Isnin, Mac 07, 2011

MELAYU OH MELAYU

Balaci betul parti hamPAS.
Fikir dia aje yang betul dia aje yang pandai...poooodah
Memang dasar kaki gaduh .

PRK Merlimau dan Kerdau telahpun melabuhkan tirainya sebaik pengistiharan pemenang bagi kedua-dua kerusi diumumkan.

Tahniah untuk BN (Baca UMNO) parti keramat orang Melayu. Sesungguhnya terbukti sudah bahawa UMNO sememangnya berjuang untuk survival Melayu.Kemenangan BN di kedua-dua PRK memberikan makna bahawa     orang Melayu sudah menerima semula UMNO sebagai pembela nasib bangsa.Keyakinan sebahagian besar umat Melayu kepada kepimpinan UMNO menerajui negara semakin meningkat. Kemerosotan undi dalam PRU12 pada tahun 2008 berkebarangkalian besar adalah merupakan undi protes. Namun ketidakpuasan hati ini nampaknya terubat juga dek kebijaksanaan DS Najib membeli semula hati-hati orang Melayu yang tercalar sebelum ini. Alhamdulillah.
     Sepanjang pengamatan MK samada di media arus perdana mahupun blog-blog, memang nampak meriah kedua-dua PRK ini. UMNO ingin membuktikan bahaw ianya masih diterima dan relevan sebagai parti orang Melayu terbesar. hamPAS juga begitu, tapi hanya sekadar untuk mengurangkan majoriti sahaja (Baca Bebal punya prinsip). Tiada tujuan lain dn bukannya untuk membela Islam dan Melayu.hamPas seumpama menghantar leher untuk dijerut. Dengan lain perkataan, padan muka untuk hamPAS.
Namun,
Apa yang MK nampak dikedua-dua PRK ini, entah dimana silapnya atau sememangnya satu strategi - ketiadaan jentera parti yang gagah daripada parti-prti cina untuk membantu. Baik untuk UMNO mahpun untuk hmPAS. Mungkinkah PRK ini tidak begitu menarik perhatian golongan ini ataupun mereka beranggapan sudah tak perlu lagi membantu kerana fokus mereka adalah PRU13. Mungkin.
Insiden kekecohan yang dicetuskan oleh jentera hamPAS semasa memberikan sokongan kepada calon mereka amat memualkan. Beginilah rupa ahlul bahalul sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Dengan kebanyak si balul berkopiah putih...namun menunjukkan sikap dan perilaku yang menjelikkan mata memandang. Golongan yang ekstrimis yang suka mencetuskan provokasi dan kaki gaduh amat memalukan. Tak nampak pulak MK jentera parti DAP yang chauvinist tu. Melayu sahaja yang ada dan sangup menjadi balaci. Mana yang dikatakan persepakatan dalam Pakatan HaramJadah tu.

Ingatlah Orang Melayu,
Orang lain tidak berminat sebenarnya untuk memartabatkan Melayu.
PAS hanya suka Melayu kerana Politik Jalanan mereka !


sumber:
melayukulai.

4 ulasan:

detektif conan berkata...

"2.SIFAT TAMAK
Ia adalah musuh kepada diri
sendiri dan kerana ialah nabi
Adam dikeluar kan dari syurga. "

Salam tuan, saya hanya ingin memperbetulkan dan memberikan teguran membina agar kita sama-sama tidak melontarkan sesuatu yang kita tidak pasti hakikatnya sebenarnya.

Nabi-nabi adalah manusia pilihan Allah, maka amat mustahil melakukan perkara-perkara yang amat buruk lagi keji. Mana mungkin Allah yg sedia tahu segala takdir mengangkat seseorang hamba-Nya menjadi utusanya di kalangan yang melakukan perbuatan tersebut. Harap nama baik para nabi-nabi sama-samalah kita menjaganya.

Adalah lebih manis kaitkan keburukan tersebut dengan mana-mana musuh Allah seperti Qarun ke? Rasanya lebih sesuai.

Saya hanya insan biasa yg pro-BN, pro-UMNO yg cintakan Islam dan sayangkan bangsa. Semoga tuan mempertimbangkan cadangan saya ini.

Tahniah usaha tuan dalam menyedarkan rakyat mengenai keburukan dan kelemahan PR. Tahniah juga atas kejayaan BN di Merlimau dan Kerdau.

blogenstarz berkata...

Det.Conan.....

Alhamdulilah..
Sdr sangat perihatin.
Akan diperbaiki !
Perhatian sdr diucapkan berbanyak2 terima kasih !

Tanpa Nama berkata...

kata dulang paku serpih..hai kata orang dia plak menggila yang lebih...ko tu sedar lar jgak jgn asyik nak mengutuk orang jer

detektif conan berkata...

Terima kasih tuan! Mudah2an Allah akan sentiasa bersama kita, insya-Allah