Ahad, Februari 13, 2011

MEREKA BERANI KURANG AJAR KERANA ADA PELINDUNG DAN DANA

SEPERTI biasa bila ada ahli atau penganut2 Pakatan Rakyat yang akan didakwa dimakamah,maka berduyun2 lah peguam mereka menghulurkan bantuan.Peguam mereka dengan sukarela akan menonjolkan diri mewakili pesalah terebut walau pun penganut mereka akan dihukum mati.

Inilah yang menyebabkan penganut2 PR berani melakukan perbuatan kurang ajar terhadap kerajaan Malaysia serta membuat demotrasi jalan dan lain2 kegiatan yang tidak bermoral.

baca seterusnya.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dijangka perlu menanggung tidak kurang daripada RM2 juta ($841,300) kos perundangan Encik Shuhaimi Shafie apabila tetap dengan keputusan membela Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda itu.Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Encik Hamidzun Khairuddin, berkata jumlah itu dicapai apabila mengambil kos minimum mengupah peguam sekitar RM100,000 seorang dengan anggapan kes berjalan bagi tempoh beberapa bulan.Beliau menyifatkan jumlah itu sebagai kerugian besar kepada dana kerajaan negeri yang sepatutnya digunakan bagi kepentingan rakyat.'Tindakan menggunakan dana tersebut yang sepatutnya bagi kepentingan serta pembangunan rakyat merupakan kelakuan tidak bermoral. Ini satu pembaziran serta penyelewengan kepada wang yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat,' katanya.Beliau mengulas tindakan kerajaan PKR Selangor yang tetap dengan keputusan membiayai kos perundangan Encik Shuhaimi yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menghasut, menggunakan dana kerajaan negeri.Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pembiayaan itu akan diteruskan atas 'prinsip kebebasan bersuara'.Ini selain alasan bahawa Encik Shuhaimi merupakan wakil rakyat yang menjalankan tugasnya sebagai rakyat Selangor.Kata Encik Hamidzun, Tan Sri Abdul Khalid seolah-olah mahu mengheret dirinya sendiri ke dalam penderhakaan terhadap Sultan Selangor apabila membiayai kos perundangan Encik Shuhaimi kerana beliau mempertahankan individu yang mempertikaikan keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, sependapat dengan Encik Hamidzun dengan menyifatkan tindakan kerajaan PKR Selangor itu salah dari segi moral kerana Encik Shuhaimi melakukan kesalahan secara peribadi dengan menulis kenyataan yang menyinggung perasaan sultan di dalam blognya.Beliau menegaskan, tidak wajar kerajaan negeri membiayai penderhaka seperti Encik Shuhaimi dengan menggunakan wang yang sepatutnya digunakan bagi kepentingan dan pembangunan rakyat di negeri itu.'Ia merupakan tindakan tidak bermoral. Tindakan tersebut juga menunjukkan bahawa Abdul Khalid dan kerajaan negeri turut menderhaka kepada sultan.'Sekiranya mahu biaya, mereka sepatutnya gunakan wang parti (PKR), bukan guna wang yang diperuntukkan bagi pembangunan rakyat,' ujarnya.


 Utusan Malaysia.

3 ulasan:

Penditakainsingkat berkata...

Parti yg dipimpin oleh Bekas Banduan ini tidak peduli pandangan rakyat.

Yg penting hasrat untuk menjatuhkan kerajaan yg ada sekarang dapat dilaksanakan.

Semua kaedah sudah digunakan dan tidak ada elemen yg ditegah oleh Perlembagaan Persekutuan yg tidak dicabar dan dilanggar.

Biarlah rakyat menilai..kita doakan Allah sentiasa bersama kita.

Mohd berkata...

Inilah masa terakhir buat Kerajaan Pakatan utk membelasah duit rakyat!

Tanpa Nama berkata...

Habis negara kalau Pakatan Rakyat memerintah . Jahanam !