Selasa, Disember 13, 2011

TONGONG - PAS DAN PKR KENA TIPU - DAP MAIN SILAP MATA !



DAP menegaskan cadangan mahu meletakkan calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti adalah strategi biasa yang dilakukan mana-mana parti yang mahukan kemenangan.

Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw berkata, dakwaan sesetengah pihak yang menuduh parti tersebut mahu meletakkan calon Melayu kerana mahukan jawatan menteri besar adalah satu tuduhan tidak berasas sama sekali.

Menurutnya, jika DAP bertanding di kawasan majoriti Melayu dan kajian membuktikan pengundi mahukan calon dari orang Melayu sendiri, maka parti tersebut tidak ada masalah melakukannya.

“DAP selama ini meletakkan calon tidak kira siapa pun kerana mana-mana parti yang bertanding pada pilihan raya umum sudah tentu mahukan kemenangan.

“Jika lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu mahukan calon Melayu, kita akan letak, begitu juga sebaliknya. Jadi tidak timbul langsung soal memilih bulu, ia dakwaan yang jahat,” katanya kepada Sinar Harian.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong turut menegaskan isu seperti ini boleh merosakkan negara sekiranya semua kaum termakan tipu helah sekali gus menukar isu ini menjadi sentimen perkauman.

“Tuduhan ini boleh merosakkan kita semua, apa yang penting pemimpin perlu adil. Kita boleh cuba menjadi sempurna, tetapi kita hanyalah manusia biasa dan manusia sentia­sa melakukan kesalahan,” katanya.




sumber

Jumaat, Disember 09, 2011

MEMANG KAKI PUTAR ALAM ..... DILUAR JANGKAAN !

Kita hanya tahu bahawa 16 September telah digunakan oleh Anwar untuk menipu seluruh rakyat Malaysia. Kononnya Pakatan akan ambil alih kerajaan pada tarikh tu dan Anwar akan ditabalkan jadi PM.

Akhirnya, bila sampai pada hari yang dijanjikan, semua rakyat melopong akibat kena kencing dengan Anwar termasuklah Zul Kulim dan rakan-rakannya.

Semalam, ada sorang pemimpin Pakatan yang rapat dengan Anwar telah mendedahkan di Sarawak punca sebenar 16 September dilancarkan..

Didepan tak sampaipun 50 orang, dia menjelaskan tujuan dan matlamat utama perancangan ‘16 September’ adalah untuk mengalih perhatian Najib daripada merampas Selangor.

Katanya, dengan pengumuman ‘16 September’ oleh Anwar, maka kelam kabut lah pimpinan Najib, sehinggakan pada 8 September 2008 beliau terpaksa melarikan 49 ahli Parlimen ke Taiwan bagi tujuan kononnya “lawatan sambil belajar”.

Menurut "anak emas" Anwar tu, 16 September BUKAN jadi matlamat utama Anwar untuk menarik ahli-ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat. Matlamat utama Anwar Ibrahim adalah untuk menyelamatkan Selangor dari dirampas oleh Najib.

Dan selepas tempoh 16 September itu berlaku, Anwar Ibrahim telah berjaya merancang strategi untuk mengurus tadbir kerajaan Selangor dengan lebih stabil dan menyediakan benteng yang kukuh dari serangan Najib dan konco-konconya.

"Bayangkan jika Anwar Ibrahim tidak mengumumkan ‘16 September’. Najib dan rejimnya akan mempunyai banyak masa untuk memikirkan strategi untuk merampas Selangor.." katanya

"Apa-apa pun Najib gagal ke atas Selangor…, dan sebab utama adalah Anwar Ibrahim berjaya memperkukuhkan kerajaan Selangor dengan senjata 16 September..."

"Sebab itulah sehingga sekarang ini Najib dan BN masih berterusan membangkitkan isu ’16 September’ yang kononnya “gagal”, sedangkan yang sebenarnya Najib dan BN telah kalah di dalam perancangan mereka dan tidak puashati akibat diperangkap oleh Anwar Ibrahim di negeri Selangor..." sambungnya lagi.

Bagi gua, pedulilah apapun alasan yang puak-puak Pakatan ni bagi diatas tragedi 16 September.. Apa yang gua tahu ialah, Anwar telah membohongi seluruh rakyat Malaysia hidup-hidup.

16 September adalah salah satu dari rangkaian penipuan yang telah Anwar buat didalam Malaysia. Sebab tu gua heran bila masih ada rakyat yang percaya pada kaki kelentong tu..

So tak payah lah mana-mana pemimpin Pakatan nak cuba backup manusia jijik yang bernama Anwar Ibrahim tu..

Kalau rakyat di Parlimen dia sendiri pun dah benci pada dia, apalah bodohnya rakyat diluar kawasan masih nak percaya mamat tu? Buang masa je percaya pada kaki penipu yang mengetuai gerombolan parti pembohong tersebut.