Isnin, April 11, 2011

MAKAN DIRESTORAN - BIL Rm13,000.00

Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.




BERNAMA


BS;
Saya selalu beringat , bila sampai keTemerloh.......
Carilah Kedai Mamak ! Pekena Teh Tarik dan roti canai .
Lepas tu sambung perjalanan !

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KALAU DIIKUTKAN STANDARD IKAN PATIN..... MACAM ITULAH HARGANYA !
APA PUN DAH MAKAN KENALAH BAYAR !

Tanpa Nama berkata...

makan apa sampai rm 260 sorang..kalau 1 periuk besar gulai patin baru bpe..takan rm10k...

Tanpa Nama berkata...

Kot ye pun mahal, cakap la dulu harganya berapa letaklah dulu menunya ke berapa bayaran yang perlu dibyar dengan seramai macamtu, jgn tamak sangat dengan masakan macamtu nanti Allah tarik balik rezeki berlipat kali ganda macamna?