Khamis, Oktober 08, 2015

PENDEDAHAN FAKTA BOLASEPAK
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Johor The Photoshooterz's photo.

Perjanjian terbaru FMLLP antara FAM dan MP SILVA, hasil penyiaran dibahagikan seperti berikut: pasukan-pasukan bertanding menerima 30%, FAM 40%, pengurusan liga 20% dan untuk pengadil serta pengurusan akar umbi 10%.
-----------
Sebagai contoh, sekiranya jumlah hasil penyiaran liga setiap tahun adalah RM70 juta, RM21 juta akan diagihkan kepada semua pasukan dimana setiap pasukan mendapat RM1 juta. FAM menerima RM28 juta, pengurusan liga RM14 juta dan untuk pengadil dan pengurusan akar umbi sebanyak RM7 juta.
-----------
Sepatutnya peruntukan pengadil disalurkan kepada badan pengurusan pengadil yang berkecuali, supaya tiada isu berat sebelah kepada setiap pasukan.
-----------
Menjadi persoalannya, mengapa FAM menerima RM28 juta sedangkan FAM tidak menguruskan liga? Perjanjian terdahulu antara FAM dan ASTRO, FAM menerima RM30 juta hingga RM40 juta daripada ASTRO setiap tahun dengan syarat diagihkan kepada semua pasukan yang bertanding dalam RM1 juta atau RM2 juta. Tetapi JDT hanya menerima RM180,000 sahaja. Ke mana pergi selebihnya?
---------
Yang terbaru, FAM membuat perjanjian dengan MP SILVA, jika mahu menguruskan liga FAM akan menjual hak penyiaran kepada mereka. Liga Malaysia bukan milik FAM. FAM hanya “pemegang amanah”. Liga ini adalah hak ahli gabungan. Jikalau tiada ahli gabungan, tiada pasukan bertanding dan tiadalah liga. Apabila tiada liga tiadalah badan induk iaitu FAM.
----------
Inilah bukti yang FAM mengaut keuntungan melalui pengagihan bahagian yang tidak adil.
-----------
Bolasepak adalah hakmilik rakyat dan orang ramai. Bolasepak ini bukan periuk nasi saya. Saya buat kerana sukakan melihat rakyat saya bersatu. Saya buat dengan jujur dan ikhlas. Jikalau pemimpin tidak boleh berlaku jujur, tidak ikhlas, tidak boleh menjalankan tugas, tiada ketelusan, ianya bermakna dia tiada kaliber sebagai pemimpin.
--------
Apa yang akan memajukan bola sepak tanahair bukan sahaja pihak FAM, tetapi mentaliti pemikiran kita. Tindakan lebih bermakna dari kata-kata. Jikalau mereka ikhlas untuk memajukan bolasepak tanahair, saya ada mengemukakan cadangan-cadangan kepada FAM. Jika mereka tidak kisah, bermakna mereka tidak pedulikan pasal bolasepak.
--------
Amat mendukacitakan kerana suara penyokong bolasepak tidak didengar oleh pihak atasan (FAM). Di Johor, Alhamdulillah syukur, kita ada lain sedikit, mungkin budaya di sini lain sedikit kerana suara mereka didengar sejak hari pertama. Mungkin cara mereka bekerja, melaksanakan tugas, prinsip mereka tu lain, tapi mereka kena faham bahawa bolasepak bukan milik mereka tetapi adalah milik seluruh rakyat.
---------
Mereka yang menjalankan tugas bagi persatuan bolasepak perlu jujur dan telus. Mengenai hak penyiaran, ramai yang pandai bercakap tetapi semuanya temberang. Tiada yang bercakap berlandaskan fakta sehingga mengatakan TMJ sibuk memperjuangkan hak penyiaran kerana JDT sudah berbelanja besar. Sebenarnya hak penyiaran ini adalah hak semua pasukan yang bertanding. Hak penyiaran adalah tulang belakang dari segi kewangan kepada setiap pasukan yang bertanding.
---------
Di liga-liga bolasepak maju, 90% hasil hak penyiaran diagihkan kepada pasukan, manakala apa sahaja yang mereka dapat melalui penajaan adalah merupakan bonus tambahan untuk pasukan. Berbeza dengan kita, Astro membayar kepada FAM RM220 juta sejak 2011 hingga 2014 dengan syarat FAM mengagihkan kepada semua pasukan bertanding. Kita semua tahu ini pasukan-pasukan bertanding tidak menerima apa-apa, dan FAM telah “merompak” hak pasukan.
----------
Bagaimana FAM hendak menutup pintu gejala rasuah bolasepak sekiranya pasukan tidak berkemampuan untuk menguruskan pasukan masing-masing? Kalau semua pasukan dapat hasil penyiaran yang sepatutnya, dapatlah mereka membayar gaji mengikut masa dan elaun-elaun yang walaupun sedikit pasti dapat membantu menutup pintu rasuah bolasepak.
----------
Sekarang ini, masih wujud lagi gejala rasuah bolasepak kerana terdapat masalah pembayaran gaji pemain. Saya tidak salahkan pasukan, kerana saya tahu bagaimana peritnya mencari dana untuk pasukan. Bagaimana pasukan hendak bertahan kalau FAM sebagai badan induk bolasepak tidak membantu? Dengan keadaan sekarang, tak perlulah hendak bercerita tentang menswastakan liga.
----------
Bolasepak tanahair ketinggalan 40 tahun ke belakang kerana tidak ada yang bergerak dalam bola sepak. Tiada ada orang yang hendak menggerakkanya. Kini saya menerangkan berkenaan hak penyiaran kerana saya menyuarakan perkara yang betul, kerana itu adalah hak pasukan. Lihat sahaja Cardiff City, mereka dapat RM75 juta hasil penyiaran, dan mereka berada di divisyen dua liga Inggeris.
Kita perlu menentang korupsi. Sekiranya FAM ikhlas hendak mengubah hala tuju bolasepak tanahair, baik mereka memandang serius perkara ini.
----------
Johor mempunyai padang yang terbaik dan fasiliti terbaik di tanahair, dan kami hanya mebelanjakan kurang RM200,000 untuk penyelenggaraan termasuk staff, barang-barang dan alatan penyelenggaraan. Kita mestilah berbelanja mengikut kemampuan. Jika kita dapati dana pasukan kita amat terhad, kita boleh kurangkan pengambilan pemain import dan lebihkan pembangunan pemain tempatan. Janganlah sampai kita melebihkan pemain import sehingga nasib pemain tempatan kita terabai.
-----------
Sebagai ketua atau pemimpin, kita perlu bertanggungjawab. Tidak boleh cakap "tak apa”, kerana itu membawa maksud anda lepas tangan. Saya ni sentiasa bersuara kerana saya suka tengok orang lakukan sesuatu tu dengan ikhlas, jujur dan tidak mengambil kesempatan, serta jangan menipu dan membodohkan orang ramai. Anda sebagai penyokong perlu tahu apa yang berlaku kerana itu hak anda.
-----------
Berkenaan pasukan kebangsaan, saya berharap FAM membuat pilihan jurulatih yang betul. Ada yang mengatakan bahawa kita tidak boleh selamatkan lagi bolasepak tanahair, bahawa kita cuma boleh berharap pada pembangunan belia. Takkan hendak ditunggu pemain yang sekarang ni berumur 12 tahun? Bagaimana pula nasib pasukan yang sedia ada? Mari betulkan dahulu apa yang ada. Selagi boleh diperbetulkan, kita usahakan. Itulah tindakan yang sepatutnya diambil. Ambillah jurulatih yang layak dan betul-betul boleh buat kerja, berikan kebebasan. Jangan ‘berkongsi’ gaji dia. Kita ada potensi dan peluang untuk naikkan bolasepak negara, tetapi ianya perlu dilakukan dengan cara yang betul.
----------
Harimau Muda ni diwujudkan kerana ada individu yang ingin mengambil kesempatan membuat duit. Dihantar ke sana sini, tetapi bila ada perlawanan, tak pernah menang pun. Sepatutnya, jika semua pasukan mempunyai asas kewangan kukuh, pembangunan belia diwajibkan daripada umur 8 tahun hingga 16 tahun kepada semua pasukan yang bertanding, tetapi malangnya mereka tidak ada peruntukan.
---------
Bolasepak sukar hendak maju kerana ramai yang memegang jawatan atas kepentingan politik. Kepada mereka yang berangan untuk menswastakan liga, pada saya liga kita belum bersedia untuk diswastakan kerana masalah kewangan setiap pasukan. Pasukan tidak ada stadium sendiri, malah pusat latihan sendiri pun tidak ada maka bagaimana hendak swastakan liga?
----------
Kepada laman-laman web dan facebook bolasepak, janganlah beri harapan palsu kepada penyokong. Cakap berpandukan fakta, berikan maklumat yang betul kepada penyokong. Jangan sebarkan gosip kerana ia tidak akan membawa ke mana. Sampaikan kepada semua penyokong dari utara ke selatan situasi sebenar yang berlaku dalam bola sepak.
---------
Daripada bergaduh antara satu sama lain, baik anda “bergaduh" dengan Presiden anda sendiri kerana mereka tidak menggerakkan pasukan hinggalah ke hari ini. Itu pandangan ikhlas saya..
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Memang la tak salah PAS nak nafi. Tak dinafikan bahawa apa yang dinyatakan oleh Si Chagubard tu sebelum ini memang hanya sekadar helah untuk memburukkan kepimpinan PKR tu sahaja.

Tindakan segelintir pemimpin PKR yang telah mempergunakan PAS sebagai 'Mangsa Politik Songsang' mereka untuk menghentam kepimpinan parti, itu yang perlu diberikan tekanan.

Jika sebelum ini pun, memang jelas bahawa penentangan secara senyap yang dilakukan oleh pemimpin - pemimpin PKR tu wujud. Nak pulak terhadap pembentukan Pakatan Haprak Baru tu.

Terutama sekali bagi pemimpin yang sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri, apa pun sanggup mereka lakukan 'At All Cost' termasuk mempergunakan orang lain.

Perkara tu memang dah menjadi kebiasaan dikalangan puak - puak PKR tu sendiri. Dan itu isu yang tidak dapat dinafikan oleh mana - mana pihak termasuk dari kalangan kepimpinan PAS tu.

Sebagai contoh, pendirian Si Menteri Besar Cap Ayam tu yang tetap menegas bahawa pembentukan Pakatan Haprak Baru tu tak akan menjadi lengkap tanpa penyertaan dari PAS.

Sebabnya kita sendiri boleh lihat. Si Menteri Besar Cap Ayam tu memang memerlukan sokongan PAS untuk dia terus kekal berkuasa. Maka, terpaksa la dia buat pendirian sedemikian rupa.

Dan kita pun tau bahawa pembentukan Pakatan Haprak Baru tu dibuat secara tergesa - gesa akibat desakan dan tekanan dari puak - puak DAPigs yang ghairah mahu menyingkirkan PAS.

Maka sebab itu ianya menjadi tanda tanya sehingga membuatkan pemimpin PKR tu sendiri pertikai, kenapa Presiden parti mereka terpaksa tunduk dan patuh kepada tuntutan DAPigs?

Kesimpulannya, bukan salah PAS yang menyebabkan PKR tu berpecah belah. Sebaliknya, dalang disebalik perpecahan tu adalah puak - puak DAPigs yang rakus nak merampas kuasa dari kalangan orang Melayu. Tu pasal la diorang paksa Presiden PKR tu buat pengumuman!!!

KENYATAAN MEDIA TIMBALAN PRESIDEN UMNO






KENYATAAN MEDIA

YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Saya amat menyambut baik dan menjunjung kasih titah DYMM Raja-Raja Melayu supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap piha-pihak yang terlibat

Titah yang terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Peyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad  semalam menunjukkan keprihatinan DYMM Raja-Raja terhadap kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

DYMM Raja-Raja pada kebiasaannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ianya melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara

Apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB adalah satu isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara. Titah DYMM Raja-Raja dalam hal ini amatlah saya hargai dan sanjung tinggi.

Oleh kerana DYMM Raja-Raja telah bertitah menggesa kerajaan supaya bertindak segera menyelesaikan kemelut 1MDB, maka pihak yang sewajarnya menjunjung titah baginda sekalian ialah YAB Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan. Tanggungjawab menyelesaikan isu ini akhirnya terpikul di bahu YAB Perdana Menteri sendiri.

Beliau mesti memastikan siasatan terhadap 1MDB oleh agensi-agensi berkaitan dijalankan secara telus, adil dan berkecuali tanpa sebarang gangguan atau campur tangan daripada mana-mana pihak. Lebih penting lagi, jika hasil siasatian mendapati  terdapat pihak-pihak yang melanggar undang-undang, maka tindakan undang-undang perlu diambil dengan kadar segera tanpa rasa takut dan pilih kasih.

Sehingga kini, masih tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak berhubung skandal 1MDB. 

Sepertimana yang dilaporkan oleh media, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia, telah membuat kenyataan bahawa BNM telah pun menyelesaikan siasatan berhubung transaksi 1MDB dan hasil siasatan telahdiserahkan kepada Peguam Negara pada bulan Ogos yang lalu. 

Jika hasil siasatan Bank Negara mengandungi bukti-bukti yang boleh mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang negara, maka adalah menjadi tanggungjawab Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa mereka yang terbabit di mahkamah.
 

Saya khuatir oleh kerana kemelut 1MDB adalah satu isu yang menyentuh kepentingan awam, maka kelewatan Peguam Negara membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis.

Adalah wajar bagi Peguam Negara tampil dalam masa terdekat untuk memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai perkembangan mutakhir berhubung perkara ini.
Mengambil semangat titah DYMM Raja-Raja berhubung kemelut 1MDB, agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dahulunya terlibat dalam Pasukan Petugas Khas siasatan terhadap 1MDB mesti diberikan ruang yang seluas-luasnya untuk meneruskan siasatan terhadap syarikat ini hingga selesai dan menyerahkan  hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. 

Begitu juga dengan siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Keanggotaan PAC mesti diisi dengan segera untuk membolehkan jawatankuasa ini meneruskan siasatan mereka terhadap 1MDB. Amat malang sekiranya siasatan oleh PAC terbengkalai hanya disebabkan beberapa ahlinya menerima pelantikan sebagai anggota pentadbiran kerajaan persekutuan ekoran rombakan kabinet baru-baru ini.

Masyarakat umum juga tertunggu-tunggu laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Laporan awal mengenainya telah pun diserahkan kepada PAC. Dengan siasatan oleh PAC yang tergendala setakat ini, masyarakat umum pastinya ingin mengetahui status laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.

Pada hemat saya, perkembangan siasatan dan pendakwaan berhubung skandal 1MDB amat mendukacitakan. Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala.

Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Saya juga berasa bimbang dengan tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan mengenai 1MDB. 

Yang terbaharu ialah penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012 semata-mata kerana tindakan beliau membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa di luar negara berhubung transaksi 1MDB.

Seingat saya SOSMA adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen negara kita untuk membendung kegiatan keganasan atau terrorisme. Adakah tindakan membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa berhubung transaksi yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta merupakan satu kegiatan keganasan? 

Adakah 1MDB kini telah menjadi satu institusi yang kebal dan amat dilindungi oleh pihak berkuasa negara kita? Saya tidak fikir begitu. Membuat laporan terhadap 1MDB bukanlah satu kegiatan keganasan dan 1MDB bukanlah sebuah institusi yang kebal. 1MDB adalah satu entiti yang tertakluk kepada undang-undang negara.

Memandangkan DYMM Raja-Raja telahpun bertitah menggesa kerajaan menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit, maka pada hemat saya adalah amat wajar bagi warganegara yang prihatin menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu 1MDB atau membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa supaya menyiasat setiap dakwaan terhadap 1MDB secara telus, adil dan berkecuali

Mereka yang membuat laporan mengenai 1MDB sewajarnya mendapat perlindungan undang-undang dan bukan sebaliknya.
Malaysia adalah sebuah negara yang berpaksikan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berasaskan perlembagaan dan undang-undang negara dalam menyelesaikan kemelut 1MDB bukan sahaja akan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis malah mencemarkan nama Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.

Dalam beberapa lawatan saya ke luar negara yang mutakhir ini, saya sering ditanya oleh pemimpin negara luar tentang isu 1MDB. Mereka berasa amat hairan dengan apa yang terjadi kepada negara kita. Mereka tidak percaya sebuah syarikat pelaburan strategik negara menanggung hutang berbillion ringgit dan menghadapi masalah aliran tunai yang kronik sehingga tidak mampu untuk membayar hutang-piutang syarikat.   Lebih malang jika wang dalam kantung syarikat ini juga telah lesap.

Malaysia adalah sebuah negara yang amat dihormati oleh masyarakat antarabangsa dan diyakini oleh para pelabur dan pedagang di seluruh dunia. Janganlah kita biarkan kemelut 1MDB mencemarkan nama baik Malaysia. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Oleh yang demikian, amatlah wajar bagi kerajaan dan pihak berkuasa negara kita menjunjung sepenuhnya titah DYMM Raja-Raja Melayu supaya menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Presiden UMNO

7 Oktober 2015