Selasa, Mac 22, 2011

DRAMA PALING BODOH - TAPI LARIS !

Banyak benda yang sedang mutar ligat dalam kepala aku berhubung video seks yang ramai orang dakwa lakonan budak Permatang Pauh.

Soalan pertama: Sejak bila seorang Datuk bertugas untuk mengambil jam tangan mana-mana individu yang ketinggalan jam di hotel?

Soalan kedua: Kalau benarlah budak Permatang Pauh itu yang menyuruh Datuk tersebut mengambil jam tangan Omega nya yang ketinggalan di hotel bermakna Datuk tersebut kenal baik dengan budak Permatang Pauh tersebut. Soalnya, kalau sudah sampai ke tahap mengambil jam, mengapa Datuk tersebut tidak memaklumkan kepada budak Permatang Pauh itu tentang adanya rakaman CCTV di dalam bilik itu? Kenapa harus Datuk tersebut mendedahkan kepada media dan tidak memaklumkan perkara itu kepada budak Permatang Pauh tesebut dan menjadikannya sebagai rahsia?

Soalan ketiga: Jika benar sekalipun wujudnya video itu, mengapa harus Datuk tersebut memanggil media sebagai penonton? Kenapa Datuk tersebut tidak membuat laporan polis? Kalau ikut kata Menteri KDN di dalam Berita jam 8 malam tadi, tiada sebarang laporan di buat berhubung kes ini..

Soalan keempat: 'Muka dia macam saya..perut lebih buncit'..Ini ayat yang keluar dari budak Permatang Pauh tersebut..Macam mana dia boleh tahu keadaan ini? Bahkan sehingga ke saat ini hanya orang tertentu sahaja yang dapat menontonnya..Mungkinkah ada di kalangan yang telah menonton video itu siang tadi begitu arif tentang berapa buncit perut budak Permatang Pauh itu? Dalam tempoh seminggu barulah orang yang dimaksudkan dalam video itu akan mendapat video itu..Belum tengok sudah tahu... Dan siapalah yang bijak menilai betapa buncit perut mana-mana indvidu di dalam keadaan berpakaian dengan tidak berpakaian..Atau adakah orang membuat hubungan seks terlupa menanggalkan pakaian? Gila gelojoh...

Soalan kelima: Dalam pada masa teramat sibuk menghadapi kes liwat di mahkamah, wajarkah seseorang itu sengaja mencari masalah dengan isu baru? Budak Permatang Pauh itu bukan tidak pernah duduk di dalam kerajaan, sudah barang pasti dia sedar segala gerak gerinya diperhatikan oleh golongan tertentu.

Soalan keenam: Kali ini aku bersetuju dengan Aspan..Kenapa harus Datuk tersebut menyembunyikan identiti dirinya? Bukankah dia yang disuruh oleh budak Permatang Pauh itu untuk mengambil jamnya? Sudah tentu mereka saling kenal..Hanya dengan pendedahan siapa Datuk tersebut barulah kita akan tahu apa motif video yang masih diragukan kesahihannya..Sama ada konspirasi atau ada matlamat lain..Jika konspirasi..akan menguntungkan siapa??

Bau-baunya seperti ada yang tidak kena dengan isu ini..Kita minta mana-mana pihak yang akan menjalankan siasatan akan bertindak dengan cara yang cukup waras dan rasional. Sudah hampir benar dengan penyerahan DNA dan sudah hampir benar dengan Pilihanraya Negeri Sarawak..kita tidak mahu 'ada udang di balik batu'...

SEPATUTNYA DATUK TERSEBUT DITANGKAP KERANA MEMILIKI BAHAN LARANGAN.
NAMPAK SANGAT ADA PERSETUJUAN DIANTARA MEREKA !
Penafian: Artikel ini tidak memaksudkan kepada mana-mana individu baik yang hidup atau yang telah mati. Ianya hanyalah illustrasi penulis..


izin:
jebat berkokok

MEREKA BUAT ISU VIDEO SEX - JANGAN TERUS PERCAYA !


Mungkinkah isu ni salah satu taktik nuar jubur nak divert isu DNA dia..kena hati2...pasal apa, mungkin yang dok gempar video ni mungkin org2 dia juga, kasi rakyat gempar pastu tuduh BN yang buat untuk jejaskan imej dia, last2 kita makin lupa dengan desakan serah DNA dia.....jaga2..Bro Nuar ni kaki spin..kaki divert..




Tambahan Datuk T tue awalnya org suruhan dia bukan? klu x mcm mana statement datuk t kata pornstar tersebut suruh dia ambil jam tangan yang tertinggal..sah ini kes dia lempar batu, tuduh orang lain yang lempar..jgn terperangkap...kita tgk dan lihat..jgn terlalu gemparkan sgt isu ini...masih tiada kepastian...
Rakan blogger tersohor  M.I.M juga ada menimbulkan kemyuskilan mengenai isu ini. 


Persoalannya sekarang, siapakah di antara mereka yang menonton video kontroversi 20 minit itu begitu teliti hingga dapat membezakan perut Anwar dengan perut lelaki yang berbogel di dalam video seks tersebut?

Bagaimanakah individu ini boleh tahu kondisi perut Anwar Ibrahim?

Apakah individu yang menceritakannya itu pernah melihat Anwar Ibrahim tanpa memakai baju sehingga mendedahkan perut beliau?


Apakah beliau pernah melihat perut Anwar Ibrahim sebelum ini? Apakah beliau itu juga mempunyai skandal rahsia dengan Anwar?

Jika merujuk kepada kenyataan Anwar Ibrahim itu, Wan Azizah tentu akan terkejut dan sangat curiga dengan suami beliau!

Dan yang menghairankan ialah bagaimanakah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad atau pun Naib presiden PKR Chua Tian Chang boleh menafikan lelaki itu bukan Anwar Ibrahim kerana mereka sendiri belum lagi menonton video tersebut?

Sama-samalah kita tunggu 6 hari lagi untuk mendapat kepastian......

Cuba kita lihat..pagi video tayang, petang dia terus nafi itu bukan dia, dah mcm dirancang, siap bagitau perut dia x buncit mcm org dalam video tue...mcm mana dia tau rupa org dalam video tue?! dia dah tgk ker...melainkan mmg dia da awal2 lagi tahu dan dia lah mastermind yang plan dan upah org sebarkan video tersebut.

PRESIDEN REPUBLIK OF MALAYSIA ?

Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bercita-cita besar untuk menjadikan Malaysia sebuah republik sekali gus mengangkat dirinya sebagai Presiden, manakala Azmin Ali pula akan dilantik sebagai Perdana Menteri.
Lebih dahsyat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga dikatakan mempunyai niat untuk menghapuskan institusi diraja sekiranya beliau berkuasa.
Cita-cita Anwar itu didedahkan oleh saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali pada majlis ceramah 'Pas Keluk Kelek' di Bandar Jerteh di sini, malam tadi.
Menurut Ummi Hafilda, cita-cita luar biasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu diluahkan oleh abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin kepada bapa mereka, Allahyarham Ali Omar suatu ketika dulu.
"Abang saya pernah beritahu arwah bapa kami, jika Anwar berkuasa, dia akan menjadikan Malaysia sebuah republik," katanya.
Majlis itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh serta barisan kepimpinan UMNO bahagian tersebut. Turut memberikan ceramah ialah Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Mohd. Noor Deris.
Sesi ceramah tersebut berlangsung hampir serentak dengan ceramah para pemimpin Pas dan PKR yang disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Azmin yang terletak berhampiran dan hanya terpisah sebatang sungai dekat Masjid Hadhari di sini.
Dalam ceramah itu, Ummi Hafilda mengupas satu persatu perilaku keji Anwar termasuk skandalnya dengan isteri salah seorang pemimpin PKR, selain fitnah dan pembohongan Ketua Pembangkang itu kepada seluruh rakyat.
Beliau selanjutnya melafazkan sumpah 'wallahi, wabillahi, watallahi' di depan hadirin sambil bertegas yang beliau tidak pernah mengadakan hubungan seks dan berzina dengan ahli perniagaan terbabit seperti yang didakwa.


UTUSAN

RAMUAN ISTIMEWA DARI PAKATAN - UNTUK LELAKI !

Semuanya berkaitan isu video sex....yang terbaru !
Tayangan Perdana kepada editor-editor
pagi tadi mengenai sebuah pita rakaman
seks seorang pimpinan Pembangkang..

difahamkan dalam masa 20 Minit sahaja
lelaki tersebut berjaya melakukan klimaks
sebanyak 2 kali...
 
KP rasa lelaki tu mesti pakai
ubat kuat yang selalu diiklankan
didalam lidah rasmi PAS...

Ni yang KP nak try ni...
2 kali dalam masa 20 Minit Beb...
produktiviti dijamin berkualiti...

sebab tu kadang-kadang pemimpin itu cakap

"anak cina anak saya.
anak india anak saya,
anak melayu anak saya
anak azmin anak saya"
heheheheh
 
 
sumber:
Krisputra
 
Dasyat sungguh ramuan ubat kuat mereka.
Kalau dikomersilkan... boleh buat dana PRU13.
Pasti laris !

Sabtu, Mac 19, 2011

PAS . DAP .PKR SUDAH ADA STRATEGI MENGHANCURKAN NEGARA.

Strategi memenangi PRU 13

Perkara ini terkandung dalam kertas kerja pada satu forum yang dianjurkan mereka bulan lepas diKL.

Antaranya:-

Menyerang DSRM adalah salah satu strategi yang diatur oleh gabungan parti yang menggelarkan mereka   pak-khatan rakyat dalam usaha mereka meraih undi pada PRU 13 kelak.

Menyerang kredebiliti Pasukan Keselamatan negara agar dipandang rendah keupayaannya.

Menyerang PDRM dengan memperbesar2kan cerita pembunuhan penjenayah.

Menyerang Kakitangan Awam berkaitan ketelusan tanggung jawab dan birokrasi.

Menyerang FELDA , FELCRA , PETRONAS agar dipandang serong oleh bukan melayu.

Menyerang institiut Kehakiman Negara dengan melewatkan perbicaraan.

Menyerang Institiut Perguruan dengan menjanjikan jawatan didalam PARTI.

Menyerang peribadi YB BN agar dipandang serong !

Menyerang Majlis Agama Islam / Majlis Ulama' / Majlis FATWA kebangsaan !

Dang banyak lagi....

PAS dikhususkan untuk menyerang Orang Melayu Islam........