Posted by
CUCU TOK WAN
at
10:55 PM
Thursday, February 28, 2013
Kepulangan penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda,
tetapi mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya Shiiribu, model
Mongolia yang mati dibunuh, diberikan sambutan besar-besaran oleh para
penyokong Pakatan Rakyat. Walaupun semuanya tahu bahawa Balasubramaniam
balik ke Malaysia selepas punca kewangannya menarik diri dan tidak lagi
menaja kehidupannya dan keluarga di Chennai, India, namun para pecacai
dan pemimpin Pakatan Rakyat, cuba menterbalikkan fakta tersebut.
Sehingga
sekarang, para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim dan
PKR, masih lagi menekankan dan cuba membuatkan rakyat Malaysia percaya
bahawa pembunuhan Altantuya mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan
Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Para pecacai Pakatan, biarpun telah
diberikan fakta dan sanggahan terhadap tohmahan dan fitnah mereka,
masih lagi meneruskan kerja-kerja jahat dan hodoh demi sebuah kuasa
Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.
Sehingga sekarang, para pecacai
Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim dan keseluruhan Pakatan Rakyat, masih
tidak menarik balik tohmahan serta fitnah mereka, bahkan masih berusaha
untuk memperkemas serta menajamkan fitnah mereka dengan kaitan apa-apa
sahaja, asalkan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor boleh dikaitkan.
Justeru
kepulangan P.I Balasubramaniam yang disambut oleh hampir 50 orang
pemeluk akidah Pakatan Rakyat termasuklah para pemimpin mereka di KLIA,
kembali menghidupkan peluang buat Anwar Ibrahim pada fasa terakhir.
Namun selain daripada masalah pendana yang tidak lagi mahu meneruskan
pemberian wang kepada Balasubramaniam, sebenarnya lelaki India itu juga
perlu memberikan banyak penjelasan tentang banyak perkara.
P.Balasubramaniam
merupakan bekas anggota polis yang telah dipecat kerana melakukan
RASUAH ketika menjalankan tugas.
P.Balasubramaniam terpaksa
mencipta atau merekayasa cerita bohong serta karut tentang pembunuhan
Altantuya Shiiribu apabila dia ditangkap setelah menyonglap RM50,000
duit milik Razak Baginda. Wang berkenaan sepatutnya diserahkan kepada
Altantuya Shiiribu di Hotel Malaya. Balasubramaniam juga telah diketahui
telah melakukan hubungan seksual dengan Altantuya Shiiribu tidak lama
sebelum wanita itu dibunuh akibat salah faham arahan oleh Sirul dan
Azilah.
Ada maklumat yang mengatakan, Razak Baginda meninggalkan
Altantuya Shiiribu apabila mengetahui hubungan sulit wanita itu dengan
Balasubramaniam yang telah diupah untuk 'menjaga' wanita jelita
berkenaan. Besar kemungkinan jugalah, Balasubramaniam yang mengeluarkan
arahan agar Altantuya Shiiribu dibunuh kepada Sirul dan Azilah dengan
mengakalkan mereka kononnya, arahan tersebut datangnya daripada Razak.
Balasubramaniam berbuat begitu agar tembelang dia mencuri duit Razak
tidak diketahui sampai bila-bila.
Orang pertama yang
memasyhurkan...
SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM