Sabtu, November 20, 2010

PARTI POLITIK TERBARU AKAN MUNCUL DIMALAYSIA

PERLETAKAN KESEMUA JAWATAN DIDALAM PKR
DAN SETERUSNYA KELUAR DARIPADA PARTI TERSEBUT,
DATUK ZAID AKAN MENUBUHKAN SATU PARTI POLITIK
YANG BARU TIDAK LAMA LAGI.
Beliau telah mengumumkan kepada wartawan bahawa , pada 16/12/2010
secara rasminya beliau akan keluar sepenuhnya dari PKR setelah mengambil
kira kemelut yang melanda parti tersebut.
Didalam sidang media itu juga beliau sempat bergurau dengan para wartawan
mengapa memilih 16/12/2010 . "Mengapa saya memilih 16/12/2010 .... sebab
Anwar suka kepada 16Sept........"
Nama parti politik yang akan ditubuhkan oleh beliau belum ditentukan namanya,
namun dijangkakan akan berkaitan dengan nama beliau.Ini dapat diperhatikan
bilamana Syarikat Guaman beliau dinamakan "ZICO" (Zaid Ibrahim Co).
Dipercayai beliau sedang GIAT MELOBI kesemua ahli PKR , DAP dan PAS
yang keluar parti untuk menyertai parti politik beliau.
Jika perancangan beliau berjaya,ini bermakna parti yang baru ini akan dapat
bersuara diDUN dan PARLIMEN.
Buat masa ini, konsus BEBAS adalah didalam pemerhatian utama beliau.
Secara logiknya,ZAID memang genius dan licik orangnya.Beliau keluar dari UMNO
dan masuk PKR adalah untuk "TEST POWER". Bila strategi beliau didalam PKR
kurang menyerlah,maka keputusan keluar PKR dan menubuhkan parti baru adalah
pekara yang akan diberi keutamaan.
Bila pekara ini berlaku,maka BERWARNA WARNI lagilah politik diMALAYSIA !

Adakah ini cara beliau untuk menongkat langit........

"By Hook Or By crook"

Tiada ulasan: