Rabu, Disember 29, 2010

SERANGAN PERTAMA INDONESIA KEATAS MALAYSIA.

PENYOKONG BOLASEPAK INDONESIA secara agresif telah memulakan serangan MENTAL terhadap pemain2 Malaysia didalam final kedua piala AFF disana.Mereka telah banyak mengadakan demotrasi dan juga kenyataan2 yang boleh melemahkan semangat pemain Malaysia.
Selain daripada itu,maklumat terkini dikata kan penyokong Malaysia takut untuk kelokasi perlawan akhir kerana dikhuatiri akan berlaku kekecohan yang besar.Mereka khuatir akan keselamatan diri dan harta benda yang tidak terjamin.
Hari ini terdapat gerombolan penyokong tegar pasukan bola sepak Indonesia telah mengadakan demonstrasi di hadapan hotel penginapan pasukan bola sepak Malaysia di Hotel Sultan sambil membawa kain rentang yang jelas berbaur provokasi menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF antara Indonesia dan Malaysia di Stadium Senayan , Jakarta .

"raja gombal bermakna RAJA KAIN BURUK"

Penyokong Indonesia ini marah dan tak puas hati kekalahan skuad negara mereka kepada Malaysia pada 26 /12/2010 lepas di Stadium Nasional , Bukit Jalil . Malah media-media di sana juga mengapi-apikan lagi kemarahan penyokong mereka bahawa kekalahan skuad mereka disebabkan pancaran laser kepada penjaga gol mereka Markus .

Tindakan penyokong Indonesia ini yang melakukan demontrasi ini jelas tidak profesional dan langsung tiada semangat kesukanan . Semasa pasukan mereka datang ke Malaysia , adakah penyokong kita pergi berdemo seperti ini ? MEMALUKAN !!

Kepada pasukan Harimau Malaysia ... terus mengaum di Stadium Senayan !


JANGKAAN PENULIS
29/12/2010
MALAYSIA AKAN MENANG 2-0

BERJUANG SEHINGGA KE WISEL PENAMAT...



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Indonesia lupa yang semua kemenangan mereka bermula dari pusingan awal adalah di bumi mereka sendiri. Malahan separuh akhir kedua dengan Filipina sepatutnya diadakan di Manila telah dilansungkan di Indonesia. Ternyata mereka hanya menjadi "JAGUH KAMPUNGAN" kerana apabila bermain di luar Indonesia mereka terus kecundang. Inilah hakikat yang tak dapat diterima oleh rakyat Indonesia.

Wake UP! berkata...

Mind control. Don't be swayed away with all the distractions.

Harimau Malaya boleh! Malaysia boleh!

pok nik berkata...

Menatang puok2 indonesia bodo..macang parti PAS jugok Penyokong indonesia serupe penyokong PAS jugok.. bodo sokmo..padanla..