Selasa, Januari 11, 2011

BLACKBERRY AKAN DIHARAMKAN DIMALAYSIA ?

ADAKAH MALAYSIA AKAN MENGIKUTI JEJAK LANGKAH BEBERAPA NEGARA DIDUNIA YANG MENGHARAMKAN PENGGUNAAN TELEPON PINTAR BLACKBERY ?

Baca seterusnya.....


PENGGUNA telepon Pintar BLACKBERRY boleh menarik nafas lega kerana penggunaannya
diMalaysia belum diharamkan lagi.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim,
berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat sekiranya ada sesiapa yang mempunyai fakta tertentu mengenai penyalahgunaan kemudahan itu.

(haramkan BB jika mengancam Keselamatan Negara)
"Sekiranya ada (apa-apa masalah mengenai penggunaan telefon itu) saya ingin menerimanya dari masyarakat Malaysia sendiri. Justeru tidak wajar bagi kami membuat keputusan yang tergesa gesa," katanya kepada pemberita selepas bertemu pengarah-pengarah Jabatan Kebudayaan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas berkaitan beberapa negara didunia ini yang mengkaji semula kebenaran penggunaan telepon jenis itu dinegara masing2.
Diantara negara terbaru yang akan megharamkan penggunaan Blackberry adalah Indonesia.
Pengharaman Blackberry diIndonesia akan dilaksanakan jika akses kelaman porno tidak ditapis oleh server perkhidmatan Blackberry.Selain Indonesia,Arab Saudi,India,dan Qatar ,pernah mengharamkan penggunaan blackberry kerana didakwa mengancam keselamatan Negara masing2.

(banyak amplikasi yang belum diterokai)
Teknologi Blackberry adalah ciptaan Kanada yang  menggunakan amplikasi tersendiri dan mempunyai self server khas untuk telepon jenis itu.

BB BOLD Mahal tu....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengguna BB lah yang patut beretika bila menggunakannya.
Namun banyak alternatif lain yang setaraf BB boleh digunakan....