Sabtu, Februari 19, 2011

AMARAN POLIS - TEKNIK TERBAHRU PENCURI KENDERAAN ! SEBAR2KAN ...


CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA
( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

(hanya hiasan)

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la ni mcm2 boleh jadi.
Kena banyak beringat

SIASAT HUSAM MUSA - PENGHASUT TEGAR



ISU
Seorang penyeludup beras berasal dari Pengkalan Kubur, Kelantan  telah ditangkap oleh Unit Pencegah Penyeludupan  (UPP)  sedang menyeludup beras dari Thailand pada jam 9.00 pagi  18 Febuari 2011 (Jumaat). Mengikut kenyataan Husham Musa penyeludup tersebut sedang menyeludup 500 kilo beras yang dimuatkan dalam kereta kancilnya.

Penyeludup tersebut dikatakan menjadikan kerja itu sebagai pencarian untuk menampung kehidupan keluarganya yang terdiri dari 9 orang anak.  Dalam tempuh siasatan itu penyeludup tersebut dibelasah  hingga didapati mati pada pukul 5.00 petang dan dibawa kehospital  Tumpat.

Semasa pihak UPP membelasah  penyeludup itu, anak saudaranya berusi 19 tahun cuba membantu  dapat menyaksikan bagaimana polis (UPP) membelasah bapa saudaranya. Semasa dihospital  anak saudara  yang melihat kejadian itu menunjukkan polis yang melanyak bapa saudaranya kepada saudara maranya dihospital berkenaan kerana dia mengecam benar polis tersebut.

Polis tersebut telah menembak dua das  kepada budak itu didada dan diperutnya.

UNDANG-UNDANG
Menyeludup beras atau barangan yang ditetapkan adalah salah disi undang.

KUATKUASA
Pihak UPP yang yang menjalankan tugas boleh menangkap sesiapa jua penyeludup kerana kesalahannya dan boleh didakwa dimahkamah.

HUKUMAN
Hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah. Pihak UPP tidak berhak melaksanakan hukuman sendiri. Jika melakukan tindakan sendiri, mereka telah melakukan perlanggaran undang-undang.  Jika benar simati itu meninggal dunia atas sebab  hentaman UPP berkenaan, UPP itu harus bertanggung jawab secara peribadi kerana menyalah gunakan kuasa tanpa batas.

MEDIA
Menurut Husham Musa , berita jam 5.00 petang semalam melapurkan bahawa satu gambaran penyeludup tersebut adalah penjenayah besar

HASUT
Husham Musa menyeru supaya rakyat bangkit membela laksana apa yang berlaku diMesir terhadap kerajaan kerana  ia menyamai  kes pembunuhan seorang pemuda 28 tahun, Habeb Said oleh polis Mesir lantas dijadikan sebagai modal pencetus kebangkitan rakyat Mesir.

SIASAT
Kerajaan didesak menyiasat kes ini secara terperinci samada dakwaan itu benar atau tidak. Jika benar bermakna pihak pegawai UPP itu telah bertindak  melangkaui undang-undang. Jika fakta itu tidak benar, Husam Musa harus disiasat dibawah Akta hasutan. Siasatan itu hendaklah dilakukan secara adil dan tidak berat sebelah.

Mesir dan Malaysia tidak boleh disamakan.  Kebangkitan diMesir ada banyak factor yang mendorong pemberontakan. Ia merangkumi kepimpinan dictator, kemiskinan, pengangguran, demokrasi dicabul dan berbagai-bagai lagi. Adalah tidak adil semua kesalahan manusia diletakan dibahu kerajaan.

BUAT PENGAJARAN.....

Berbaloi2.....

Blogger Pro Pembangkang Din Binjai atau lebih dikenali dengan blog Sharpshooter disaman kerana memfitnah Datuk Seri Rais dengan artikelnya yang begitu lancang berjudul "Menteri Rogol Amah". Nampaknya blogger Sharpshooter terkapai-kapai meminta pertolongan setelah tidak diambil peduli oleh pemimpin-pemimpin PKR, DAP mahupun PAS. Blogger tersebut dibiarkan tanpa dibantu malah menjenguk pun tak mahu.

Setelah Din Binjai atau Sharpshooter ni menghempas pulas untuk berkorban tak kira masa menulis, menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh Kerajaan terhadap Pakatan Rakyat dengan segala kudrat yang ada dan biarpun tanpa dipinta Pakatan Perosak Rakyat, akhirnya Din Binjai sendirian dibiarkan menggelupuh sorang-sorang menjawap saman yang dikemukakan.

Ataupun bagi mereka, pemimpin tidak perlu berkorban untuk rakyat..?  Hanya rakyat yang perlu berkorban untuk pemimpin demi menjayakan parti...!!!..
Dimana pemimpin-pemimpin Pakatan Rosak yang telah berkuasa setelah PRU12 yang lalu?  Dimana pemimpin PAS korang..??  Dimana juga pemimpin DAP..??? Dan juga dimana pemimpin PKR..lu orang..???

Dimana pemimpin-pemimpin yang korang agung-agungkan ketika ini..??  Sedang terlena dibuai mimpi atau sudah buta..???

Jawapannya, setelah mendapat apa yang di idamkan mereka selama ini, dengan serba sedikit bantuan blogger-blogger Pro Pembangkang untuk menjayakan rancangan karut marut mereka, apa yang nak digusarkan kalau Din Binjai disaman pun bukannya pemimpin atasannya yang susah...!!!  Bukan begitu Sharpshooter...??

Macam buang air ke daun keladi je..tak begitu Din Binjai..??
Dah pandai buat, pandai lah jawap sendiri ye...!!!


KL boys

Jumaat, Februari 18, 2011

RAHSIA OBJEK PELIK DIBONGKAR

Adun PAS Perupok???

Errr macam mana pulak kita nak tentukan ini adalah Gambar Adun PAS Perupok?

Rileks.....segala galanya akan di bongkarkan!!!

Gambar yang pastinya Hangat Pecah Panggung lah beb gua cakap lu, emmm jangan kita lupa setiap yang di lakukan Adun perupok di lihat oleh masyarakat dan Takdir Allah yang maha Besar telah memberikan kami peluang untuk memperolehi Bukti bahawasanya Adun PAS Perupok memang Kaki Tino!!!

Gambar SEBENAR Milik Adun PAS Perupok Akan kita Sebarkan walaupun mendapat tentangan dari pelbagai pihak yang cuba membayar Kami team Nadi Rakyat agar isu Adun PAS Perupok ini di diamkan dan di Halalkan.

Kami Team Nadi Rakyat juga sudah bersiap sedia di atas segala kemungkinan yang berlaku sebagaimana isu Adun PAS Selising yang telah cuba melakukan tindakan luar batasan dengan melanggar dan Menetak Ustaz Saidi Saksi yang menangkap nya Berkhalwat di atas kereta Api.

Sampai ke hari ini juga tidak ada tindakan yang di ambil oleh Adun PAS Selising dalam mengheretUstaz Saidi dan Kami team Nadi Rakyat ke Mahkamah...awat jadi lagu tu? Takut Pendedahan akan terus di bongkarkan?

Kita ada Undang Undang. So jika nak Lawan maka Kita Lawan di Mahkamah!!!


INGATKAN KEPALA ALIEN PAKAI RAY BAN !

KAH KAH KAH... LAWAK 2011 !!!!!!



sumber
papagomo

Khamis, Februari 17, 2011

PAS no TO HUDUD - THE TRUE STORY

Kronologi Proses Permohonan Kelantan Untuk
Laksanakan Hukum Hudud (sejak tahun 1993)

Kronologi:


1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerentahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi tahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
2.Rang Undang-Undang Jenayah Syariah ll Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli Dewan Rakyat.
3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa menghadap Sultan Kelantan untuk diperkenankan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, iaitu bersetujulah Baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tandatangan.
Selama setahun hukum hudud PAS diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994 , Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan membuat ceramah keseluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud PAS akan di laksanakan
4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri Datu Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu, keseluruhan fatwa Nik Aziz menuduh orang UMNO kafir kerana menolak hukum Allah.
5. Bagi Dr Mahathir, jika PAS hendak melaksanakan hukum hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan diseluruh semenanjung Malaysia sebab negeri lain masih diperintah olih kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.
6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelatan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol ? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.
7. Nik Aziz terdiam dan mersakan PAS Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberikan lampu hujau, malah bersedia mengambil hudud PAS untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membenteras kegiatan jenayah dan menepati 100 syariah Allah.
8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksankan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.
9. Dr Mahathir kata okey...teruskan kita nak tengok..
10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah peritiwa menggemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan saorang suri rumah yang juga saorang isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana Kota Bahru.
11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.
12. Kedua-duanya sedang berada diatas katil, Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun, bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.
13. Mengikut hudud PAS Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu bolih disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.
14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, PAS lansung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan UMNO yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatukan hukuman hudud keatas Mohamad Sabu dan Norma.
15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka PAS membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada piliharaya (November 1999)

SEHINGGA SEKARANG PAS MASIH MENYALAHKAN BN KERANA TIDAK BERUPAYA MENYEMPURNAKAN HUKUM HUDUD DIKELANTAN.NAMUN PADA HAKIKATNYA ITU HANYALAH ALASAN PAS UNTUK MENYELAMATKAN DIRI !

papagomo