Isnin, Julai 18, 2011

PEGUAM PAKATAN GEMAR KEPADA ISU KEMATIAN - MEMANG BANGSAT


PKR sedang dan akan terus mengatur strategi menanam kebencian supaya Rakyat marah, benci dan hilang kepercayaan kepada PDRM.

Naib Presiden PKR, N. Surendran dengan dibantu oleh R. Sivarasa, Lateefa Koya dan seorang saksi A. Rajaratnam dilaporkan oleh Harakahdaily (KLIK SINI) telah memaklumkan kepada pemberita bahawa Polis telah melakukan jenayah dan bertanggungjawab ke atas Baharudin yang telah mati.

Peguam N. Surendran berkata, pihak polis secara tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak bersalah dalam insiden tersebut sebelum siasatan menyeluruh dibuat.

"Kami berada di sini hari ini kerana tidak puas hati dengan sikap dan tindakan polis. Tanpa siasatan menyeluruh, percubaan melindungi kesalahan mereka telah bermula," katanya yang juga naib presiden PKR.

Menurutnya juga, polis tidak boleh berdolak dalik dalam perkara ini kerana pihak peguam sedang mengumpulkan bukti bergambar yang menunjukkan polis menggunakan gas pemedih mata secara berlebihan.

"Ini merupakan satu jenayah. Tulang rusuk arwah patah,gigi patah, luka di bibir,apa penjelasan polis?

"Kita ada 'footage' kekasaran polis dan saksi sendiri nyatakan sewaktu allahyarham bergelut dalam kesakitan,tiada polis datang membantu," katanya.

...Turut bersama dalam penyerahan tersebut ialah seorang lagi naib presiden PKR, peguam R. Sivarasa dan ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga seorang peguam bersama kira-kira 20 aktivis Bersih 2.0 (Sumber harakahdaily)
 
 
 

Tiada ulasan: