Khamis, Februari 24, 2011

MAKHLUK PEROSAK DAN PARASIT KEPADA AGENSI KERAJAAN

PKR dan DAP memang berniat menjatuhkan kredibliti Kerajaan BN dengan menyerang dan memfitnah segala bentuk agensi kerajaan yang ada sekarang ini.Ini dilakukan semata2 untuk melemahkan anggota kakitangan kerajaan dan membuatkan mereka berbelah bagi untuk menyokong kerajaan seterusnya.
Semua tomahan yang dilakukan PKR dan DAP serta PAS mempunyai agenda tersendiri.Apa saja agensi kerajaan akan diserang dengan memastikan kerajaan akan mendedahkan selebihnya daripada isu yang dibangkitkan oleh mereka.
Tony Pua adalah salah saorang yang telah mengungkit berkenaan pembinaan enam buah kapal friget ATM yang dikatakan melampaui batas belanjawan.

seterusnya....

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong hari ini mendedahkan niat sebenar Tony Pua melemparkan fitnah berhubung pembelian enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah bagi memburukkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di mata dunia.
Katanya, tindakan wakil rakyat DAP itu yang berselindung di sebalik perjuangan rakyat, adalah untuk memastikan ATM selaku angkatan bersenjata yang begitu berjasa dalam mempertahankan keamanan, tidak lagi dipercayai oleh semua pihak khususnya rakyat negara ini.
Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa perbuatan jahat Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu adalah bertujuan memaksa Kementerian Pertahanan dan ATM mendedahkan butir-butir kekuatan pertahanan negara, demi keuntungan politik pihak asing.
Sehubungan itu, Lum Yong yang juga salah seorang pengasas PKR menggesa kerajaan bertindak segera dengan memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara tersebut, agar ia menjadi pengajaran kepada semua ahli politik supaya jangan mempolitikkan isu pertahanan negara.
"Saya sudah berpuluh tahun dalam pembangkang. Pembangkang melalui Tony Pua mahu memburukkan imej ATM supaya semua pihak tidak lagi menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada organisasi ini biarpun jasa ATM dalam menjaga keamanan tidak ternilai. Dia mahu jadi hero dengan merosakkan imej ATM.
"Dia juga ada niat lain meskipun sedar bahawa banyak maklumat berkait dengan ATM adalah sulit. Semuanya kerana kepentingan politik sempit pembangkang walaupun tuduhan yang mereka lempar langsung tidak disokong dengan bukti," katanya kepada pemberita di Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.
Beliau mengulas tuduhan Tony Pua kononnya keputusan kerajaan meluluskan peruntukan RM6 bilion bagi membeli enam buah kapal LCS untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah 870 peratus lebih mahal berbanding harga yang dibayar negara lain termasuk oleh Amerika Syarikat.
Tuduhan wakil rakyat DAP itu kemudiannya menjadi senjata makan tuan apabila pelbagai pihak tampil menafikan dan mengkritik beliau sebagai cetek pengetahuan berhubung ilmu ketenteraan termasuk Panglima TLDM sendiri, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Menyedari dirinya sudah terjerat dalam perangkap ciptaan sendiri, Tony Pua secara tiba-tiba 'bersembunyi', termasuk tidak menyahut cabaran supaya melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar pembelian kapal itu diselubungi rasuah.
Mengulas lanjut isu itu, Lum Yong memberi tempoh seminggu kepada Tony Pua untuk mendedahkan bukti tuduhannya kepada SPRM atau satu laporan polis akan dibuat terhadapnya bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.
Kata Lum Yong, sebagai seorang wakil rakyat, Tony Pua mesti bertanggungjawab terhadap segala tuduhan dan kenyataan yang dibuatnya.
"Jangan jadi penakut dan bertindak seperti 'baling batu sembunyi tangan'. Jika benar dia berjuang atas nama rakyat, Tony Pua perlu dedahkan segala bukti kepada SPRM kerana agensi ini sedang menunggu bukti.
"Lagi pun ini bukan kali pertama Tony Pua menunjukkan standard yang cukup rendah bagi seorang ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.
"Dia membuat kenyataan dan tuduhan berulang kali tanpa sebarang bukti. Budaya mempolitikkan semua perkara tidak patut wujud di negara ini," tegas Lum Yong lagi.

utusan.

5 ulasan:

Alhamdulillah berkata...

Salam perjuangan,

Saya setuju DAP melalui agen mereka iaitu Pas dan PKR sentiasa menghasut pegawai kerajaan supaya mereka memberi segala dokumen penting kerajaan kepada DAP. Di perak di PESDC(PERAK ENTERPRENEUR & SKILLS
DEVELOPMENT CENTRE ) salah satu agensi dibawah kerajaan negeri perak yang mempunyai ramai penyokong pembangkang yang sentiasa menghasut, mereka siap mengaturkan ceramah kepada pemimpin pembangkang termasuk DAP di rumah mereka.

Tanpa Nama berkata...

BANGSAT dan BANGANG
Menjahanamkan negara saja tahunya !

Tanpa Nama berkata...

Dia ni spesis yang suka makan daging babi berpenyakit kronik !

Tanpa Nama berkata...

memang perlu kita ada kapal yang cangih, kereta kebal atau perisai yang terbaik dan kapal selam...tapi kenapa sekarang ? sedangkan kita mengalami kegawatan ekonomi...cuba fikir dengan hati yang terbuka tanpa ada pilih kasih....apa sebab pembunuhan altantuyah ?, kenapa harga kapalselam yang kita beli lebih tinggi dari yang lain, mengapa pembicaraan DSAI ada yang tidak kena, mengapa ben hock tidak dibunuh dan bukan bunuh diri,mengapa perlu pemberian komisyen berjuta-juta atas pembelian kapal selam, mengapa jejentas menara berkembar petronas berharga RM70,00 semeter, mengapa sultan di babitkan dalam kes di selangor dan apa bila ingin di kembalikan sedikit kuasa sultan ditentang........sedangkan kes DSAI cuma tuduhan liwat, bawa ke mahkamah syariah tidak blelah pula..adakah mahkamah syariah kita tak mampu? tolong BLOGENSTARZ BAGI SAYA ALASAN-ALASAN YANG MUNUSABAH , SUPAYA DAPAT SAYA MEMUJUK DIRI SAYA SENDIRI,SEBAGAIMANA BLOGENSTAR MEMUJUK DISISENDIRI

blogenstarz berkata...

ANON 7:14:00

Mengapa ya...
Sebenarnya saya telah penat menghambat KOMINIS dizamannya sebelum menyerah diri.
Sehinggakan Kominis yang saya tangkap,menyesal dengan diri sendiri kerana terlibat dengan gerobolan tersebut.
Anak muda yang terlibat dengan KOMINIS hanyalah dijanjikan bulan dan bintang,tetapi hakikatnya dipaksa memeras orang awam dan dipaksa berkorban tenpa kerelaan.
Bacalah buku "Aku Mahu Hidup".
Saya sayangkan keamanan dan peliharalah ia dengan sebaik2nya.
Bukan benci CINA tetapi benci POLITIK yang kotor dan TAK FOKUS !.
Hanya mementingkan INDIVIDU tertentu.
ANWAR IBRAHIM akan tersungkur bila VIDEO PERLAKUAN AIBNYA didedahkan nanti !
Tunggulah.....tak lama.
Pembebasan beliau sebelum hukuman tamat adalah untuk memberi beliau bermuhasabah diri namun disalahgunakan...
Abdullah Badawi tahu akan hal sebenar.
AZIZAH dan HASMAH seperti saudara kandung !
Mereka berasal dari daerah yang sama.
Azizah terpaksa berkorban kerana title saorang isteri !