Selasa, Mac 12, 2013

AMARAN KEPADA SPESIS TIAN CHUAKKK




PDRM menerusi Timbalan Ketua Polis Negara telah mengecam golongan atau puak yang cukup giat mencerca, menghina dan memperlekehkan usaha anggota-anggota pasukan keselamatan yang sedang berjuang menghalau dan menghapuskan lanun-lanun Sulu dari Sabah.

Walaupun sudah 9 orang perwira negara terkorban angkara nafsu serakah Anwar Ibrahim yang mahu mewujudkan ketakutan dan kucar-kacir di Sabah bagi membolehkan dia menjadi Perdana Menteri, para penyokongnya yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, membuat pelbagai andaian dan teori KONSPIRASI dan SANDIWARA semata-mata untuk menyenangkan hati 'Perdana Menteri 16 September' itu.

Pelbagai pendedahan telah dibuat oleh pihak luar terutama sekali portal-portal berita antarabangsa yang mengaitkan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III, dua kepala lanun Sulu yang sebelum ini giat memeras ugut rakyat Sabah, terutama sekali di Lahad Datu dan Semporna.

Terbaru adalah pendedahan oleh WIKILEAKS tentang hubungan rapat Nur Misuari dengan Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai KAWAN BAIK selain cakap besar Nur Misuari kononnya MNLF boleh menawan Sabah dalam tempoh dua jam sahaja!

Semenjak pendedahan-pendedahan tersebut dibuat, para penyokong Anwar Ibrahim mempergiatkan usaha mereka untuk memperlekeh-lekehkan segala usaha yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Malaysia, termasuklah menganggap kematian anggota-anggota keselamatan yang dibunuh oleh lanun-lanun Sulu sebagai SANDIWARA, dan 'selepas gambar diambil, akan hidup dan berjalan seperti biasa semula'.

Sementara itu, laporan polis yang dibuat terhadap Tian Chua terus meningkat di seluruh negara. Pelbagai lapisan masyarakat, termasuklah dari kalangan masyarakat Cina sendiri, menghamburkan kemarahan terhadap Tian Chua.

Semalam, Tian Chua lari lintang pukang dalam sebuah ceramah apabila orang ramai menyerbu dan kemudian memberitahu para penyokongnya kononnya samseng-samseng UMNO telah menyerangnya. Para penyokong PKR turut memanjangkan cerita tersebut dan menggambarkan para penyokong UMNO sudah terlalu terdesak, walaupun sebenarnya yang turut 'menyerang', 'menyergah' dan 'bertanya' kepada Tian Chua itu, sebahagian besarnya adalah penyokong Pakatan Rakyat sendiri!!!

SAMAN : TAKTIK ANWAR TUTUP KEMALUAN DAN KUMPUL DANA POKET


SAYA merujuk kepada laporan Utusan terima surat tuntutan saman Anwar (Utusan 5 Mac 2013).
Rakyat Malaysia ketahui bahawa pada 2 Mac yang lalu, Utusan memetik laporan agensi antarabangsa yang mendakwa bahawa pencerobohan kumpulan bersenjata asing di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah berlaku atas jemputan pembangkang negara ini.
Laporan tersebut dibuat oleh Inquirer NewsReuters dan agensi perisikan Filipina. Tetapi Anwar memilih hanya untuk menyaman Utusan.
Dengan langkah terbaru ini, rakyat menyedari bahawa surat tuntutan menyaman Utusan hanya "sandiwara saman" Anwar dengan tujuan untuk menutup "mulut" akhbar daripada bersuara mengenainya.
Kita juga mengetahui modus operandi Anwar seperti kes beliau menyaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam usaha untuk menutup ruang bagi Dr. Mahathir bersuara.
Memandangkan Anwar telah mengemukakan surat tuntutan saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd., adalah diharapkan semoga pihak mahkamah dapat mempercepatkan kes tersebut.
Ini kerana perbuatan pencerobohan yang dilakukan oleh rakyat asing ke negara ini satu perkara yang serius terutama sekali dengan bantuan dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130311/fo_02/Saman-Taktik-Anwar-tutup-mulut-akhbar#ixzz2NJdNv9ne
© Utusan Melayu (M) Bhd 

TIAN CHUA KE LAHAD DATU ?

SUDAH menghampiri sebulan, pengganas dari Sulu bertindak kurang ajar menceroboh negeri ini. Tidak cukup dengan itu, pengganas yang kononnya berpegang dengan ajaran Islam itu membunuh pula lapan anggota pasukan keselamatan negara dengan penuh kejam tanpa sebarang perikemanusiaan.
Perlu diakui pada awalnya penduduk Sabah agak gundah-gulana, hidup penuh prasangka terhadap komuniti etnik Suluk di negeri ini, dan wujud persepsi bahawa pasukan keselamatan gagal menangani krisis itu yang dilihat berlanjutan tanpa sebarang penyelesaian konkrit.
Ditambah lagi dengan penyebaran maklumat palsu melalui laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab secara berleluasa, menambahkan lagi kebimbangan penduduk Sabah dan Semenanjung yang mempunyai rakan atau saudara mara yang bertugas di negeri ini.
Sehinggakan apabila tayar kenderaan meletup, nescaya beberapa minit kemudian akan diterima SMS jahat berbunyi ‘Semporna dihujani peluru, anggota keselamatan tumpas’, ‘sekeluarga di Kampung Tanduo diserang hendap pengganas’.
Itu tidak dikira lagi majlis-majlis kenduri kahwin atau penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia juga akan disusuli dengan SMS atau kemas kini dalam facebook, ‘Etnik Suluk berkumpul untuk menyerang’.
Situasi itu dikeruhkan lagi apabila wujud pula politikus yang mengambil kesempatan di atas kesengsaraan pihak lain untuk mendapat publisiti murahan, disebarkan pula bahawa tragedi berdarah di Lahad Datu dan Semporna adalah sandiwara yang bertujuan meraih sokongan rakyat.
Tidak perlu diulas panjang, Naib Presiden PKR, Tian Chua itu dipelawa untuk merasai sendiri ‘pementasan drama’ di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna bersama-sama dengan pasukan keselamatan negara.
Sekurang-kurangnya dia dapat menjadikan pengalamannya itu sebagai modal baru untuknya berceramah di merata tempat apabila balik dengan selamat.
Penulis percaya banyak pihak di seluruh negara yang prihatin dengan nasib isteri wira negara yang menjadi balu, anak yang menjadi yatim bersedia untuk menanggung segala perbelanjaan pemimpin itu termasuk tambang pergi balik kapal terbang, hotel dan sebagainya. Sebut sahaja apa yang diperlukan, pasti akan ada pihak yang sudi menajanya.
Pada babak kedua episod pencerobohan ini apabila pasukan keselamatan negara melancarkan serangan setelah kumpulan pengganas itu masih berdegil enggan keluar secara aman, fitnah propaganda pembangkang bahawa pimpinan negara gagal menanganinya telah gagal.
Hasrat mereka untuk menambahkan kebencian rakyat terutama penduduk Sabah kepada kerajaan bertukar sebaliknya. Natijahnya, kepercayaan dan sokongan rakyat mencanak naik, ditambah lagi selepas lawatan turun padang Perdana Menteri ke perbatasan, menjenguk sendiri kebajikan pasukan keselamatan.
Sempena lawatan itu, ketua-ketua masyarakat Suluk juga melafazkan ikrar jaminan untuk memberikan sokongan padu tanpa berbelah bahagi kepada kerajaan bagi memastikan keamanan dan kedaulatan negara terus terpelihara.
Di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak, komuniti itu membuktikan bahawa mereka adalah warganegara Malaysia yang taat dan setia serta walau dengan apa cara sekali pun tidak akan menyokong pengganas itu.
Sekadar berkongsi sedikit maklumat, Sulu ialah sebuah wilayah di Selatan Filipina, penghuninya dikenali dengan ‘Orang Tausug’, manakala rakyat negeri ini yang berstatus warganegara Malaysia tetapi berasal dari rumpun sama dikenali dengan panggilan Suluk. Mereka berkongsi susur galur sama tetapi mempunyai budaya, pemikiran dan sosio budaya berlainan.
Kehadiran Najib meninjau Op Daulat di Felda Sahabat telah menyuntik semangat anggota keselamatan untuk terus berjuang dan menguatkan lagi sokongan rakyat terhadap kerajaan BN.
Tidak cukup dengan itu, beliau juga dengan penuh tenang, yakin dan tegas menjawab setiap ‘tembakan peluru’ petugas media sama ada dari dalam atau luar negara, termasuk blogger yang suka menangguk di air yang keruh.
Semuanya jelas dan terang. Iltizam kerajaan untuk menjaga dan mempertahankan keselamatan rakyat serta kedaulatan Sabah akan terus dimartabatkan tanpa sebarang kompromi.
Najib bukan bermain wayang atau retorik tetapi disertai dengan komitmen jitu, buktinya adalah penubuhan Kawasan Keselamatan Khas (KKK) meliputi kawasan dari Kudat ke Tawau, merangkumi Sandakan, Semporna, Lahad Datu dan Kunak dengan pusat operasinya di Lahad Datu.
Kekuatan sebanyak lima batalion tambahan tentera dan polis juga akan ditempatkan di KKK itu bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara daripada dicerobohi oleh mana-mana pihak.
Sebagai reaksi segera, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk memberikan mana-mana kawasan atau tanah yang difikirkan sesuai dan strategik bagi KKK itu.
“Jangan fikirkan berapa kos atau nilai yang terpaksa ditanggung, apa yang penting ialah bagi memastikan tahap keselamatan terutama di kawasan pantai timur dan utara negeri sentiasa terpelihara.
“Ini adalah komitmen kita sebagai menghargai kesungguhan Kerajaan Pusat memastikan keselamatan, kedaulatan dan keamanan negeri serta rakyat di seluruh pelosok negeri dapat terus dipertahankan," katanya semasa majlis santai bersama editor media Sabah, kelmarin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130311/re_05/Tian-Chua-dipelawa-ke-Lahad-Datu#ixzz2NJcwdhAK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MAMAT NI SEPATUTNYA DAH LAMA DILUPUSKAN !



LUPUSKAN SEGERA!!!

KAKI JUBOQ

HANCURKAN,LUPUSKAN DAN KUBURKAN SEGERA.
PARTI ANAK BERANAK,KRONI,KENCING RAKYAT.
SISA KUMBAHAN YANG TIDAK HARUS BERLELUASA.
AL JUBURI YANG DIIKTIRAF MAT SABUN!!!
PKR=PARTI KHIANAT RAKYAT!!!
PKR=PARTI KENCING RAKYAT!!!
PKR=PARTI KECEWA RAKYAT!!!

PAS ADALAH SETARAF KOMINIS



Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kejayaan tebesar Pas ialah melaksana pendekatan yang menimbulkan kebencian rakyat terhadap UMNO serta mengkafirkan orang yang tidak menyokong parti itu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata pendekatan berkenaan diguna pemimpin Pas bagi menakutkan rakyat supaya tidak menyokong UMNO dan BN.
“Pas juga mengajar penyokongnya supaya membenci orang yang tidak menyokong atau mengundi Pas sebagai bukan Islam.
“Mereka kena wujudkan kebencian dalam diri orang Islam, termasuk penyokong Pas sendiri, supaya mereka tidak menyokong UMNO dan BN,” katanya sewaktu berucap pada program Bersama Negarawan.
Program anjuran UMNO Kulim/Bandar Baharu dengan kerjasama BN Kedah itu turut dihadiri isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan kira-kira 5,000 pemimpin serta anggota komponen BN negeri.
Dr Mahathir berkata ramai penyokong Pas kini meninggal parti itu kerana sedar pendekatan yang digunakan selama ini bertentangan dengan ajaran Islam.
Beliau berkata Pas sebenarnya lemah kerana perlukan sokongan parti lain dalam pakatan pembangkang sehingga sanggup menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam dan melaksana hukum hudud apabila digertak rakan sendiri.
“UMNO sahaja yang boleh mempertahan hak rakyat pelbagai kaum kerana BN adalah parti campuran, bukan pakatan. Pakatan ni macam ‘pakat-pakat’ sahaja, tidak sempurna. Nak pakat mencuripun boleh, kemudian buat hal sendiri.
“Di Selangor, nak dapat tender projek kerajaan kena beritahu sokong parti mana, sedangkan BN tidak pernah bertanyapun. Masalah air di Kelantan tidak selesai walaupun lebih 20 tahun memerintah. Di Pulau Pinang, dulu depa marah saya buat jambatan, sekarang nak buat terowong pula,” katanya.
Dr Mahathir berkata rakyat seharusnya boleh membuat penilaian bijak terhadap pencapaian pakatan pembangkang selepas lima tahun mereka memerintah empat negeri bermula 2008.
Sambil berseloroh, Dr Mahathir berkata beliau kini berkempen bagi membalas jasa orang terdahulu yang mengangkatnya menjadi Perdana Menteri.
“Orang kata saya dah tua, tak larat dah tapi saya kena balas jasa mereka,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau melihat keutuhan UMNO dan BN serta sokongan positif rakyat terhadap parti komponen berkenaan bertambah baik adalah petanda BN mampu meraih kejayaan lebih baik pada PRU-13.
“Saya yakin matlamat kita untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN boleh tercapai. Di Kedah juga saya lihat rakyat dah menolak pakatan pembangkang,” katanya.
Mengulas cakap-cakap perebutan jawatan Menteri Besar Kedah jika BN menang pada PRU-13 kelak, Dr Mahathir berkata perkara itu tidak memberi kesan atau menjejas peluang BN kerana anggota parti berkenaan telah diberi peringatan berhubung isu tersebut.
Dr Mahathir berkata beliau sempat bertemu jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri sebelum ke sini dan semua mengaku akan mengutamakan kemenangan parti, bukan diri sendiri.
“Ada pula orang tanya berkaitan anak saya (Mukhriz) adakah dia calon MB. Saya kata biarlah dia bertanding dulu, DUN atau Parlimen, tidak mengapalah.
“Yang penting, semua anggota bagi pengakuan untuk sokong siapa sahaja yang dipilih Perdana Menteri sebagai calon.
“Orang Kedah dah rasa dah… tiada apapun jasa Pas terhadap negeri ini, banyak rosak lagi ada la yang dia buat,” katanya.