Khamis, Februari 16, 2012

ANWAR DISUNTUT ISRAEL



Apakah ini satu kebetulan? Mana mungkin satu kebetulan apabila seorang wartawan di sebuah akhbar paling berpengaruh di Israel, The Jerusalem Post memuji Anwar Ibrahim di atas sifat keterbukaan Anwar Ibrahim mengiktiraf kewujudan negara Israel. Tanpa berselindung, wartawan berkenaan mengharapkan agar Anwar Ibrahim akan membuka pintu rundingan diplomatik dengan Israel.

Inikah yang majoriti Rakyat Malaysia mahukan. Seorang pemimpin yang mengiktiraf kewujudan negara Israel? Bayangkan apa yang Anwar Ibrahim mampu lakukan sekiranya beliau berkuasa kelak. Sekiranya kita tidak mahu pengorbanan nyawa, darah dan air mata Rakyat Palestine terbuang begitu saja, marilah sama-sama kita jalankan tanggungjawab kita di dalam PRU13. Anwar Ibrahim harus dihalang dari menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Isnin, Februari 06, 2012

STARBUCKS port GAY SPESIS ANWAR !


CALIFORNIA 5 Feb. – Seorang paderi Kristian menggesa pengguna supaya memboikot Starbucks ekoran syarikat itu menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington, lapor King 5 News.

Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California berkata, penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang menentang ajaran Tuhan.

“Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganut Kristian.“Adakah anda di pihak Tuhan dan adakah anda sudi membantu AS dirahmati Tuhan?” soal Andrew dalam satu kenyataan.

Menurut Reuters, gesaan memboikot itu dikeluarkan Selasa lalu, sehari sebelum rang undang-undang tersebut dibentang di Dewan Senat Washington.Institusi Paderi Kristian AS turut meminta penganut Kristian untuk menghentikan penyajian makanan dan minuman jenama itu di majlis-majlis dan kemudahan gereja.Selain Starbucks, lebih 100 syarikat lain turut menyokong rang undang-undang perkahwinan sejenis itu termasuk Nike, Google dan Microsoft.Jika rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Perwakilan minggu depan, Washington akan menjadi negeri ketujuh di AS yang mengiktiraf perkahwinan sejenis.

AGENSI





PUNCA

Jumaat, Februari 03, 2012

PAS SUKA KEPADA PEMBOHONGAN DAN EGO !

Pas terus canang taktik lapuk burukkan UMNO

Pas ketandusan modal untuk menghadapi UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila terus mencanang taktik lapuknya dengan memburuk-burukkan parti itu bagi menarik sokongan rakyat.
Seperti lazimnya, pemimpin Pas tidak melepaskan peluang mengguna platform sesi penerangan di serata negeri untuk menabur fitnah kononnya UMNO yang menjadi tunggak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak Islamik.
Pada majlis pelancaran 'Road Show' Anak Muda Tolak UMNO (AMTU) di pekarangan pasar Peringat di sini malam tadi, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus mengulangi tuduhan kononnya UMNO menolak Islam dan tidak pandai membaca al-Quran.
"UMNO tolak Islam. Hendak baca al-Quran pun tak pandai," katanya semasa berucap pada majlis tersebut.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman.
Majlis tersebut bagaimanapun dilihat gagal membuktikan kejayaan Pas menarik golongan muda apabila daripada kira-kira 700 penyokong yang hadir, hanya 30 peratus kelihatan golongan berkenaan.
Difahamkan, pelancaran AMTU adalah bagi menarik pengundi muda selepas menyedari kebanyakan golongan tersebut tidak menyebelahi Pas di samping kehilangan ramai penyokong bukan Melayu sejak kebelakangan ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Mohd. Amar mengakui, PRU-13 adalah penting bagi kedua-dua parti yang dikatakan memperjuangkan agenda Islam dan Melayu iaitu UMNO dan Pas dalam menentukan hala tuju masa depan bangsa dan negara.
Justeru katanya, Pas perlu mengambil serius dengan menggunakan segala kebolehan dalam apa cara sekalipun bagi mempertahankan negeri ini khususnya daripada dirampas BN.
Senada dengan Nik Abdul Aziz, beliau terus mencanangkan bahawa rakyat tidak perlu berbangga dengan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, sekolah dan elektrik memandangkan Islam mesti diutamakan.
"Jalan raya, jambatan, sekolah dan elektrik semua itu bukan utama. Datuk nenek kita dulu tiada pembangunan apa pun tetapi boleh juga hidup. Orang boleh hidup dengan tidak ada sekolah, tapi tak boleh hidup tanpa agama," katanya.
Namun, Mohd. Amar tidak pula menafikan kepentingan kemudahan tersebut buat rakyat keseluruhannya



PUNCA