Isnin, Disember 10, 2012

PENGIKUT ANWAR MEMANG BAHLOL AL TOLOL

Apa tidaknya , mereka hanya tahu mengangguk dan mengikut telunjuk anwar aljuburi. Apa saja yang dilakukan dan di arahkan oleh anwar akan dituruti tanpa usul periksa. Sehinggakan simbol simbol tertentu yang boleh menyesatkan pun mereka guna pakai atas arahan anwar...

baca seterusnya di sini..

MAKLUMAT DISINI

DISINI

DAN DISINI

Sabtu, Disember 08, 2012

INDIA DITIPU INDIA JUGA


Sebelum 2008, anak-anak haram pembangkang ni asyik hentam kerajaan B Selangor setiap kali ada kuil perlu dipindahkan atau diroboh keraan menduduki tanah kerajaan atau kepunyaan tertentu.

Padahal setiap kali kuil nak diroboh, kerajaan BN sudah berunding dan capai persefahaman untuk pindahkan kuil ke tempat lebih sesuai. Sering kali, pihak kuil ini buat degil masing-masing dan mungkiri janji bila sampai masa nak dirobohkan kuil.

Tak sampai empat tahun mereka memerintah, tak juga lebih baik keadaannnya. Malah exco kaum India yang berugama Keristian, Dr Xavier Jeyakuar lebih kasar dan tidak langsung cuba untuk cari persefahaman. Main roboh saja ...

Semalam, satu demontrasi diadakan oleh MIC berubung dengan perobohhan kuil Hindu Sepang. Dalam demo yang dihadiri oleh 300 orang dan diketuai oleh Ketua Pemuda MIC T Mohan serta dihadiri oleh ramai pemimpin masyarakat India.,

Mereka membantah perobohan kuil Hindu dan menuntut Dr Xavier m eletak jawatan.

Kata mereka, PR telah menipu rakyat konon tidak akan roboh kuil tapi kini sudah 7 buah kuil dirobohkan oleh majlis tempatan.

pemerhati menganggap perobohan kuil itu sebagai ugutan pihak kerajaan Selangor kepada kaum India supaya menyokong PR

SUMBER

Jumaat, Disember 07, 2012

AKHBAR SINGAPURA SOKONG PKR !?

Dua orang cedera, masingmasing di dahi dan bahu kiri, dalam satu insiden provokasi semasa ceramah umum Pakatan Rakyat (PR) bertajuk Merakyatkan Ekonomi Selangor di Batu 8, Gombak, Selangor, malam kelmarin.
Ketua UMUM pkr, sebagai berkata semalam bahawa provokasi itu berlaku selepas sekumpulan 250 orang diketuai Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkumpul di seberang jalan sekitar 9.30 malam.
Menurutnya, tindakan mereka menarik perhatian beberapa penyokong PR yang sedang mendengar ceramah dan berlaku insiden tolak-menolak antara dua pihak itu.
Ceramah tersebut turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PR.
"Insiden ini jelas adalah satu jenayah politik dan bukti bahawa Umno terdesak hendak mengekalkan kuasa.
"Tetapi saya percaya rakyat Malaysia sudah jemu dengan budaya samseng politik ini," kata wakil PKR di kawasan tersebut, Encik Amirudin Shari, kepada agensi berita AFP.
Polis setempat berkata mereka telah menerima laporan mengenai dua orang yang cedera itu dan sedang menyiasat insiden tersebut

Khamis, Disember 06, 2012

SAMSENG ADALAH BUDAYA MEREKA !


Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu kekecohan yang berlaku di Gombak menyifatkan kejadian tersebut sebagai bukti adanya pihak yang akan menimbulkan kekecohan sekiranya PRU 13 dimenangi oleh Pakatan Rakyat(PR).

Maksud Nik Aziz, sekiranya PR berjaya memenangi PRU 13 maka pihak lawan seperti UMNO dan BN akan menimbulkan huru hara.

Nampak sangat Menteri Besar Kelantan itu tidak memahami hujung pangkal isu yang timbul di Gombak semasa siri Jelajah Merdeka Rakyat yang disertai Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim beberapa malam lepas.

Jika Nik Aziz yang terkenal dengan gelaran Mulut Berus itu tahu bahawa punca kekalutan dimulakan oleh puak penyokong PR yang membaling batu, botol air dan lain-lain objek keras ke arah penyokong UMNO dan orang ramai, tentunya dia akan malu sendiri dengan kenyataan gopohnya itu.

Seandainya Nik Aziz tahu kedatangan Anwar dibantah oleh ramai penduduk tempatan kerana majlis anjuran PKR itu diadakan berhampiran kediaman mereka pastinya Nik Aziz tidak berani buka mulut mempertahankan budaya samseng yang dirintis oleh gerombolan penyangak PR.

Namun kita faham, salah satu kelebihan utama Nik Aziz terletak pada keupayaan lidahnya yang pandai memutar belitkan cerita dan memusingkan fakta supaya yang jahat dari PR dapat ditukar supaya kelihatan baik manakala kebaikan dari UMNO pula digambarkan sebagai buruk dan jahat.

Hakikatnya sejarah tidak boleh dibohongi, sudah terlampau banyak peristiwa genting dan kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam seringkali dimulakan oleh penyangak-penyangkak dari pembangkang.

Lihat sajalah kejadian di Memali, Baling yang pernah kecoh suatu ketika dulu. Disebabkan sikap taksub penyokong PAS berpegang pada hasutan pemimpinnya, mereka sanggup melancarkan kempen keganasan dengan menentang pihak berkuasa konon atas alasan untuk menegakkan negara Islam ala PAS.

Berbulan-bulan sebelum itu telah berlaku peristiwa tragis Lubuk Merbau yang menyaksikan keganasan penyokong-penyokong PAS yang datang dari luar kawasan atas nama Pemuda Jihad dengan bersenjatakan berpuluh bilah parang sengaja memulakan kekecohan sehingga akhirnya beberapa nyawa melayang.

Sebetulnya, baik ketika UMNO dan BN menang mahupun ketika tewas di Kelantan, Kedah, Terengganu, Selangor ataupun Perak tidak timbul pun sebarang isu huru hara, keganasan atau kekecohan.

Orang UMNO dan majoriti rakyat jarang sangat terjerut dengan emosi menggila, jauh berbeza dengan tingkah laku liar yang sudah sinonim dengan penyokong pembangkang.

Yang meroyan sakan termasuklah baring atas jalan sewaktu kejatuhan Kerajaan DAP PAS di Perak bukannya orang UMNO, tapi orang PAS yang akalnya terencat. Yang sibuk menghasut penyokong berhimpun di tengah bandaraya KL bukannya penyokong BN tapi penyokong PKR, DAP dan PKR.

Hatta yang memulakan kekecohan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk setempat semasa pilihanraya kecil di Bagan Pinang kemudian berlakon cedera parah ditetak dengan pedang samurai pun bukan penyokong BN sebaliknya adalah penyokong PR.

Namun seperti mana biasa, bila kekecohan berlaku dan ada yang cedera atau jiwa melayang, maka pihak PAS akan segera menuding jari mengatakan semua itu salah UMNO atau Kerajaan. Tak cukup dengan tipu daya itu, diusung pula penyokong atau ahlinya yang terlibat dalam sesuatu kejadian untuk berceramah sambil mengutip derma untuk poket parti dan pemimpin.

Itu tabie semulajadi pembangkang khususnya PAS yang sudah sinonim dengan budaya samseng dan ganas. Lantaran itu Nik Aziz sewajarnya mencerminkan diri dahulu sebelum membuat andaian buruk pada pihak lain.

Biasa-biasakan diri melihat kain kapan sendiri yang sudah sekian lama koyak sebelum sibuk nak mempertikaikan kain orang lain.

SUMBER.