut tut tut

Tanpa Nama berkata...

macamana nak satu suara... nak bela rakyat, semuanya tak bersatu... pentingkan perut sendiri saja

Tanpa Nama berkata...

Mungkin saja nak dijadikan precedent, kalau dah ahli2 parlimen boleh memutuskan sapa salah dan benar berdasarkan undi, lain kali beliau akan gunakan perkara ini untuk menjatuhkan BN dengan undi parlimen aja.