Rabu, Mac 23, 2011

KITA JANGAN TERUS BERTEPUK TANGAN !

Orang ramai diminta jangan terlalu 'dibuai' dengan kejutan skandal video seks yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga terlupa meneruskan desakan supaya ketua pembangkang itu menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Ini kerana, sejauh mana kebenaran yang mengaitkan Anwar sebagai 'aktor' yang sedang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur warga asing dalam video hitam putih seperti didedahkan sekumpulan lelaki, diketuai Datuk T, masih lagi menjadi persoalan.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, meskipun skandal video seks itu merupakan berita panas tetapi ia tidak seharusnya mengalih perhatian rakyat daripada persoalan utama, iaitu keengganan Anwar menyerahkan sampel DNA.

"Jangan benarkan Anwar menggunakan isu video seks ini sebagai modal untuk meraih simpati rakyat, persoalan utama ketika ini adalah perbicaraan liwat serta keengganan Anwar untuk menyerah DNA. Ini persoalannya dan kenapa Anwar cukup takut kalau benar-benar tidak bersalah.
"Saya melibat ada cubaan di pihak Anwar untuk menggunakan isu skandal video seks ini bagi mengalih perhatian rakyat agar tidak meneruskan desakan supaya beliau menyerah sampel DNA," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Zahid menggesa kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja bagi merungkai ketulenan dan kebenaran video tersebut, selaras dengan kedudukan Ketua Pembangkang sebagai sebuah institusi yang diiktiraf dalam Perlembagaan.

Katanya, suruhanjaya diraja itu wajar ditubuhkan memandangkan Anwar awal-awal lagi sudah menjadikan kerajaan sebagai 'kambing hitam' dengan menuduh rakaman video tersebut adalah rekayasa serta fitnah kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Tindakan terdesak Anwar ini seolah-olah kerajaan Malaysia tiada kerja. Seolah-olah kerajaan hanya pandai memfitnah dan merekayasa video seks untuk menjatuhkannya dan seolah-olah kerajaan tiada kerja melainkan mengikut ke mana sahaja Anwar menginap.
"Ini tuduhan jahat tetapi dengan tertubuhnya suruhanjaya diraja, bukan sahaja kebenaran tetapi lelaki yang mirip Anwar yang perutnya lebih buncit juga dapat dikenal pasti, perakam video juga dapat dikenal pasti, siapa menyimpan dan motifnya juga dapat dikenal pasti," jelasnya.

Sementara itu, mengulas isu berkaitan, Mohd. Zahid membidas Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'Lo' Mohamad Ghazali sebagai nyanyuk, kerana menuduh kononnya kerajaan cuba menghancurkan negara ini dengan melakukan apa sahaja bagi memburukkan Anwar.
Menurutnya, Lo'Lo' sengaja buat-buat lupa kerana sebenarnya, perbuatan menghancurkan negara didalangi pembangkang yang sanggup pergi ke luar negara bagi mendesak pihak asing campur tangan dan pada masa sama memburukkan Malaysia.


utusan



Sebagai rakyat yang berakal dan berfikiran waras,kita janganlah mudah
terpedaya dengan permainan politik  kotor Anwar.Beliau sanggup membuat
apa saja demi survival politik yang sempit..

SARAWAK - PENAMAAN CALUN 6/4DAN HARI PENGUNDIAN PADA 16/04/2011

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak pada 6 April manakala hari pengundiannya pula jatuh pada 16 April.


Ini bermakna tempoh berkempen selama 11 hari. Pengumuman itu sebentar tadi dibuat pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching. 

DUN Sarawak dibubarkan kelmarin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang lama dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Pilihan raya sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.


@
Teringat semasa  diJULAU (nanga papan)
2006.

DIHASILKAN SEMASA SESI PENANGGUHAN !

Seperti yang sudah diketahui umum,perbicaraan kes liwat II Anwar adalah yang terpanjang sekali didalam mana2 perbicaraan.Ini kerana Peguam Bela Anwar,Karpal singh telah beberapa kali menangguhkan perbicaraan untuk mencari bukti menidakkan hujah peguam pendakwa.

Seboleh2nya karpal mahu memenangkan DS Anwar supaya kes liwat tersebut boleh
dijadikan isu konspirasi BN terhadap DS Anwar dan PKR amnya.

Karpal Singh sengaja melengah2kan perbicaraan demi survival kerjaya sebagai peguam
dan kredibiliti diri sendiri sebagai Peguam pembela yang utama.

Walau bagaimanapun Karpal sudah Tenggelam punca dan tiada IDEA lain untuk dibuat alasan bagi menangguhkan kes tersebut.Oleh yang demikian , sejak isu DNA timbul,para peguam Anwar terlalu mengelabah dan mencari strategi baru bagi mengalihkan isu DNA tersebut kepada isu yang lain.

Dengan sebab itu mereka dengan sedaya upaya telah merancang dengan rapi
untuk menerbitkan Video Porno versi mereka bagi menengelamkan isu DNA.
Didalam masa mereka menangguhkan perbicaraan itulah,
maka video porno tersbut telah dihasilkan.

Daripada video porno tersebut , mereka akan mengaitkan :-
1. Jam Tangan - Ada DNA - Mungkin Orang BN punya...... Ini akan dijadikan isu konspirasi !
2.Datuk 'T' - Siapa dia ? - Mungkin dikatakan telah diupah oleh BN untuk sesuatu Imbuhan !
3.Ditayangkan diCarcosa - Mengapa ?
4.Mengapa ditayangkan kepada Umum - Pemberita - Cepat tersebar !
5.Mengapa cepat Menafikannya - Seperti sudah tahu perancangan selanjutnya.!
6.PAS tak tengok tapi tahu itu bukan Anwar !
7.DAP senyap Sunyi......
8.Laporan Polis lewat dibuat.
9.Mengapa datuk 'T' memilih hari yang hampir dengan D day DNA isu liwat diumumkan !
10.Mengapa dengan cina doll .......
 11.Dalam Sidang Media , DS Anwar sempat ketawa.... mengapa ?

Akhir sekali...... jadilah ia seperti kes Teoh Beng Hock.....

Yang Untung siapa....
PKR dan DAP ....dapat simpati dan publisiti free !

Yang perut buncit akan dijadikan Exco didalam PKR.
Wanita cina tersebut.... dapat semua....
Bloggers.... dapat hit.....
BN kena taruk....
PAP dapat credit DAP....
Akhbar laris....
PAS ..... yang BODO !



FITNAH LAGI !

Datuk T.
Naib Ketua AMK Pusat Telah Memfitnah!
Ralat makluman dari kita gempur-




Mohon kawan-kawan blogger betulkan sedikit maklumat,
Datuk "T" bukanlah Datuk Thajudeen Wahab. Mohon semak identiti sebenar Datuk "T" yang berani mendedahkan bukti video salah laku seks Anwar dengan seorang pelacur Cina dengan mereka yang telah hadir menontonnya di Carcossa semalam.

Datuk Thajudeen kini sedang berada di Yemen semenjak Ahad lepas bagi membantu menguruskan operasi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia yang terperangkap dalam pergolakan politik di sana.

-entry sebelum ini secara jelas AS bagitau Naib ketua AMK Malaysia yang membuat tuduhan liar ini. Ternyatalah mereka ini raja fitnah.
-pakat-pakat pi balai polis buat report keatas ketua amk bengap ni sebab telah memfitnah dan menghasut rakyat.
-di wall fb dia pun ada lagi status ni..

SEBAR2KAN !

Selasa, Mac 22, 2011

MEREKA MENGURUSKAN JUALBELI ISU - MEREKA TETAP UNTUNG

Satu komen yang dipetik dari blog Pisau Net.(Anwar Kantoi)
anon 22/3/11 10:39.
Satu komen yang baik terhadap isu Video Porno yang hangat sekarang ini.
Kita perlu berhati2 dengan permainan Anwar Ibrahim.


Kerajaaan dan UMNO perlu berhati-hati dalam isu ini. Saya berpendapat terdapat beberapa perkara yang meragukan dalam isu ini. Ada kemungkinan ianya merpkan strategi/konpirasi pemimpin berkenaan untuk mengalih perhatian rakyat dan masyarakat antarabangsa berkaitan isu liwat beliau. Kita semua tahu isu lieat beliau berada dalam kedaan kritikal dan genting sekarang terutamanya berkaitan dengan isu DNA yang boleh dianggap sebagai ‘SENJATA MAKAN TUAN’.

Sekiranya video ini palsu, pemimpin berkenaan akan mendapat manfaat yang besar di mana beliau boleh menuduh pihak Kerajaan dan UMNO yang merancang semua ini dan ianya secara tidak langsung akan mengalih perhatian rakyat dan akhirnya isu DNA dan liwat beliau dilupakan.

Keraguan yang timbul:

1. Dato’ T diarahkan oleh pemimpin berkenaan untuk mencari jam tangan beliau yang dipercayai tertinggal di Bilkik Hotel. Ini menunjukkan Dato’ T serang yang rapat dengan pemimpin berkenaan dan juga mungkin orang kepercayaan beliau? Kalau Dato’ T orang yang rapat, kenapa beliu tidak bertanyakan terus isu tersebut kepada pemimpin berkenaan?

2. Perakam video disimpan di salah satu drawer/laci. Agak meragukan kerana takkanlah perakam rahsia diletakkan dalam laci/drawer. Sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan orang yang menggunakan bilik hotel untuk membuka setiap laci sewaktu mereka menggunakan bilik hotel.

3. Kenapa Dato’ T tidak menyerahkan terus video ini kepada pihak Polis atau Jabatan Agama Islam?

4. Kenapa Dato’ T yang dilihat mempunyai keupayaan yang hebat untuk mengupah pengawal lengkap dan mengadakan sidang video dan akhbar di Sri Carcosa Negara tidak memeriksa terlebih dahulu keaslian videa tersebut sebelum didedahkan kepada media tempatan dan antarabangsa? Beliau boleh memanggil para pakara untuk memeriksa video tersebut pada bila-bila masa dan membuat sidang akhbar dengan pakara tersebut.

5. Bagaimanakah pihak pembangkang boleh terus mengeluarkan kenyataan penafian sedangkan video tersebut baru sahaja di dedahkan kepada para media dan nama pemimpin terlibat juga tidak didedahkan. Mereka juga tidak mengetahui dan melihat video tersebut.

6. Penayangan video tersebut secara berperingkat dalam suatu masa kepada media tempatan dan media antarabangsa merupakan satu perancangan yang hebat bagi membolehkan isu ini mejadi heboh dan menjadi berita utama di media tempatan dan antarabangsa pada keesokkan harinya. Kalau video ini palsu, pemimpin berkenaan akan mendapat manfaat yang besar dan beliau boleh menuduh pihak Kerajaan dan UMNO yang mengadakan konspirasi untuk menjatuhkannya. Beliau akan Berjaya untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu DNA beliau.

Untuk mengelakkan konpirasi ini mencapai matlamatnya, saya mencadangkan kepada para pemimpin Kerajaan dan UMNO mengeluarkan kenyataan TEGAS seperti berikut:

“KITA TIDAK AKAN MEMBERIKAN KOMEN BERKAITAN VIDEO INI SELAGI KETULINAN/KEASLIANNYA TIDAK DISAHKAN OLEH MEREKA YANG PAKAR. APA YANG PENTING SEKARANG IALAH PEMIMPIN BERKENAAN PERLU MENYERAHKAN DNA BELIAU UNTUK MENYELESAIKAN KES LIWAT BELIAU.. ITU YANG RAKYAT MAHUKAN…”

Namun.. sekiranya video ini asli.. ini merupkan pembalasan Allah swt kepada para umatnya yang mungkar…


Ulasan Blogenstarz:
Mereka mendapat untung daripada isu yang mereka sendiri reka.Lihat saja beberapa isu
yang dipolitikan oleh mereka demi politik.
1.Isu gambar bogel Eli.Wong.
2.Isu Peguam Negara yang boleh dilobi.
3.Isu Teoh Beng Hock.
4.Isu Aminurashid yang ditembak Polis.
5.Isu Memali.....
.....Dan banyak lagi isu yang telah memberikan keuntungan moral kepada Pakatan !