Khamis, Jun 30, 2011

SERONOKNYA KALAU ADA LAGI "13MEI......" !


13 Mei 1969 satu tragedi berdarah yang tercatit dalam sejarah hitam negara kita.Pada generasi baru atau generasi lama yang tidak terlibat secara langsung yang hanya mendengar cerita dari sumber bacaan atau penceritaan dari mulut orang mungkin 13Mei tidak membawa apa apa erti atau keinsafan dalam diri.Tapi pada mereka yang mengalami dan terlibat pastinya kesan nya amat mendalam sekali apatahlagi mereka yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi berdarah itu.
Aku berumor 9 tahun masa tragedi itu berlaku.Keluarga aku tinggal disatu perkampungan setinggan di Jalan Kelang Lama yang dipanggil Kg Sentosa B dimana Bandar Seri Sentosa berdiri hari ini.Penempatan bekas lombong ini mengandungi  2 buah perkampungan Melayu iaitu Kg Sentosa A & B serta satu perkampungan kaum Cina bernama Kg.Manggis.Kampung aku betul betul bersempadan dengan Kg Manggis ini dan rumah kami adalah rumah ke-5 dari sempadan kedua kampung ini yang hanya dipisahkan oleh satu anak sungai dan jambatan kayu.

Disempadan inilah tempat kami yang masih kanak kanak masa itu berkumpul untuk bermain kerana terdapatnya kawasan lapang disitu yang agak besar juga(masa kanak kanak semuanya nampak besar) yang aku kira seluas 2 gelanggang bola keranjang.Disitu terdapat sebuah kedai runcit yang dipunyai oleh seorang India Muslim yang aku panggil Pakcik Hamid dan diseberang jambatan sana dikawasan kampung Cina terdapat kedai runcit milik seorang apek Cina.

Jadi tak hairanlah kanak kanak suka berkumpul disini untuk bermain kerana kemudahan membeli gula gula dan 'Aiskrim Malaysia'(mungkin generasi sekarang tak tahu apa dia aiskrim ini) bila ada duit.




Saperti yang pernah aku ceritakan dalam entri aku sebelum ini atas tajuk yang sama,dari kawasan permainan inilah aku selalu melihat kaum Cina kampung sebelah sering membawa masuk lembing tajam dengan menaiki motorsikal lama sebelum tragedi ini terjadi.

Kekerapan Cina Cina ini mengangkut senjata tajam kedalam kampung mereka pernah aku ceritakan kepada ayahku,tapi masa itu cerita aku tidak diambil kisah sangat mungkin kerana memikirkan aku masih budak lagi.

Baca seterusnya DISINI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang susahnya bro, melayu sendiri yang menjadi dalang dan pengikut anak hindu ne, bukan calang calang orang semuanya berpelajaran,tapi kerana kuasa, otak di letak di kepala lutut semuanya,termasuk anuar, mat sabu serta pemimpin pemimpin lain pr.

Aku Peduli Apa @ APA berkata...

Salam bro bloggenstarz.
Terima kasih kerana memberi ruang kepada artikel APA diblog bro.Rasa amat terharu sekali..

Salam perjuangan