Isnin, Februari 07, 2011

TOLAK POLITIK JALANAN YANG BUSUK.

Apakah mereka mengharapkan supaya kekecauan seperti di Mesir ini diimport ke negara kita?

RAKYAT Malaysia perlu menolak hasutan mana-mana pihak yang cuba mengaitkan pergolakan di negara-negara lain dengan keadaan di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata keadaan tidak stabil yang berlaku di beberapa buah negara lain ketika ini tidak boleh disamakan dengan keadaan di Malaysia yang selama ini ditegakkan oleh semangat satu keluarga yang besar.

Katanya Malaysia dibina dengan berpaksikan dasar yang adil dan saksama bagi membolehkan peluang yang seluas-luasnya dapat diberikan kepada setiap rakyat untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik.

Menurutnya peluang ini membolehkan kekayaan negara dapat diagih secara saksama di mana golongan yang lebih berada dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.
 
Beliau berkata kejayaan rakyat pelbagai kaum di sini untuk hidup dalam harmoni selama ini membolehkan mereka mendokong aspirasi gagasan 1Malaysia, dan menurutnya sebelum konsep 1Malaysia menjadi gagasan negara,  keseluruhannya sudahpun mencerminkan kegemilangan konsep 1Malaysia itu.

Oleh yang demikin kita hendaklah bersatu hati menolak politik jalanan yang dipelupori oleh Pakatan Rakyat.Cara politik yang ditunjukkan oleh Parti Pakatan Rakyat adalah satu cara yang boleh menimbulkan banyak kesusahan kepada rakyat.

Politik mereka (PR) adalah politik murahan dan berasaskan individu sahaja.



sumber.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang yang gemar kepada demotrasi Jalanan adalah orang yang :=
1.Bodoh
2.Bangang.
3.Putus ASA
4.Tiada masa depan.
5.Orang yang kecewa.
6.Pak turut.
7.Nak publisiti murahan.
8.Gila talak.
9.Bangsat.
10.Tak guna kepada masyarakat