Rabu, April 17, 2013

Manifesto BN Johor Mensejahtera Rakyat

JOHOR BAHARU, 16 April – Manifesto Barisan Nasional (BN) Johor untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang membawa slogan ‘Mensejahterakan Rakyat’ dilancar oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Johor Datuk Abdul Ghani Othman.
Abdul Ghani bersama rakan Barisan Nasional berikrar untuk terus melaksanakan 20 intipati yang terkandung dalam Manifesto itu pada majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) dan Pelancaran Manifesto BN, di sebuah hotel di sini hari ini.
Antara janji BN dalam manifesto itu ialah meningkatkan penyediaan perumahan dan rumah mampu milik; membasmi kemiskinan tegar dan meningkatkan pendapatan; memperkasakan masyarakat berilmu dan bermodal insan; menjamin keselamatan dan kesejahteraan kejiranan; dan memperkukuh dan mengembangkan syiar Islam.
BN juga berikrar untuk membina dan menaiktaraf jalan utama dan jalan kampung; mengurniakan hak milik tanah kepada rakyat; memacu pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mampan; mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan; menggalakkan lagi perusahaan kecil dan sederhana;
Mempelbagaikan struktur ekonomi dalam bidang baharu; menaiktaraf system tebatan banjir; Membangunkan pengangkutan awam di bandar dan di pekan; memperbaiki kualiti hidup di bandar; dan memastikan perkhidmatan kerajaan yang cekap dan berkesan.

SUMBER

NASHA AKAN TENTANG KHALID YG LOMPAT KEPORT KLANG !

Nasarruddin Sedia Berdepan MB Selangor Yang Lari Ke Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 16 April –  Calon Barisan Nasional (BN) N.46 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Datuk Nasarruddin M Zin bersedia sepenuhnya untuk bertanding dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kawasan berkenaan.
Beliau seterusnya berkeyakinan dan bukan satu kejutan untuk memenangi DUN berkenaan setelah rakyat khususnya di kawasan tersebut lebih mengenali siapa sebenarnya Tan Sri Khalid.
“Berkeyakinan besar…..Insyaallah…… Bukan satu kejutan untuk kalahkan Khalid. Dia lari daripada kawasan yang dia tak ‘services’. Rakyat tahu nilai yang mana intan  dan yang mana permata. Kita yakin kerana kita dah buat kerja sejak kalah.
“Turun ke bawah dan banyak kesilapan yang dibuat oleh kerajaan negeri seperti janji yang tidak ditunaikan. Dengan sokongan rakyat, insyaallah kita yakin BN tidak menghadapi masalah,” katanya selepas majlis pengumuman calon BN di sini, hari ini.
Beliau seterusnya berkata kombinasi rakan-rakan komponen BN yang bekerja dalam satu pasukan adalah strategi utama pada pilihan raya kali ini.
“Rakyat tahu saiapa Khalid dan siapa BN yang bergerak secara berpasukan untuk membantu rakyat. Tambahan pula sebelum ini rakyat kenal beliau  kerana Menteri Besar yang tidak turun padang. Tidak berjasa di Pelabuhan Klang. Yang dia datang hanya nak janji…..sepanjang jadi Menteri Besar banyak janji kosong,” katanya. -MediaUMNO 


SUMBER

Selasa, April 16, 2013

Shafei Abdullah Calon BN P116 Wangsa Maju Pilihan Papa Gomo





Sudah lama Papa Gomo mengharapkan agar kerusi Parlimen Wangsa Maju kembali semula ke tangan UMNO untuk mewakili Barisan Nasional pada PRU 13 ini. Dengan pengumuman calon Barisan Nasional Datuk Shafei Abdullah bagi bertanding atas ticket BN pada PRU 13 ini di Parlimen Wangsa Maju membuatkan lebih keyakinan bukan sahaja untuk Gomo malah rakyat di parlimen Wangsa Maju untuk kemenangan BN kali ini.

Sejak BN tewas pada PKR tahun 2008 yang lalu Datuk Shafei Abdullah berusaha gigih untuk menjaga hati dan nurani rakyat di Wangsa Maju. Bermacam macam program yang beliau lakukan dan bermacam macam faedah yang disalurkan kepada rakyat Wangsa Maju ini.




SETERUSNYA

MAT SABU CARI BOMOH SIAM NK KEMPEN SBB TAKUT DGN ABG MAN


Ketika puak-puak pecacai PAS Kedah dengan penuh confident menyatakan sekurang-kurangnya 6 kerusi DUN Kedah akan berpindah kepada PAS dengan mudah, keyakinan mereka di Pendang kelihatan amat pudar dan malap. Mat Sabu bakal berhadapan dengan seorang pemimpin tempatan yang tidak pernah melompat ke sana ke mari seperti katak dan belalang sepertinya.

Apa kekuatan Mat Sabu untuk berhadapan dengan Othman Abdul di Pendang?

Jawapannya ialah, keyakinan kosong, seperti kosongnya keyakinan bahawa Islam dan PAS itu menyatu!

Di kalangan penduduk dan pengundi tempatan, Dato' Othman Abdul bukannya asing. Dia pernah berkhidmat sebagai Setiausaha di Jabatan Perdana Menteri. Kaum keluarganya di Pendang sendiri sebahagian besarnya merupakan ahli-ahli PAS dan dia sendiri pernah kalah kepada Allahyarham Fadhil Nor semata-mata kerana ahli keluarganya TERPAKSA memberi undi kepada Presiden mereka itu.

Sekarang, Fadhil Nor sudah lama meninggal dunia. Legasinya tidak diteruskan oleh ahli keluarganya. Kalau ada pun, hanyalah sebilangan penyokong PAS yang cuba mengambil kesempatan dan mempergunakan namanya termasuklah Mat Sabu.

Siapa yang tidak kenal dengan Mat Sabu?

SUMBER

PRU13 PADA 05/05/2013. NAK ISTIHAR CALON PADA 17/05/2013 ! GILO APO PAS

INI aku pun tak tau nak gelak atau nak menangis sebab tarikh buang undi telah ditetapkan oleh SPR pada 5 Mei 2013, tapi Majlis Pengisytiharan Calon PAS Kelantan adalah pada 17 Mei 2013. Ish.. Ini salah UMNO ke? Ini UMNO yang edit ke? HAHAHA
Korang fikirkanlah sendiri. Tak cukup dengan ketua nya yang sudah dimamah usia dan semakin nyanyok, kini pengikut macai nya pula berjangkit dengan penyakit yang sama iaitu lupa tarikh. Aduh! Mana nak letak muka ni?
Kalau PKR start dari bawah sampai lah ke Ketua Umum nya semua kaki SEKS. PAS pula start dari bawah sampai ke Mursyidul Am nya semua menghidap penyakit NYANYOK!!!
 

CALON BN JOHOR

JOHOR BAHRU 16 April - Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi negeri Johor yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

P140. Segamat - Datuk Dr. S. Subramaniam

N01. Buluh Kasap - Norshida Ibrahim (baharu)
N02. Jementah - Dr. Lee Hong Tee

P141. Sekijang - Anuar Abd. Manap (baharu)

N03. Pemanis - Lau Chin Hoon
N04. Kemelah - Datuk Ayub Rahmat

P142. Labis - Datuk Chua Tee Yong

N05. Tenang - Mohd. Azahar Ibrahim
N06. Bekok - Tan Chong (baharu)

P143. Pagoh - Tan Sri Muhyiddin Yassin
N07. Bukit Serampang - Ismail Mohamad (baharu)
N08. Jorak - Datuk Dr. Sharuddin Salleh

P144. Ledang - Hamim Samuri
N09. Gambir - M. AsojanN10. Tangkak - Goh Tee Tee
N11. Serom - Abdul Razak Minhat (baharu)

P145. Bakri - Lee Ching Yong
N12. Bentayan - Fong Soh Lan (baharu)
N13. Sungai Abong - Datuk Dr. Haris Salleh (baharu)
N14. Bukit Naning - Datuk Saipolbahari Suib (baharu)