Jumaat, Julai 22, 2011

SIDANG MEDIA 21 JULAI 2011 - POLIS KEMUKA BUKTI TANGKIS TOHMAHAN


Bukit Aman - YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA telah memberi respon terhadap isu keganasan polis yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak, termasuk penganjur perhimpunan BERSIH 2.0.
 
 
Dato" Salleh yang cool - bakal menteri KDN ?
 

Penerangan diberikan secara teratur, sambil menayangkan rakaman s...ebelum, semasa dan selepas perhimpunan diadakan. Turut dipaparkan adalah cara penugasan polis yang menepati Standard Operating Procedures (SOP) terhadap peserta-peserta perhimpunan berkenaan.

Rakaman video yang menangkis dakwaan tindakan kasar polis sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian, serta lakonan individu yang cuba menghasut kebencian terhadap polis turut dikemukakan.

Beberapa insiden yang telah ditonjolkan sebagai kekerasan polis telah digambarkan seolah-olah polis bertindak kasar dalam semua keadaan. Pelbagai tomahan yang dilemparkan ini tidak melunturkan semangat PDRM untuk terus berkhidmat kepada masyarakat demi menjamin keselamatan, ketenteraman dan keamanan negara.
Sidang media telah dihadiri oleh wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), wakil media, dan juga Pegawai Kanan Polis
 
Para pemerhati dari NGO yang dijemput hadir dimajlis tersebut , sangat berpuas hati dan mereka senang dengan layanan baik dari PDRM disepanjang majlis tersebut.Segala soalan telah dijawab dengan sebaik mungkin sehingga tiada lagi soalan yang dikemukan oleh NGO tersebut.
 
 

Tiada ulasan: