Khamis, November 25, 2010

MENGAPA TAK SUKA YANG BENGKOK .....

 Tambak ini (tegak) telah menjadi sumber perbalahan sejak perpisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia. Air yang bertakung disebabkan tambak ini telah menimbulkan rasa bimbang terhadap kesihatan di Johor. Malaysia telah mencadangkan penggantian tambak kepada jambatan semenjak awal tahun 2000-an untuk membolehkan air mengalir tetapi cadangan itu ditolak oleh Singapura. Oleh sebab itu, Malaysia bercadang meneruskan projek penggantian melalui apa yang telah digelarkan sebagai "jambatan separuh yang bengkok" (crooked half bridge). Dengan tingginya 25 meter dari aras laut, cadangan jambatan di sebelah Malaysia akan menurun untuk menyambungkan dengan tambak di sebelah Singapura. Landasan pula akan disempurnakan dengan jambatan ayunan (swing bridge). Projek itu merupakan sebahagian Projek Gerbang Selatan Bersepadu
.
(jambatan tegak - menyekat aliran air laut)

Sebahagian penganalisis berpendapat bahawa penggantian tambak kepada jambatan akan mewujudkan sebuah sistem pelabuhan yang menyeluruh untuk mengaitkan Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Oleh sebab-sebab yang sama, Singapura enggan bersetuju sebab penggantian tersebut akan mengancamkan kegiatan-kegiatan Pelabuhan Singapura.Ini juga akan menyebabkan hakisan yang lebih teruk akan berlaku disepanjang pantai Singapura.Proses penambakan kawasan laut akan memakan belanja yang tinggi kerana semua pasir akan dihanyutkan oleh pengaliran air laut.Yang paling ditakuti oleh Singapura ialah ia akan HANYUT lalu TENGGELAM dibawa arus deras ombak dan sungai SKUDAI












(jambatan bengkok - Singapura bantah sebab takut HANYUT)

Kemarahan antara bekas pemimpin daripada kedua-dua negara telahpun mereda dengan kepemimpinan yang baru, iaitu Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Mahathir Mohamad dan Lee Hsien Loong di Singapura menggantikan Goh Chok Tong. Kedua-dua pihak telah menjalin semula perhubungan mereka dan membuat perundingan yang baru.
Namun , DIMINTA dibawah kepimpinan DS Najib Tun Razak,projek JAMBATAN BENGKOK  ini hendaklah diteruskan juga walaupun menerima bantahan dari Singapura.
Apa jua implikasinya , rakyat Malaysia hendaklah menyokong pembinaan JAMBATAN BENGKOK ini.


SUMBER

2 ulasan:

eM JaY... berkata...

jolor tuh broO...satu ulasan yang baik.mantap dan bergaya..

mj

pacat berkata...

tapi yg ada skrg nie pon dah ok.. slow sikit kenderaan ke singapore.. lambat la sayur2 n ikan2 serta rakyat malaysia untuk masuk singapore .. tak la rancak sgt ekonomi kt sana...